TUAN HAJI MUHAMAD AZALINA OTHMAN
YANG BERHORMAT DARI PENGERANG
Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) Johor
12 Oktober 2012
Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) Johor dengan ini ingin menarik perhatian semua termasuk pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa bukti rasuah
yang bertebaran dalam internet seminggu dua ini yang mengaitkan beberapa
pemimpin Umno Johor yang kononya menerima bayaran dari Yahya Abdul Jalil
seorang ahli korporat yang terkait dengan kontroversi "crooked
bridge".
Salinan cek RM 300,000
atas nama YB Azalina Othman yang diyakini dari Yahya Abd Jalil menuntut ahli
politik Bn ini tampil memberikan penjelasan. Salinan cek ini hanya satu antara
banyak lagi salinan dokumen yang mengaitkan Azalinan dan beberapa pimpinan Bn
khususna di Johor berkaitan perkara yang sama.
Turut disebut dalam
pendedahan di laman - laman web termasuk ada yang pro Umno juga menyebut
mengenai pembayaran luar biasa kepada YB Awang Adek Timbalan menteri Kewangan
dan dua orang lagi yang rapat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri.
SAMM Johor memandang
serius perkara ini dan sedang mengumpul semua butiran mengenai perkara ini bagi
melengkapkan semua data bagi mendapatkan gambaran sebenar. Difahamkan juga SPRM
sudah membuka fail mengenai perkara ini dan ada pula usaha tangan ajaib ingin
melindungi perkara ini.
SAMM Johor mendesak SPRM
supaya menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan dan tampil dengan hasil
penyiasatan dalam masa terdekat. SAMM Johor akan menerbitkan risalah khusus mengenai
perkara ini dalam masa terdekat kerana rakyat perlu mengetahui bagaimana mereka
yang kononya berjuang atas nama rakyat dan berselindung atas nama Melayu tetapi
merekalah punca jahanamnya negara ini dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa.
Sekian.
Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor
INI BUKAN KONDOM
INI LOGO RADIO BANGSAR UTAMA
INI LOGO RADIO BANGSAR UTAMA
SILA LAYARI STESEN PUNK ROCK
dengar semua maklumat menghasut
maklumat anti kerajaan
maklumat bila berdemo
1 ulasan:
salam TT, gua rindu sama zulnordin.. lama lu tak balun sama dia..
Catat Ulasan