Jumaat, 9 November 2012

WARGA FELDA TELAH KENA TIPU





KOMENTAR TUKAR TIUB
ini adalah salah satu dari sebab 
kenapa pada 12 januari 2013
satu juta rakyat bangun melawan

inilah sebab kenapa warga felda akan bersama
inilah sebab kenapa jenerasi kedua warga fela akan ke jalan raya

kiat ke jalan raya 
sebelum ke pilihan raya

 


SAHAM FELDA MEROSOT 

MENGHAMPIRI 

REKOD TERENDAH - malaysian insider


 Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.


Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.

Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.

KITA ULANGI SEJARAH
KIAT BUAT SEJARAH
KIAT ADALAH SEJARAH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang jual saham sebab BN Akan kalah PRU 13

Tanpa Nama berkata...

tahun depan tagih duit tak dpt mcm mana ? waduhhh ..ketagih duit dah nie.

Tanpa Nama berkata...

Argh...! Gi jahanam la....!
Cite pasal durian runtuh bertaun2...
Nak bagi pon ber tahun...
Smpi skrg x setel2.....
Org dah nak bosan la dgn drama2, senetron gomen umno...
Ni antara berjuta2 alasan rakyat semakin ramai membenci umo.....hahahaha.. Padan muke..! Ayokkk..! X tau...

Tanpa Nama berkata...

Boleh lah ko menipu org2 felda yg xde pelajaran dan pgetahuan tu kan...
Ok.ok..
Berita baik... Peneroka dan penerokawati bnyk dah tue... Dan rasanye, x mampu bertahan lama...
Anak muda felda bnyk sudah terbuka otak nye....
Hny segelintir shj zombi2 yg tinggal...
Jom redah shj..!!! Hapuskan penipuan..!!!
Haaa...dah x lama dah oiii..umo nye.. Sok lusa dh bleh bungkus...!