Jumaat, 14 September 2012

GIG BAWAH TANAH - COUNTER CULTURE




SECOND COMBAT BUAT SHOW





GIG SECOND COMBAT
- anjuran roketkini.com

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2012, roketkini akan menganjurkan satu persembahan muzik yang akan membawakan sebuah kumpulan muzik yang popular dalam genre punk rock straightedge iaitu Second Combat. Ia merupakan kemuncak persembahan muzik yang penuh bertenaga, khas untuk generasi muda Malaysia. Mesej lagu-lagu kumpulan ini adalah positif ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan dengan menggalakkan semangat anti-korupsi dan anti-rasis serta membawa usaha melindungi alam sekitar dan menghijaukan persekiataran kita.

Persembahan muzik ini juga akan memperkenalkan sebuah lagi kumpulan hip-hop iaitu 5forty2 yang dibarisi oleh anak muda yang kreatif dan unik, yang turut membawakan mesej positif untuk para remaja dan anak muda.

Tema untuk persembahan ini adalah “Malaysia Milik Kita Bersama” yang mana ia bersesuaian sekali dengan semangat Hari Malaysia yang menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Moga, dengan persembahan ini, ia akan dapat memberi inspirasi buat golongan muda untuk terus komited dengan perubahan sosiopolitik negara kita.

Persembahan muzik yang julung kali diadakan ini adalah untuk meraikan golongan anak muda yang cintakan demokrasi, kebebasan dan idealisme.

Justeru itu, roketkini dengan sukacitanya ingin menjemput anak semua bangsa ke persembahan muzik ini demi merai sambutan Hari Malaysia dengan cara yang kreatif dan sihat.

INI MUKA NAJIB


Tarikh: 16 September 2012 (Ahad)
Masa: 8 malam
Tempat: MCPA Hall, Tingkat Atas, KLSCAH (Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, KL)
Masuk: PERCUMA

Rujukan: http://roketkini.com/2012/09/11/konsert-%E2%80%98malaysia-milik-kita-bersama%E2%80%99-sambut-hari-malaysia/;
http://roketkini.com/2012/07/10/second-combat%E2%80%9D-bersihkan-diri-bersihkan-malaysia/

Pertanyaan: Mazir Ibrahim

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT bangun!!
http://www.youtube.com/watch?v=blYIp4gF-0c

Tanpa Nama berkata...

"Beberapa situasi politik di Kimanis dan kawasan sekitarnya menyaksikan protes secara terang mengenai kepimpinan Datuk Anifah Aman. Selain isu mahukan anak tempatan sebagai wakil mereka, beberapa kumpulan penduduk kampung sekitar kawasan Kimanis mengutarakan beberapa janji Datuk Anifah Aman yang 'gagal' ditunaikan oleh Menteri Luar itu." Blog Kelapa Mawar 5.3.2012

"KOTA KINABALU: Dalam apa yang nampaknya satu tuntutan terbuka untuk mendapat perubahan, ‘beratus-ratus’ ahli Umno di P. 176 Kimanis sedang menuntut agar seorang calon baru ditandingkan mengganti tempat Datuk Anifah Aman bagi menjadi wakil kawasan itu dalam pilihanraya akan datang." Blog Silou Bah Ini 1.2.2012

Ini contoh yang terjadi di Sabah. Berita ini dilaporkan lebih dulu daripada berita Datuk Lajim Hj Okin dan MP Tuaran keluar BN. Ini betul-betul "janji dicapati"

average joe berkata...

Ia merupakan kemuncak persembahan muzik yang penuh bertenaga, khas untuk generasi muda Malaysia. Mesej lagu-lagu kumpulan ini adalah positif ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan dengan menggalakkan semangat anti-korupsi dan anti-rasis serta membawa usaha melindungi alam sekitar dan menghijaukan persekiataran kita.

sejukkk je baca...

SPR: P'raya negeri berasingan tidak patut berlaku
9:04AM Sep 14 2012
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata cadangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengadakan pilihan raya negeri berasingan, bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi, malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan mengganggu tugas guru - malaysiakini


panassssssssssssssss je baca!!!
menjejas kelas??? pakatan sengaja nak buat pilihanraya negeri semasa penggal sekolah ke nih??? atau UMNgOk-BoNgok yg buat gitu??! tak berani buat musim haji takut org melayu marah, guna taktik buat musim sekolah pulak jadi susah sikit emakbapak yg mengundi kat kampung nak balik?!! dan masa sama keluar kenyataan hentam pakatan seolah pakatan yg buat masa sekolah, jadi golongan cikgu akan marah kat pakatan??!

jom kita sama2 ramai2 tendang keluar jauh2 semua kaki2 kelentong!!!
abu!!!

-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ