PILIHAN MASA DEPAN
PILIHAN RAYA ATAU
PILIHAN JALAN RAYA
(Pada Sabtu 3 haribulan November yang lalu hampir 30,000
Warga Demokrasi telah berhimpun di Seremban. Dalam hujan lebat mereka tidak
berganjak. Guruh halilintar membelah bumi namun
30,000 Warga Demokrasi enggan
berundur. Mereka menuntut Janji Bersih. Mereka menuntut 8 Tuntutan Bersih.)
Sekali saya membuka
perbincangan tentang pilihan raya. Jangan tersilap anggap. Saya tidak menolak
pilihan raya. Ini kerana pilihan raya adalah salah satu dari beberapa
pendekatan dan metod untuk mengurus, mengagih dan mentadbir kuasa. Dalam dunia
hari ini pilihan raya telah menjadi amalan pengagihan kuasa untuk hampir kesemua negara-negara di dunia ini.
Walau pun ada negara
saperti Saudi Arabia yang tidak pernah mengadakan pilihan raya - hakikatnya
sistem pengagihan kuasa melalui pilihan raya ini telah diterima pakai secara
menyeluruh. Malah dalam negara-negara dimana Sultan, Shah, Al Malik dan Raja
masih wujud - pilihan raya juga telah
diterima pakai sebagai cara pengagihan
kuasa.
Pilihan raya telah
dikait rapat dengan demokrasi. Tetapi
jangan salah hitung - demokrasi boleh wujud tanpa pilihan raya. Wujudnya
pilihan raya bukan pula satu
jaminan untuk kewujudan demokrasi.
Adalah salah untuk membuktikan bahawa
kebebasan dan demokrasi hanya wujud jika ada pilihan raya. Bagitu juga adalah
salah untuk menganggap jika tidak ada pilihan raya maka demokrasi tidak wujud.
Hitler yang telah
melancarkan Perang Dunia ke Dua
menjadi Chanselor Germany bukan melalui rampasan kuasa. Adolf Hitler
mendapat kuasa melalui kemenangan
pilihan raya. Pada 31 Julai 1932 Parti Nazi yang rasis lagi zalim telah menang dengan 230 kerusi. Kemenangan
dalam pilihan raya ini telah membuka
jalan untuk Hitler berkuasa. Ini bermakna ditaktor juga boleh naik tahtha
melalui pilihan raya.
Dalam Adat Perpatih
Perpatih di Negeri Sembilan, anggota masyarakat memilih, melantik dan memberi
kuasa kepada pemimpin mereka tanpa pilihan raya. Dalam cara agihan kuasa dan pemilihan
penguat kuasa tanpa pilihan raya ini masih wujud ciri-ciri demokrasi dan
kebebasan. Demokrasi bentuk ini, sama saperti demokrasi dalam pilihan raya - lahir kerana keperluan ekonomi. Adat
Perpatih di Negeri Sembilan muncul kerana ekonomi berasaskan sawah dan padi.
Mari kita kembali
melihat sejarah pilihan raya di
Malaysia. Di Tanah Melayu yang kemudian
menjadi Malaysia telah mengadakan 12
kali pilihan raya umum. Manakla pilihan raya kecil telah
berpuluh kali dijalankan. Tetapi
ini bukan bermakna ada demokrasi dan kebebasan dalam negara ini. Memang betul
kita ada pilihan raya. Memang betul
lima tahun sekali ada pesta pilihan raya untuk seluruh negara. Dari segi
prosedur tidak dapat dinafikan bahawa
Malaysia mengadakan pemilihan wakil rakyat melalui undi. Tapi
kewujudan prosedur bukan tanda wujudnya kebebasan hak memilih yang bersih,
adil dan jujur.
Pemilihan melalui pengundian telah diwujudkan oleh penjajah
British pada tahun 1955. Sistem pemilihan wakil rakyat yang
dilembagakan oleh British ini telah hilang pupus. Selama lebih dari 50 tahun
sistem peninggalan British yang memiliki asas demokrasi dan kebebasan telah
berubah rupa.
Dalam tiga tulisan
saya yang lalu, telah diterangkan bahawa untuk PRU13 kali ini telah diwujudkan satu sistem pemilihan khusus
untuk menipu para pengudi. Sistem yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini bertujuan untuk
memastikan parti United Malays National Organisation akan kembali berkuasa.
Kenapa SPR melakukan
sademikian? Bukankah SPR ini satu badan yang bebas yang hanya mengikut arahan
Agong. Memang betul lembaga SPR ini
bunyinya bebas. Pengerusi dan para pegawai SPR
yang dilantik oleh Agong. Tetapi Agong hanya melantik nama-nama yang diberikan
oleh Perdana Menteri.
Justeru adalah
mustahil Dolah Badawi atau Najib Razak
yang juga Presiden United Malays National Organisation akan melantik Tian Chua atau Saifuddin
Nasution untuk menjadi Pengerusi SPR.
Sosok yang akan mengepali SPR ini pastilah barua budak suruhan United
Malays National Organisation yang setia dan senang untuk
disuruh arah.
Pengerusi dan para
pegawai didalam SPR ini telah diikat dengan kepentingan ekonomi dan kepentingan
kelas untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa.
Hakikatnya SPR ini bukan badan yang bebas. Ini terbukti apabila rakyat Malaysia gempar apabila diberitahu
bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli parti United Malays
National Organisation. Dua bengolan SPR ini bukan minta maaf dan meletak jawatan. Malah mereka membabi buta
menafikan yang mereka ahli parti walau pun bukti saheh telah ditonyohkan ke
hadapan mata mereka.
Apa yang ingin saya
jelaskan disini ialah : Surahanjaya Pilihan Raya Malaysia ini tidak boleh dipercayai. Lembaga ini adalah barua kepada United Malays National Organisation. Penipuan dan semua
rancangan penipuan yang telah
dibogelkan berpuluh kali oleh
Bersih dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak diendahkan kerana penipuan ini adalah sebahagian dari rancangan
yang SPR sendiri terlibat.
Justeru rakyat tidak
ada jalan lain. Jalan yang terbuka luas ialah turun sekali lagi ke jalan raya.
Kerana inilah 30,000 Warga Demokrasi
berhujan lencun dimalam Sabtu lalu. Warga Demokrasi membuktikan bahawa mereka menyokong
teguh racangan demo pada 12 Januari akan datang. Kalau dalam hujan lebat 30,000
yang datang bayangkan berapa ratus ribu yang akan ke jalan raya pada petang 12
Januari nanti di Kuala Lumpur?
Demo 12 Januari
Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan ini
lebih besar dari besar. Akan lebih lebih mega dari mega. Himpuanan Kebangkitan Rakyat ada ibu dari segala ibu demo.
Demo Kebangkitan
Rakyat 12 Januari ini adalah sambungan dari perjuangan Bersih yang menuntut 8 Tuntutan.
Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah serangan akhir dituju kepada SPR untuk
menunaikan 8 Tuntutan Bersih. Warga Demokrasi telah muak dengan memo. Warga
Demokrasi telah berpuluh puluh kali membuat laporan polis. Warga Demokrasi
telah berkali-kali membuktikan penipuan dalam senarai nama pengundi. Hasilnya
sifar, zeri, nil..zilch.
Maka jelas jika 8
Tuntutan ini tidak ditunaikan maka PRU13 ini
sekali akan lagi menobatkan
United Malays National Organisation dengan cara tipu. Warga Demokrasi tidak
lagi akan menerima penipuan ini. Selama 50 tahun Warga Demokrasi telah ditipu
maka PRU13 ini adalah tanda nokhtah. PRU13 adalah perenggan akhir untuk SPR
untuk menjalankan pemililhan secara
jujur dan bersih.
PRU13 ini adalah
persimpangan – penerusan penipuan
oleh SPR untuk memastikan United Malays
National Organisation kembali berkuasa atau mengadakan pilihan raya yang bebas
dan adil. Untuk Warga Demokrasi telah jelas, mereka hanya akan menerima pilihan raya
dengan tertunainya 8 Tuntutan.
Warga Demokrasi,
penyokong Bersih dan penyokong Pakatan Rakyat akan menerima keputusan PRU13
dengan hati terbuka. Jika Selangor kalah maka gugurlah kerjaaan Pakatan Rakyat.
Jika Kedah kalah maka kalahlah kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Bagitu juga
seluruh keputusan PRU13 akan disambut dengan sopan. Warga Demokrasi akan menerima
keputusan PRU13 dengan hati terbuka.
Waspada! Warga Demokrasi akan bersopan dan menerima
keputusan itu dengan hati terbuka hanya satelah
8 Tuntutan telah ditunaikan. Penunaian ini bererti sistem penipuan yang
sedang di rancang oleh SPR ini telah ditalkinkan. Sama ada Pakatan Rakyat
menang atau United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya menang bukan
persoalan untuk Warga Demokrasi. Yang
penting PRU13 dijalankan dengan bersih dan adil.
Himpunan Kebangkitan
Rakyat 12 Januari ini adalah adalah pembukaan
tirai pendemokrasian di Malaysia. Telah jelas kepada Warga Demokrasi
bahawa segala porak peranda yang berlaku sekarang. Segala kerenah – rasuah,
pembunuhan, perampasan tanah dan dan dan... semuanya berpunca dari pimpinan
negara yang dipilih secara tipu.
Himpunan Kebangkitan
Rakyat ini adalah perkahwinan semua Warga Demokrasi. Bersih dengan baju
kuningnya. Himpunan Hijau pencinta alam sekitar
dengan baju hijaunya. Penentang ISA dengan baju merahnya. Penyokong
bahasa ibuanda dengan baju putehnya. Dan anak muda punk rocker dan counter
culture bersama dengan Gerakan Selamatkan Warisan dengan baju hitam mereka.
Kuning, hijau, merah,
puteh atau hitam adalah tanda
pengembelingan kebangkitan rakyat menuntut PRU13 dijalankan tanpa penipuan.
Pada 12 Januari tahun hadapan kota Kuala Lumpur akan menjadi kota pelangi.
Warna-warna ini adalah warna pendemokrasian. Warna-warna ini adalah tanda
bahawa orang ramai akan mengitiraf SPR yang menipu.
Bersih 2.0 Secara
resmi telah menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.
Ini kerana Bersih tidak yakin dengan kepimpinan dua ahli United Malays National
Organisation ini. Desakan Bersih ini tidak diindahkan.
Maka mari kita tunggu
dan lihat apakah rancangan dan kerenah SPR untuk meneruskan penipuan apabila
pada 12 Januari 2013 satu
juta.... diulangi ... apabila satu juta Warga Demokrasi turun ke jalan raya.
Apakah PRU13 akan diadakan sebelum 12 Januari? Tunggu minggu hadapan untuk
jawapan. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03-22-72-40-45
3 ulasan:
Susahnya nak humban pemimpin jahat dgn sistem yg penipu, walau dibenci ramai namun tetap menang juga...maka kekallah ia di singgahsana dulu, kini dan selamanya...khaakk ppttuiihhh!!
PRU13- EVOLUSI UNDI ATAU REVOLUSI JALANAN?? KERAjaan amno yg buat pilihan. Rakyat layann jerr.
Kita adalah tuan kpd nasib kita sendiri. Selama ni gua tak tahan kena hujan, batuk selsema sesak nafas. TAPI 03/112/12, gua enjoy hujan kat padang senawang 2. Badan sejuk gua layan sup utara 2mangkuk, semangat tetap membara, hati masih panass. Jumpa pd 12/01/13 kat kl
TT...
ada sumber kata hanya polis yg brtugas saja kena undi pos...yg lain undi serupa org awam....
mohon pencerahan...
Catat Ulasan