Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 20 November 2012

KENAPA KITA WAJIBH TURUN KE JALAN RAYA 12 JANUARI NANTI





NOTA:

untuk warga selangor melihat

untuk warga luar selangor membaca

bagaimana telusnya kerajaan pakatan rakyat

belanjawan dipaparkan terbuka kepada umum

belanjawan boleh dilihat umum untuk

dikaji di selidik atau untuk di bantah


pernah: united malays national organisation
buat macam ini?
malah semua perjanjian di akta rahsiakan

 

kerana itu kita wajib turun ke jalan raya
pada  12 januari nanti


Ringkasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2013

Kerajaan Selangor dengan konsisten telah berjaya membentangkan belanjawan berimbang selama lima tahun berturut-turut sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008.

Belanjawan 2013yang  bertemakan ‘Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia’,  Kerajaan Selangor sekali lagi membentangkan belanjawan berimbang dengan peruntukan sebanyak RM1.630 billion iaitu RM996,980,690.00 atau 61 peratus untuk perbelanjaan Mengurus dan RM633,019,310.00 atau 39 peratus untuk perbelanjaan Pembangunan.

Anggaran perbelanjaan ini terdiri daripada anggaran Hasil Cukai sebanyak RM584,444,172.26 atau 35.86 peratus, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 atau 52.75 peratus dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM185,752,260.00 atau 11.40 peratus.

Di bawah peruntukkan Mengurus, perbelanjaan Emolumen sebanyak RM363,840,812.44 atau 36.49 peratus), Bekalan dan Perkhidmatan (RM414,867,037.37 atau 41.61 peratus),

Aset (RM3,716,600 atau 0.37 peratus), Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (RM201,291,160.19 atau 20.19 peratus dan Perbelanjaan Lain RM13,265,080.00 atau 1.33 peratus).

Peruntukkan Mengurus ini turun 0.3 peratus berbanding RM1 billion yang diperuntukkan dalam Bajet 2012 disebabkan  penurunan bayaran balik pinjaman Persekutuan yang dibayar secara komited dan ini membuktikan Kerajaan Negeri peka dan cekap menguruskan hutang sejak 2008.

Manakala, peruntukkan Pembangunan meningkat 5 peratus berbanding Bajet 2012 (RM600 juta) yang membuktikan pengurusan kewangan yang baik dan teratur.Anggaran perbelanjaan Pembangunan untuk sektor utama iaitu Infrastuktur sebanyak RM343,260,610 atau 54 peratus, sosial sebanyak RM188,399,600 atau 30 peratus, ekonomi RM91,951,100 atau 15 peratus dan perbandaran RM9,408,000 atau 1 peratus.

Anggaran perbelanjaan sektor infrastruktur melibatkan Kemudahan Awam (RM297 juta), Sains Teknologi dan Inovasi (RM42 juta) dan Perumahan (RM4.7 juta).

Sektor Ekonomi melibatkan kewangan (RM53.6 juta), Pertanian ((RM17.8 juta), Pelancongan (RM5.6 juta), Pembangunan Usahawan (RM7.7 juta), Sumber Alam (RM2.9 juta), Kajian dan Penyelidikan (RM2.8 juta), Pelaburan dan Perindustrian (RM1.6 juta) Sektor Perbandaran melibatkan Pengurusan Sisa Pepejal (RM408,000), Kelengkapan CCTV di PBT (RM6 juta) dan Kerajaan Tempatan (RM3 juta).

Bagi sektor sosial, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan besar kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (RM118.2 juta), Pendidikan (RM26.8 juta), Pembangunan Modal Insan (RM11.3 juta), Kampung Baru (RM5 juta), Sukan (RM5.8 juta), Adat Melayu (RM775,030),.

Program-program Belia (RM3.5 juta), Program Pembasmian Kemiskinan (RM7.5 juta), Pembangunan Luar Bandar (RM1.5 juta), Kerajaan Prihatin (RM1.1 juta), Tabung Kebajikan Anak Pekerja Ladang (RM1 juta), Wanita (RM1 juta), Pemeliharaan Alam Sekitar (RM650,000), Kebudayaan dan Kesenian (RM500,000) dan Kesihatan (RM500,000).

Belanjawan 2013 ini meneruskan  strategi tahun lalu tetapi menekankan kepada tiga strategi utama iaitu memperkasakan Pengurusan Tenaga Kerja, Sumber Kewangan,

Pentadbiran dan Aset Negeri; Melestarikan Pembangunan Inovasi dan Moden; serta memperkukuhkan Kualiti Hidup Rakyat.Di bawah strategi memperkasakan Pengurusan Aset Negeri, kerajaan Selangor mengenal pasti aset negeri atau aset rakyat bernilai lebih RM27 billion iaitu RM15.2 billion Aset Alih (harta modal, inventori dan stok) dan Aset Tidak Alih (Tanah dan Bangunan) dan lebih RM12.3 billion aset air seperti empangan, loji rawatan air, kolam, rumah pam dan data-data sistem pengagihan. 

Di bawah strategi Melestarikan Pembangunan Inovasi dan Moden, Kerajaan Selangor berjaya menjimatkan kos hampir RM81 juta setahun hasil ambil alih Pengurusan Sisa Pepejal. Wang penjimatan ini disalurkan kepada rakyat melalui Skim Pemberian 25 % rebet cukai pintu kepada pemilik dan tinggal di  rumah bertingkat kos rendah di seluruh Selangor.

Kerajaan Selangor juga  menjimatkan RM102.2 juta atau 18.61 peratus hasil tender terbuka yang dijalankan sepanjang 2012 yang melibatkan 63 projek berjumlah RM446,941,107.42 yang mana anggaran kos awal projek-projek ini ialah RM549,206,460.75.

Kedua-dua kejayaan ini hasil penerapan konsep ‘value for money’ yang dipraktikkan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu.

Rizab Negeri Selangor bagi tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan mencecah RM2.570 billion setakat 31 Oktober 2012.

Kerajaan Negeri bercadang menggunakan RM500 juta dari wang rizab ini kerana sikap tidak adil kerajaan Persekutuan yang menyalurkan peruntukkan ke negeri lain walaupun Negeri Selangor menyumbang 23 peratus kepada ekonomi Malaysia.Daripada RM500 juta ini, RM300 juta akan digunakan untuk membina jambatan ketiga di Klang yang telah dijanjikan Barisan Nasional dan majlis pecah tanah diadakan sebelum pilihan raya umum 2008 tetapi janji ini tidak ditepati.

Pembinaan jambatan ini adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang pembinaan bagi mengotakan janji yang tidak ditepati oleh Barisan Nasional.

RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai air terawat kerana kajian National Water Resources Study mendapati terdapat kuantiti air larian yang sangat besar iaitu 9,168 juta liter sehari.

Kerajaan Negeri akan menerokai pembangunan air di hiliran sebagai sumber air terawat di Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih dengan kaedah yang sesuai dan praktikal.

RM50 juta untuk baiki dan naik taraf sistem saliran di negeri Selangor kerana kegagalan kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1 billion kepada Jabatan Pengairan dan Saliran.

RM50 juta untuk membina Rumah Mampu Milik Pasang Siap yang dikendalikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi mengurangkan beban rakyat ekoran harga rumah yang melambung.

Rumah Mampu Milik Pasang Siap ini diharap mampu mengimbangkan rumah-rumah mampu milik di pasaran.

Mengenai  pelaksanaan Geran Selangorku berjumlah RM300 juta hasil kutipan hutang lapuk syarikat Talam, sejumlah RM37.4 juta daripada peruntukkan RM50 juta telah dibelanjakan untuk 264 projek pembangunan infrastruktur  di seluruh Selangor.Bagi pembangunan Infrastuktur Sukan, sebanyak 35 projek diluluskan dengan perbelanjaan RM6 juta manakala program bukan fizikal, sebanyak 62 projek diluluskan dengan perbelanjaan RM7.48 juta setakat Oktober 2012.

Mengenai kerugian yang ditanggung Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara, ia berpunca daripada liabiliti jangka panjang yang ditanggung UNISEL.

Pendidikan Industri Yayasan Selangor Berhad (PIYSB)-UNISEL menanggung hutang bagi pinjaman terbitan Bithaman Ajil Islamic Debt Securities (BaIDS) dengan Affin Investment Bank Bernad sebanyak RM150 juta.

Hutang ini dicipta untuk pembinan kampus UNISEL oleh Lebar Daun Sdn Bhd setelah perjanjian dengan Talam dibatalkan oleh kerajaan negeri BN.

Hutang ini diambil alih oleh kerajaan negeri  dan bayaran balik terbitan BaIDS telah mula dijelaskan pada 2011 dan berakhir 2022.

Bagaimanapun hutang itu hanya boleh dikeluarkan pada Penyata Kewangan PIYSB bagi tahun berakhir 31 Disember 2012. Terdapat perbezaan pada Penyata Kewangan 31 Disember 2011 berbanding 30 Jun 2012 selepas penstrukturan hutang dilakukan yang mana UNISEL telah merekodkan keuntungan lebih RM127 juta.untuk tahun semasa dan untuk terkumpul lebih RM43 juta.

Disediakan oleh

Sekretariat Akhbar

Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

3 ulasan:

adudu berkata...

terbaekkk...

didi kota belud berkata...

zaman aku sekolah dulu,kalau tak siap keje sekolah...angkat kerusi...kalau tak siap keje rumah..angkat kerusi.....bakas bakas menteri umno di selangor dulu tak malu ke dengan aku ni...??..KALAU TAK SIAP PROJEK TU...ANGKAT KERUSILAH WEI APA LAGI.....!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS ada buat usul bodoh dalam Muktamar Pemuda,tak mau menyertai Bersih 4 konon nak tumpukan buat kerja PRU.Dah dekat nak PRU13 baru nak buat kerja? Himpunan Bersih bukan kerana PRU13? Inilah mentaliti Pemuda PAS.Depa tau nak buat demo bantah konsert aje.Setakad itu sahaja kematangan politik Pemuda PAS.