Rabu, 30 Mei 2012

SURAT TERBUKA UNTUK MAT BUIH



SALAH MENYALAH BERMULA





AHMAD SHABERY AHRUS MINTA MAAF BUKAN BERDOLAK DALIK


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek agar mohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab penuh atas kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Bermula dari menyalahkan takdir kononya semua yang berlaku sudah takdir dan kemudian menipu kononya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha, sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman penganjur.

Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia. ini satu maklumat yang salah.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini telah tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.

"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.

SAMM melihat semua ini berlaku kerana terlalu ghairah dan terdesak dalam menganjurkan satu acara bagi menarik seramai mungkin anak muda bagi membina persepsi kononya anak muda bersama Umno Barisan Nasional bagi membantu merena membina momentum pru yang terdekat ini.

Dalam kegahirahan tersebut maka hiburan disalahgunakan oleh Bn bagi tujuan memperdaya anak muda berkumpul.

Hiburan tidak salah tetapi disalah guna Bn secara melampau dengan mengenepikan aspek moral termasuk keselamatan bagi tujuan meraih sokongan anak muda. Ternyata kecederaan dan kemalangan sabtu lalu ialah hasil keghairahan dan usaha terdesak tersebut, nyawa anak muda menjadi taruhan untuk meraih sokongan politik.

Penganjuran tanpa aspek keselamatan dan tanpa pemantauan serta kelulusan badan profesional sukan bermotor dalam sambutan hari belia dibawah kementerian, umpama lumba haram dan ia amat memalukan. Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab harus diadili.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



layari radio bangsar utama untuk lagu klasik:






8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ingat aku sog je prasan irsyad manji tu hot. patut la ada gmbar kau dgn iryad manji.

Tanpa Nama berkata...

Inilah cara pemikiran menteri-menteri yang ada di Malaysia (UMNO/BN).

Tanpa Nama berkata...

Mat buih nak tipu melayu, macam madey. Itu semua 'an act of god'. Kepala hotak engkau. kepala jenis taik lembu, bila salah nak tuduh Tuhan. Inilah contoh manusia nak rekrut Tuhan. Kalau tak ada langkah2 keselamatan macam tulah jadinya.Siapa nak percaya dengan parti tahi lembu macam mat buih tu.Otak sudah berbuih pula ka?Kah..Kah..Kah...

Tanpa Nama berkata...

kejadian malang ini berita baik utk geng gerombolan buat duit lagi..Najib மற்றும் rosmewah K-pop நடனம் rosmewah செயல்திறனை மகிழ்ச்சி! செய்ய! செய்ய!

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN MALAYSIA KENA BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA ATAS KEJADIAN INI. SATU SURUHANJAYA DIRAJA PERLU DITUBUHKAN MENYIASAT PUNCA-PUNCA KEMALANGAN TERMASUK PROSEDUR HEALTH & SAFETY. NGO-NGO YANG PRIHATIN DENGAN ISU KESELAMATAN AWAM MESTI DIGERAKKAN. SILA BUAT LAPORAN KEPADA NGO-NGO ANTARABANGSA YANG MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA DAN KESELAMATAN AWAM. KERAJAAN MALAYSIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. NYAWA RAKYAT BUKAN BARANG MAINAN.

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN MALAYSIA KENA BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA ATAS KEJADIAN INI. SATU SURUHANJAYA DIRAJA PERLU DITUBUHKAN MENYIASAT PUNCA-PUNCA KEMALANGAN TERMASUK PROSEDUR HEALTH & SAFETY. NGO-NGO YANG PRIHATIN DENGAN ISU KESELAMATAN AWAM MESTI DIGERAKKAN. SILA BUAT LAPORAN KEPADA NGO-NGO ANTARABANGSA YANG MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA DAN KESELAMATAN AWAM. KERAJAAN MALAYSIA MESTI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. NYAWA RAKYAT BUKAN BARANG MAINAN.

Pro_Pembaharuan berkata...

eleh korang2... biar budak2 tu rasakan... yg pegi pun gatal2 UMNGOK gak... biar padan muka diorang...

kalau aku, pegi lagi... pegiiiii...

macam slalu kiter semue cakap, undi lagi... undiiiiiiiii...

ini untuk diorang2 yg malam2 gatal pelir dan burit, PADAN MUKA KORANG! gaduh lagi korang sama-sama... menteri cibai samalah ngan pengerusi/presided MAM tu... MAM...PUSSSSSSSSSSSS!

Tanpa Nama berkata...

To Pro_Pembaharuan 30 Mei 2012 10:56 PG

Appreciate your viewpoint tapi kita tak boleh bersikap mcm ni (sbb umno & sekutunya kena kita padankan muka mereka), kalau kita bersikap mcm ni bererti sikap kita dgn umno sama je, kena tukar sikap kita, kita kena perjuangkan isu ini, perjuangkan hak-hak mangsa yang dilanggar, perjuangkan kesalahan yg umno telah lakukan dlm penganjuran acara tersebut, hal bebudak kena langgar tu pergi sbb nak sokong umno punya agenda tak relevan, kita kena perjuangkan hak asasi keselamatan manusia tak kira bangsa, agama, pangkat, ideologi politik dsb. Dalam hal ini, UMNO kena jawab mcm mana kemalangan ni boleh terjadi & apakah langkah-langkah keselamatan yang telah diambil. Jgn nak salahkan takdir, kalu gitu senang lah, sebab apa kena jajah dulu dgn British? sbb dah takdir kena jajah, tak ke macam sial bunyinya?? Gerakkan NGOs & massa: mintak UMNO bagi jawapan!!!!!! nyawa rakyat bukan mende main-main!!!!!