Khamis, 30 Ogos 2012

INILAH KATANYA INILAH UCAPAN NYA




ANAK ANAK MUDA JADILAH BERANI



DUNIA INI MILIK MU

anak anak muda beranilah
dunia ini akhirnya milik kamu
anak anak muda gagahlah
dunia ini masa depan kamu
anak anak muda berjuanglah
dunia ini setiasa menunggu kamu

anak anak muda pegang tangan kekasih mu
anak anak muda genggam tangan kawan mu
anak anak muda acungkan tangan kamu
anak anak muda laungkan api perjuangan
anak anak muda dunia ini akhirnya milik kamu

anak anak muda
ketahuilah
muda ini hanya sekali
anak anak muda
ketika muda inilah untuk jadi berani

jika kau telah tua
maka kau akan bijak berdusta
jika kau telah tua
maka kau bijak bersilat lidah
jika kau telah tua
kau bijak berpura-pura
jika kau telah tua
saku kau akan berat dengan hutang janji
jika kau telah tua
kau hanya seorang penyaksi

anak muda jadilah berani
kerana dunia ini akhirnya milik kamu





7 ulasan:

anjing liar 1 berkata...

Anjing2 liar merdeka
Melolong melaung, tatkala
Esak tangis anak bangsa
Nasib untung watan
Orang asing tentukan
Senyum anak merdeka ini
Yang diulit mimpi
Angan2, angau, dan
Impian
Tanpa sedar
Anjing2 liar merdeka itu
Nikmati segala, semua
Anjing2 liar merdeka
Jelas terpancar haloba
Ingin terus berleluasa
Biar hancor negara bangsa

anjing liar 2 berkata...

Mana bisa kedengaran
Esak tangis yang ditenggelamkan
Lolongan jerit pekik
Anjing2 liar merdeka
Yang terus rakus membaham
Untung laba perjuangan silam
Yang buta mata hati
Akan terusan berpalit
Najis, kencing
Gelema hancing
Lolongan sumbang suara
Anjing2 liar merdeka
Yang sudah tidak punya jiwa
Usai pertempuran berlagak wira

anjing liar 3 berkata...

Jeliran lidah hanyir
Anjing2 liar merdeka
Nampak gasar, kasar, bagaikan
Jaringan besi2 kusam
Igauan para tahanan
Serak
Esak
Tangis pejuang
Anak2 merdeka lupa
Nenek moyang yang terkorban
Pejuang pulang, berharapan
Enaknya tuaian pengorbanan
Nilai yang tiada terbelikan
Impikan satu kehidupan
Penuh keindahan, kebebasan
Untuk bangsa masa mendatang
Kaget si pejuang melihat
Enak sahaja anjing2 berkeliaran
Liar, kasar, kurang ajar
Indah mimpi anak2 merdeka
Nantikan kebebasan, sedang
Gigitan anjing2 liar merdeka mencengkam tulang belulang

anjing liar 3 berkata...

Jeliran lidah hanyir
Anjing2 liar merdeka
Nampak gasar, kasar, bagaikan
Jaringan besi2 kusam
Igauan para tahanan
Serak
Esak
Tangis pejuang
Anak2 merdeka lupa
Nenek moyang yang terkorban
Pejuang pulang, berharapan
Enaknya tuaian pengorbanan
Nilai yang tiada terbelikan
Impikan satu kehidupan
Penuh keindahan, kebebasan
Untuk bangsa masa mendatang
Kaget si pejuang melihat
Enak sahaja anjing2 berkeliaran
Liar, kasar, kurang ajar
Indah mimpi anak2 merdeka
Nantikan kebebasan, sedang
Gigitan anjing2 liar merdeka mencengkam tulang belulang

Tanpa Nama berkata...

Indah sungguh Pak Samad menghimbau atau memberi semangat/motivasi agar anak muda jangan segan mencari substance hidup itu iaitu beranai melakarkan perubahan yang lebih baik.
Teringat juga puisi Tongkat Waran dan lagu John Lennon yang menghimbau kita agar mencari perubahan melalui keberanian dan perjuangan meskipun impian itu penuh dengan kesulitan.

amanmalaysia berkata...

aPenjajahan yg ke 55 tahun ini akan menjadi tarikh keramat dimana Bumi Malaysia akan dimerdekakan.Terima Kasih Orang Lama, yg memberi kami cahaya dimasa kegelapan, yg menunjukan jalan dikala persimpangan,memberi kami ramuan didalam membentuk perpaduan. akan kami jadikan pedoman untuk anak muda di masa depan..

Tanpa Nama berkata...

http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=28071:muhyiddin-lelaki-melayu-terkaya-didunia-syed-mokhtar-ia-bermula-dengan-stamford&Itemid=2