Sabtu, 2 Jun 2012

MALAM INI DI PULAU PINANG




JELAJAH MERDEKA RAKYAT SIRI KE-5 : GILIRAN P.PINANG 2hb JUN 2012


Jelajah Merdeka Rakyat telah memasuki siri ke-5 dengan memilih Permatang Pauh sebagai gelanggang pidato perdana. Melihat kepada 4 siri jelajah sebelum ini, setiap siri menampilkan pelbagai kejutan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang pasti secara keseluruhannya program Merdeka Rakyat mendapat sambutan hangat luar biasa bagaikan hari keramaian untuk rakyat setempat berhimpun menyatakan sokongan untuk sebuah kemerdekaan yang baru - kemerdekaan rakyat.

Dari sudut penyampaian dan pengisian, bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.

Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya masing-masing dengan kehadiran yang membanggakan, Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat dengan imej mengkagumkan. Kemudian di Tg Piandang pula menyaksikan satu himpunan rakyat yang luar biasa ramainya. Memandang Tg Piandang sebagai kawasan terpencil, kehadiran hampir 10 ribu menceritakan kebangkitan Perak utara condong kepada Pakatan Rakyat tidak mampu dihadang.

Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya menjengah Johor di Pasir Gudang. Suatu ketika dahulu ceramah ditempat yang sama kehadirannya tidak pernah mencecah angka 100. Adalah menjadi cabaran besar buat Seketariat Jelajah Merdeka Rakyat (SJMR) untuk memastikan sambutannya menyamai benchmark di Tg Piandang seminggu sebelumnya. Tetapi semangat reformasi itu berada di mana-mana waima kubu kuat Umno sekalipun berkecai tidak sekuat mana lagi. Akhirnya matlamat tercapai di Pasir Gudang apabila hampir 10 ribu membanjiri Dataran di Jalan Betik 1.

Jelajah Merdeka Rakyat di Johor juga disaksikan secara langsung dari seluruh dunia melalui saluran internet dengan unique viewer mencecah angka 7 ribu. Menggunakan teknologi Ustream di channel Merdeka Rakyat, pasukan SJMR mengenalpasti kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara yang kita sedia maklum mempunyai maklumat yang terhad. Maka peluang untuk menyaksikan secara 'live' ini tidak dilepaskan dan turut berharap agar siaran langsung akan diteruskan dalam siri Merdeka Rakyat akan datang.

Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut;

http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

layari sekarang:





Tiada ulasan: