Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) Pahang dapat memenangi sekurang-kurangnya 13 daripada 14 kerusi parlimen negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang berkata satu lagi kerusi parlimen berada dalam situasi 50-50.

Mengenai kerusi dewan undangan negeri (DUN), BN Pahang yakin dapat menguasai 40 daripada 42 kawasan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mengenai Memudah Cara Peningkatan Masyarakat (FSU), di ibunegara hari ini.