Isnin, 16 April 2012
SAHEH - DEMONSTRASI TELAH JADI BUDAYA KITA
KOMENTAR TUKAR TIUB
madey muhamad pernah berkata
pada zaman reformasi 1998 dahulu
bahawa : demonstrasi bukan budaya kita
pooorah!
hari ini satu demi demonstrasi dirancang
satu demi satu dilakukan
telah saheh bahawa demonstrasi telah menjadi budaya kita
kerajaan zalim memang tidak suka demonstrasi
kerajaan yang korup tidak suka demonstrasi
kerajaan zalim sedar demonstrasi ini senjata
demonstrasi ini senjata ampoh orang ramai
demonstrasi ini akan mengubah budaya politik
pada sabtu 28 april ini adalah ibu segala demo
pada sabtu 28 april ini adalah ibu segala protest
pada sabtu 28 april ini adalah inu segala tunjuk perasaan
datuk kita berdemo menentang penjajah british
nenek kita berdemo menentang penjajah jepun
jenerasi 60 berdemo menentang bahasa melayu yang dilucahkan
jenerasi 68 berdemo melawan lyndon ben johnson presiden amerika
jenerasi 69 berdemo menuntut hak tanah bersama hamid tuah
jenerasi 73 berdemo bersetia kawan dengan palestin
jenerasi 74 berdemo menentang kezaliam razak hussein
justeru tahun 2012
adalah tahun demonstrasi
kukuhkan budaya demonstrasi
jenerasi 2012 akan diingati sebagai
jenerasi yang duduk bantah didataran merdeka
jenerasi 2012 adalah jenerasi ibu segala demo
mari bersama membuat sejarah!
ORANG ASAL BANGUN MELAWAN
400 ORANG ASLI BERDEMONSTRASI - meloya
KOTA BHARU 15 April - Seramai 400 penduduk Orang Asli mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini untuk menyerahkan memorandum mendesak kerajaan Pas Kelantan supaya mewartakan tanah adat mereka.
Perhimpunan anjuran Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) itu turut dihadiri wakil Majlis Peguam serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang bertindak sebagai pemerhati.
Ketua JKOAK, Azmi Badul kemudiannya menyerahkan memorandum tuntutan mengenai tanah adat tersebut kepada Pegawai Khas Menteri Besar, Zawawi Muhamad selepas hampir sejam mengadakan demonstrasi secara aman.
PERJUANGAN ORANG ASAL
NOTA:
orang asal dihina
orang asal ditindas
tanah mereka di rembat
mereka di lekeh
kali ini mereka telah bangun
kali ini mereka tealh berdemo
demo telah menjadi budaya
demo telah sampai ke akar umbi
NOTA:
anak anak muda
pelajar universiti
hidup hanya sekali
kalau tidak pernah berdemo
lebih baik mati
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Cara-Cara Berdemonstrasi Yang Paling Berkesan Ada Kat Bawah Ni..
http://tukangkoyak.blogspot.com
Catat Ulasan