Jumaat, 9 November 2012

KENAPA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



KOMENTAR TUKAR TIUB
tim dan sidang pengarang tukar tiub dari awal
berpendapat bahawa pru13 ini pakatan rakyat akan dikalahkan
selangor akan  dirampas oleh united malays national organisation

ini bukan kerana pakatan rakyat rasuah
ini bukan kerana pakatan rakyat rampas tanah rakyat

tidak tidak tidak

pakatan rakyat akan dikalahkan kerana penipun

JUSTERU
satu juta rakyat wajib ke jalan raya  sebelum ke pilihan raya
pembersihan spr wajib dilakukan sebelum pilihan raya

PENIPUAN SEDANG DI RANCANG
pelbagai jenis penipuan sednag dirancang
pelbagai trik dan tipu helah sednag diatur

SEMUA HAMPEH
hantar memo
laporan polis
buat aduan
semua telah dilakukan 
semua hampeh

HANYA SATU JAWAPAN
pada 12 januari 2013 satu juta
wajib turun ke jalan raya


 


SISTEM PENGUNDIAN AWAL MUDAH 

DIMANIPULASI SPR - FAUZIAH-  suara keadilan

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pelaksanaan sistem pengundian awal yang menggantikan sistem undi polis, tidak kemas dan mudah dimanipulasi untuk memenangkan Umno BN, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, ia berikutan pengundian awal sepatutnya dibuat sehari sebelum hari mengundi, bukan tiga hari seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pasangan (pengundi awal seperti tentera dan polis) juga automatik undi awal, walaupun mereka tidak perlu buat demikian.

“Kita juga tidak dibenarkan lekatkan ‘seal’ (penanda) pada peti undi. Ini menyusahkan kita untuk jaga (peti undi) selama tiga hari sebelum dikira.

“Pengumuman terbaru SPR mengatakan kertas undi tidak lagi ditebuk (khas) sebagai tanda ia asli, sebaliknya guna rubber stamp. Sesiapa pun boleh (tiru),” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Mengikut laporan Bernama 14 Mac lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memperkenal sistem undi awal menggantikan undi pos bermula Pilihan Raya umum (PRU) ke-13. Ia bermakna, semua 242,294 pengundi pos dengan automatik menjadi pengundi awal.

Pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, Fuziah berkata, SPR bukan sahaja tidak menambah baik proses pilihan raya, malah menambah lagi kesulitan dan memudahkan penipuan.

“Isu pengundian awal penting dan tidak harus dibiar sebegini. Ia antara isu yang tidak dipandang serius oleh SPR untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bersih,” katanya.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Tian Chua mengecam SPR kerana tidak pernah memberi jawapan wajar tentang isu yang dibangkitkan.

“Yang ada hanyalah had bendera (ketika berkempen) dan had kehadiran semasa penamaan calon. Semua ini tiada kaitan,” katanya.

Beliau tidak menolak rakyat akan bangkit untuk meneruskan tuntutan pilihan raya adil dan bersih jika SPR enggan membaiki sistem sedia ada.

“Harapan rakyat pada PRU 13 sangat tinggi. Kerajaan tidak mampu lagi untuk kecewakan rakyat,” katanya.


KITA SEDANG MEMBUAT SEJARAH
HANYA JALAN RAYA PENENTU SEJARAH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika sistem itu adil dan bersih maka belum tentu lagi Pakatan Rakyat yang akan menang, namun yg penting yg kalah dan yang menang berlapang dada serta puas hati menerima keputusan...

Tidak kisahlah siapa yang akan menang, yang penting sistem itu mesti adil dan bebas bagi benar2 mewakili suara hati pengundi rakyat Malaysia...

Sifir mudah, sistem kotor = kita dpt pemimpin kotor, sistem bersih = kita dapat pemimpin bersih...

Tanpa Nama berkata...

dengar citer parlimen bubar 15nov ni..betul ker..???

Tanpa Nama berkata...

sifir logic..:)

didi kota belud berkata...

NOVEMBER..MUSIM HUJAN..FEEL GOOD TIME SUDAH BUKA SEBELAH PINTU.... SELSEMA MELANDA...OTAK NAK RELEX..KALAU BOLEH..INILAH MASANYA..PAKATAN STOP KEMPEN DIMANA MANA...STOP NOW.....KITA DEMO SECARA TOTAL.....KEMPEN STOP DEMO TOTAL.......!!!!