Rabu, 3 Oktober 2012

NAK BERANCOK PUN NAK BISING SATU NEGARA?





KOMENTAR TUKAR TIUB
nak berancuk tak perlulah buat bising
nak berancuk tak perlulah beri tahu satu dunia
jangan lah berancuk macam ayam
riuh sekampong



NIK JIDAN AKAN BERSAMA KONSERT BERSIH

Pertama sekali Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Melaka atas acara gilang-gemilang persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26.

Acara berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain. Siti Nurhaliza juga didatangkan khas dalam majlis tersebut untuk mendendangkan lagu.

Namun menjadi persoalanya kini menurut laporan media kehadiran lebih 100,000 tetamu (ada juga laporan yang mengatakan 130,000 orang). Jika dalam kiraan minima dan mudah untuk seorang tetamu majlis persandingan itu menelan perbelanjaan RM10, maka berdasarkan laporan media lebih 100,000 tetamu menjadikan kos hidangan makanan tetamu biasa sahaja sudah RM1juta lebih.

Dengan kehadiran yang angkanya jauh lebih besar dari rumah terbuka PM dan persediaan serta sambutan yang lebih hebat, angka mungkin menelan belanja mencecah lebih RM2juta. Itu kiraan minima tetapi melihat persediaan majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri melaka, Sultan Selangor dan ramai VVIP lain rasanya menjangkau perbelanjaan mungkin lebih RM30 seorang maka akan jumlah besarnya akan melebihi RM3juta. Maka persoalanya kini dari mana sumber penganjuran majlis berkenaan. Jika RM sendiri, adakah ia angka munasabah simpanan seorang Ketua Menteri, jika ia tajaan siapa yang menajanya dan apa kepentingan pihak yang menaja?

Dalam majlis yang gilang meilang ini bukan sedikit agensi kerajaan juga turut kelihatan dikerah untuk menjayakan program ini. Berapa banyak wang rakyat terbazir dalam kos pengangkutan membawa anggota kerajaan terbabit, elaun lebib masa termasuk makan dan minum mereka ? Adakah wajar dalam keadaan anggota keselamatan negara kurang maka mereka dikerah menjayakan kenduri kahwin anak Ketua Menteri ? Adakah ini tidak wujud unsur penyalah-gunaan kuasa ?

Maka atas dasar tanggungjawab terhadap wang rakyat Malaysia khususnya negeri Melaka, SAMM Melaka mendesak Ketua Menteri yang sebelum ini pernah dihalang bertanding dalam Umno kerana 'rasuah politik wang' untuk tampil memberikan penjelasan jujur dalam perbelanjaan majlis perkahwinan anaknya ini atau SAMM akan tampil membuat laporan SPRM dalam perkara ini.

SAMM melihat ini simbul ketidak pedulian pimpinan Bn dalam keadaan rakyat hidup susah dan negeri berhutang banyak tetapi pemimpin terus bermewah. Inilah dia wasyatiyah ala Bn

Sekian.

Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Melaka


BERANCUK BUAT BISING MACAM AYAM LEPAS BERTELOR

KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'

Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu.
Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.
"Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.
"Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.
Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka.

TURUN SEMUA KE STADIUM KELANA JAYA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AGIBS! AGIBS!

Alo Agibs! Hei Agibs!

Agibs adalah Kompeni Hindia Timur cawangan Sabah....kuat beroperasi di Melaka

Tanpa Nama berkata...

Jantan gagalist berjaya di mahkamah... Tahniah!!! Bakal jutawan TT...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah TT...anda bukan lagi tergolong dlm Jantan Gagalist... Bakal jutawan..

Tanpa Nama berkata...

Bkn je pengantin yg berancuk...tetamu yg dtg dapat dpt minuman togkat ali dan kacip kak timah...dr syarikat kampung kampung....abis semua gagalist balik kena pa chew ching kah kah kah......oh yeah oh yeah...Agibbbs dpt projek pastu lari ambik untung je....