terjemahan Sultan Pahang dituduh meninggalkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulitnya yang didakwa dengan seorang jururawat berbangsa Filipina pada awal 1980-an.

Gadis itu, Carla Brizuela Shah, 19, dan ibunya Dina Brizuela Cooper, 47, kini tinggal di California, Amerika Syarikat.

Dina mendakwa beliau dipaksa mengadakan hubungan seks beberapa kali dengan Sultan Ahmad Shah ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984. Kata wanita itu, hasil hubungan itu beliau hamil tetapi baginda tidak mempedulikannya dan anaknya itu.

Sebagai menerima tanggungjawab bapa, baginda sebelum ini bersedia berunding dengan Dina untuk memberikan wang sebanyak RM10 juta sejak 1997 bagi menyelesaikannya.