Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa hari raya. Papar semua catatan

Isnin, 13 Ogos 2012

JANJI BERSIH BERTAMBAH HEBAT



KOMENTAR TUKAR TIUB
ombak rakyat mahu perubahan
tidak dapat ditahan tahan
ombak rakyat untuk turun ke dataran merdeka
tidak dapat dibendung bendung

inilah masanya
inilah ketikanya
ini saatnya
inilah detikanya

kiat semua sebaris mendobarak
united malays national organisation

inilah tugas suci
bulan ogos 2012
inilah tugas abadi
bulan ogos 2012

kita bangun menuntut janji
kita bangun untuk tidak ditipu
kita bangun untuk melawan
kita bangun untuk tidak dibodohkan!


ANAK MUDA MENCIPTA SEJARAH










AMK KERAH ANAK MUDA SELURUH NEGARA TURUN JANJI BERSIH
- keadilan daily

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan menggerakkan anak muda seluruh negara untuk hadir ke Himpunan ‘Janji Bersih’ di Dataran Merdeka, 30 Ogos nanti.

“Sambutan malam kemerdekaan bersekali sambutan hari raya. Kita jangka kehadiran lebih atau menyamai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, ancaman pihak tertentu untuk menyekat himpunan itu sesekali tidak akan mengubah hasrat mereka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

LAGI DIUGUT LAGI MELAWAN


“Ugutan pihak tertentu mengancam bertindak agresif ke atas himpunan Janji Bersih tak menjejaskan semangat kami. Saya nasihat pada mereka, sila baca kembali proklamasi kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

“Kata Tunku, Malaysia yang merdeka adalah negara yang adil, demokratik dan menjamin hak setiap warganya. Penyokong himpunan Janji Bersih faham pesanan ini. Tidak ada masalah. Ini tuntutan kita untuk sistem pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Shamsul.


radio bangsar ialah radio resmi janji besih:



Rabu, 8 Ogos 2012

HEGEMONI GEROMBOLAN PECAH BILA INTERNET WUJUD




KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU






TERIMA KASEH RONALD REAGAN

Politik Malaysia terkini semakin sehari semakin menarik. Bulan Ogos adalah bulan yang paling rancak untuk menilai sejarah. Selama satengah abad parti United Malays National Organisation telah memiliki hegemoni dan monopoli terhadap semua jalur naratif sejarah perjuangan bangsa.

Selama lebih dari 40 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah berkelentong menjual sejarah organisasi mereka. Hampir satengah kurun gerombolan ini bersama kuncu-kuncunya telah berkesah bahawa merekalah yang berhak keatas bumi Tanah Melayu ini.

Dengan menjual taik kering nasi basi Ketuanan Melayu, parti siasah ini telah ke hulu ke hilir membawa labun dongeng bahawa mereka sahajalah pejuang kemerdekaan. Dengan slogan Hidup Melayu parti siasah ini, telah mereka-reka kesah-kesah dongeng bahawa merekalah pejuang yang menentang penjajah British.

Sayang seribu kali sayang. Kemunculan internet telah mengubah semua ini. United Malays National Organisation bukan lagi satu kuasa hegemon yang berupaya memonopoli maklumat. Jalur naratif pejuangan bangsa tidak lagi dimonopoli oleh gerombolan ini. Kuasa mengawal maklumat tidak lagi dimiliki oleh United Malays National Organisation. Hegemoni telah pecah. Terima kaseh Ronald Reagan kerana menghadiahkan internet kepada dunia.


Mitos dan kesah dongeng pertama yang telah diterbaraikan oleh internet ialah tentang naratif pejuangan bersenjata. Selama lebih dari satengah abad warga Tanah Melayu telah dikelentong dengan kesah bahawa perjuangan menuntut merdeka telah dilakukan tanpa pertumpahan darah. Tanah Melayu mendapat merdeka melalui perundingan. Parti siasah United Malays National Organisation telah berunding di London dengan British. Ini memang kesah hampeh. Ini cerita karut lagi marut yang ditaburkam setiap bulan Ogos semenjak tahun 1958.

Selama lebih 40 tahun fakta bohong ini berjaya di taburkan kerana warga tidak memiliki maklumat alternatif. Sejarah perjuangan melawan British telah disongsangkan. Tetapi melalui intenet, hari ini anak anak muda telah mula mengenal Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Pak Sako, Aziz Ishak, Ibrahim Yaacob, Abdullah Sidi, Ahmad Boestaman, Dr Burhanuddin Hilmy, dan Ustaz Abukabar al- Bakir dan dan dan.

Anak-anak muda semua bangsa kini telah mengetahui bahawa parti siasah yang tertua di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malay (1930). Malah turut sama berjuang melawan British ialah Kesatuan Melayu Muda (1938), Angkatan Pemuda Insaf (1946), Angkatan Wanita Sedar (1946), Hisbul Musmlimin (1948) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945). Semua gerakan nasionalis ini melaungkan M-E-R-D-E-K-A sebagai slogan pejuangan. Ramai kader dan ahli parti-parti ini telah bersama PKM mengangkat senjata melawan British.

Kini anak semua bangsa telah mula mengenal Mat Indra yang mati digantung oleh British pada malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Satelah mangkat 59 tahun dahulu , hari ini Mat Indra telah menjadi ikon anak muda setaraf dengan Che Geuvera. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.



Semakin ramai anak muda sedar bagaimana United Malays National Organisation telah memesongkan sejarah perjuangan menghalau British. Lihat fakta sejarah ini : United Malays National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sebelum United Malays National Organisation muncul telah banyak parti-partyi dan kumpulan siasah yang telah lama berjuang menentang British. Gerombolan United Malays National Organisation hanya dapat berkembang sebagai sebuah parti politik apabila Britsh mengharamkan PKM, API, KMM dan Hisbul Muslimin.

Malah, hingga ke hari ini nama organisasi ini - UMNO - masih lagi menggunakan nama Inggeris. Dari fakta sejarah umum mengetahui bahawa United Malays National Organisation tidak melaungkan MERDEKA sebagai slogan perjuangan. Parti yang namanya dalam Bahasa Inggeris ini menjadi lawak seram apabila HIDUP MELAYU dan seharusnya HIDUP INGGERIS menjadi slogan perjuangan.


Pembohongan yang paling memualkan ialah apabila anak-anak muda mula mengenal Pierre Jean de Berenger ( 1780-1857) pembuat lagu Memula Moon. Kini telah diketahui umum bagaimana Memula Moon berevolusi untuk menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia. Lagu Terang Bulan ini kemudian diciplak untuk menjadi lagu Negara-ku di Malaysia. Sekarang ini fakta-fakta sejarah ciplakan yang selama ini telah cuba disorokkan telah bocor. Warga Malaysia telah mula bangun dan melaugkan yang mereka mahu satu lagu kebangsaan yang baru. Anak-anak muda sedang menghampehkan lagu Negara-ku. Sekali lagi terima kaseh Ronald Regan.



Tidak cukup dengan lagu kebangsaan negara yang diciplak kini telah timbul perbincangan dikalangan anak-anak muda untuk mengubah rupa bentuk bendera Malaysia. Ini kerana bendera Malaysia yang wujud hari ini telah dilihat sebagai ciplakan dari bendera Amerika Syarikat.

Melalui maklumat dari internet , oleh orang ramai telah tahu bahawa selama ini telah wujud bendera Sang Saka merah puteh yang membawa motif Nusantara. Jalur Temberang opppss...Gemilang.. nama yang hanya baru diberi empat tahun dahulu tidak bermotifkan roh Nusantara. Dapat dilihat dengan jelas bahawa Jalur Gemilang bermotifkan ciplakan dari The Star Spangled Banner.

Pembohongan demi pembohongan yang disalut dengan ciplakan ini akhirnya melahirkan lawak hitam lagi sedih. Lawak hitam ini muncul sesudah 8 March 2008. Sesudah tarikh ini sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Serawak telah berubah untuk selama-lamanya. United Malays National Organisation tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti siasah tetapi sebagai satu gerombolan penyamun yang sedang menyamun harta negara. Kebencian orang ramai kepada parti ini tidak dapat dinafikan lagi. Orang ramai sedang menunggu masa untuk menghumbankan parti ini ke dalam tong sampah sejarah.

Disaat saat genting ini – dalam keadaan nyawa-nyawa ikan - United Malays National Organisation telah cuba memenangi kembali hati anak-anak muda yang kini sedang berguru dengan internet dan media baru. Putar punya putar muncul logo untuk sambutan hari 31 Ogos. Apabila muncul sahaja logo 31 Ogos ini serangan telah datang bertalu-talu dari laman , dari blog, dari Face Book, dan tweeter anak-anak muda terus berkicau memperlekehkan logo ini.

Penglekehan logo 31 Ogos ini memiliki sejarah kerana pada tahun 2008 logo 31 Ogos telah juga diciplak dari Taiwan. Tetapi pada ketika itu serangan anak muda agak terhad. Tetapi kali ini serangan telah datang bergantang-gantang sehinggakan pungutan suara melalui media baru di Malay Mail - akhbar pro United Malays National Organisation - terpaksa dipadam. Logo 31 Ogos ini diperlekeh dan ditolak.



Penolakan dan penglekehkan oleh anak-anak muda ini telah menakutkan United Malays National Organisation. Ini kerana mereka sedar bahawa undi anak mudalah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi jaguh di PRU13 nanti. Dalam keadan kelam kabut ini Menteri yang berwajib telah cuba mencari jalan keluar. Menteri Kelam Kabut ini telah cuba memanggil pandangan dan cadangan dari orang ramai sebagai jalan penyelesain.

Ha! Ha! Jalan penyelesaian bukan semudah yang dimimpikan kerana jalan penyelesaian ini pula telah memunculkan satu lagi lawak seram lagi hitam. Lawak hitam logo 31 Ogos telah berjangkit pula kepada lagu tema 31 Ogos. Tema lagu ini telah dirancang dengan licik untuk digunakan sebagai alat propaganda untuk memenangi hati orang ramai pada PRU13 nanti. Tetiba laman media baru meledak dengan berita bahawa lagu tema 31 Ogos ini rupa-rupanya diciplak dari lagu gereja Indonesia. Kah kah kah sudah jatuh ditimpa tangga. Kini muka terhimpab pula ke tahi lembu. Sekali lagi terima kaseh Ronald Reagan.






Disebalik semua ini apa yang sebenarnya terjadi. Betulkan logo 31 Ogos itu hodoh? Betul ke lagu tema 31 Ogos itu diciplak dari lagu gereja Indononesia?

Dua soalan ini tidak memerlukan jawapan. Malah soalan ini pun tidak relevan . Bukan logo cun atau lagu cool yang menjadi ingin diwujudkan. Apa yang sedang berlaku sekarang ialah manifesati tentang kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation. Penolakan dan penglekehan terhadap logo dan lagu ini adalah manifestasi betapa bencinya anak anak muda dan orang ramai terhadap United Malays National Organisation.

Sama ada lagu Janji Ditepati ada persamaan dengan lagu Tuhanku Maha Besar memang tidak relevan. Sama ada dua bar atau lima bar petikan gitarnya berbunyi sama bukan persoalan. Mungkin ada yang akan menuduh lagu gerombolan ini juga di ciplak dari Imagine lagu arwah John Lennon. Tetapi semua ini tidak penting.

Malah bukan semua yang menentang lagu ini tahu tentang musik. Malah mungkin ramai yang mengutuk lagu ini di Face Book tidak pun mendengar untuk membuat bandingan kedua-dua lagu ini. Tetapi semua ini tidak penting. Yang wajib kita fahami ialah semua ini adalah menifestasi dari kebencian orang ramai terhadap United Malay National Organisation.



Penolakan dan penglekehan ini muncul karana umum mengetahui bahawa parti siasah United Malays Natioanak Organisation ini tidak bermaya lagi. Parti ini sedang nazak. Kalau kayu tepi sungai sudah condong bukan sahaja kura-kura akan memanjat malah ianya akan dijadi pangkin untuk terberak.

Hari ini kebencian telah sampai ke kemuncaknya. Apa sahaja yang dicadangakan, apa sahaja yang diajurkan – semuanya akan ditolak. Semuannya akan diperlekeh. Malah sebelum pun keluar satu perkataan keluar dari mulut Najib - presiden United Malays National Organisation - perkataan itu telah tidak dipercayai. Belum pun sempat Najib bercakap anak semua bangsa sudah tidak percaya. Terima kaseh Ronald Reagan.(TT)








NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45





Isnin, 30 Julai 2012

HIDUPKAN NASIONALISMA KADAZAN - BANGASA MAJORITI DI SABAH




KOMENTAR TUKAR TIUB

satu segi ini berita baik
tapi sebenarnya ini berita tak baik

dengan beita ini gerombolan
akan lebih bersedia dengan
pelbagai bentuk tipu helah

di sabah akan lagi ramai
warga pilipina akan mengundi

di selangor akan ramai lagi
pengundi hantu di datangkan

MAKNA DALAM BERIAT INI
dari berita ini kita faham
bahawa gerombolan telah bungkus disabah
gerombolan akan kalah di sabah

berita ini adalah trend politik sabah

tapi awas!

gerombolan akan menipu
sama saperti di selangor
walau pun rakyat berpadu
sokong kerajaan pakatan
tetapi melalui penipuan
gerombolan akan menang!


NOTA:
warga asli sabah
amat marah kepada gerombolan
kerana memberikan kad pengenalan segera
kepada beratus ribu pilipina
yang kini boleh mengundi

inilah kemarahan rakyat sabah
inilah sebab mereka melaungkan
sabah untuk sabahan

hidupkan nasiolisma kadazan!


KAD PENGENALAN SEGERA




KERAJAAN BN SABAN PASTI TUMBANG PRU13 KALAKU UNTOL
- keadilan daily

KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.

Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.

Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.

Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.

“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.

“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.

PENGUNDI HANTU BANYAK MASUK KE SABAH

Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.


Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.

Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.

APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.

“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya.



Ahad, 29 Julai 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA





MASAKAN ORANG ASLI- GULAI JERING





HARI INI HARI KE BERAPA?


sudah melintasi satu minggu
sudah lebih dari tujuh hari

hari ini panas
berwap dan tidask selesa

kelmarin aku mandikan jai dan ezi
hari ini aku mandikan curvey
ini pun satelh kuku di potong

apakah mereka tahu
bahawa ini bulan puasa
apakah mereka ingin sama berpuasa

KELMARIN PETANG
merayau ke hulu langat
mencarai kelainan
singgah di bazar ramadan batu 9

berligar mencari tempat berbuka
tersesat hinnga ke kampong orang asli
memutar pusing hingga ke sungau lui
akhirnya menemui kedai yang bukan dituju
kedai makan dituju gagal ditemui

makanan kami cukup enak:
air tebu
popiah basah
terubuk bakar
kembong bakar
gulai pisang
gulai jering
kari nenas
kari ikan

dikedai kamai hanya
memesan air minum dan nasi puteh



GAGAL LAGI
menacari gulai itik
gagal lagi!


PETANG INI
aku tak ada spesial
berbuka dengan buah:
rambai
durian
pulasan
duku
manggis
buah mangga sudah tak boleh dimakan

buah apple
buah limau
ada tapi tidak berusik





PETANG INI LAGI
aku masak gulai ikan lampam
masak lemak kuning
campur udang
campur tomato
campur terong


KEIDAHAN DUDUK SEORANG DIRI
dunia ini kita miliki
tak ada ganguan
tak ada saranan
tak ada komen

hidup enak tidak pernah bosan
hidup bebas tidak terlalu rutin
hidup ranjau yang tidak berjadual
hidup rambang yang tidak bertarikh

tapi ada juga yang kurang enak:

makanan selalu terbuang
kerana tak habis dimakan
masalah ini tak dapat aku selesaikan
ada sahaja makanan yang tebuang
tersimpan lama
tidak termakan
terlupa di makan
dan dan dan....

TAK DITEMUI DALAM RESTORAN





LAPAR - PUASA - DAN KURANG MAKAN













PUASA DAN KEMISKINAN

Wajib disedari, merayakan puasa ini bukan hanya amalan penganut agama Islam. Penganut agama Hindu sebelum membayar niat membawa Kavadi di Batu Caves juga akan berpuasa. Penganut agama Yahudi juga berpuasa untuk menyambut hari kebesaran Yom Kippur. Dalam pelbagai mazhab, agama Kristian ada ritual berpuasa.


Ada arahan agama yang melarang makan dari subuh hingga senja. Ada yang berpuasa setelah makan tengah hari seperti amalan harian para rahib dan sami yang tinggal di Pagoda. Ada berpuasa yang hanya menolak daging dan makanan berdarah. Dari semenjak zaman kuno lagi, amalan berpuasa ini telah wujud. Manusia merasa bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana telah memberikan mereka nikmat makanan.

baca seterusnya disini:

http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/lapar-dan-puasa-100245171.html



Jumaat, 27 Julai 2012

SAMAN ZUL NORDIN HINGGA MALAON INI JUAL SELUAR DALAM








MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN UTUSAN BATAL SAMAN SYED HUSIN - berita hiaran

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak untuk membatalkan saman fitnah berjumlah RM10 juta yang difailkan Senator Dr Syed Husin Ali.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan supaya kes itu dibicarakan selama dua hari bermula 29 Ogos.


Beliau membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam N Surendran yang mewakili Syed Husin, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan Melayu dan Abdul Aziz serta peguam Farah Mazlan mewakili anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Pada Mei lalu, Zulkifli turut membuat permohonan yang sama (batalkan saman) tetapi menarik balik hari ini.

Surendran memberitahu pemberita bahawa Vazeer juga membuat keputusan membenarkan Syed Husin meminda writ saman dan penyata tuntutan serta menetapkan 15 Ogos untuk pengurusan kes.

Syed Husin, 76, bekas timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfail saman itu pada 27 Januari lalu dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain serta satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

Dalam pernyataan tuntutan, Syed Husin mendakwa Utusan Melayu dan Abdul Aziz secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lalu, berjudul 'Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin'.

Syed Husin berkata, Zulkifli, dalam laman web peribadinya, menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu 'Anjing-anjing Pencen'.

Sementara itu, menerusi pernyataan pembelaan Utusan Melayu dan Abdul Aziz yang difailkan pada 29 Februari lalu, kedua-duanya menafikan dakwaan Syed Husin dan mereka hanya menerbitkan semula apa yang disiarkan Zulkifli dalam blognya.

Mereka juga mendakwa artikel itu diterbitkan semula dengan niat baik supaya dapat memberi maklumat kepada masyarakat awam.

Zulkifli, yang memfail pernyataan pembelaan pada 28 Februari, pula berkata artikel di laman web peribadinya adalah komen berpatutan dan membabitkan kepentingan awam.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SAMAN JANGAN TAK SAMAN... kah kah kah..

kah kah kah... SAMAN SAMPAI MALAON NI KENA JUAL SELUAR DALAM....kah kah kah..

kah kah kah... MALAON INI SUDAH TIPU CAP MOHOR SPR... kah kah kah..

kah kah kah...MALAON INI SUDAH TIPU TARIKH LAPORAN KEWANGAN PILIHANRAYA..kah kah kah..

kah kah kah...BILA PAKATAN MENANG...BUKA KEMBALI KES SIASATAN UNTUK MALOAN INI...kah kah kah..

woit...MALAON INI JUGA HUTANG PUAN AINON 15 RIBU RINGGIT...kah kah kah..


kah kah kah.. YANG BUAT ARRANGEMENT IALAH DINSMAN.... kah kah kah..

kah kah kah...SAMPAI SEKARNG TAK BAYAR.... kah kah kah...

woit...KALAU INI FITNAH ..... SAMAN LAAAA.... kah kah kah




Khamis, 26 Julai 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA - DIMANA KAN KU CARI ITIK?





DIMANA ADANYA RENDANG ITIK?




KUALA LUMPUR PETANG INI

redup dan berangin
selesa dan nyaman
yang tidak ada hanyalah
perempuan bermata jeli
dan budak lelaki yang nenuangkan
air anggir anngur ke canggkir perak

aku juga tidak duduk di divan
aku hanya duduk di kerusi ikea

tidak ada sungai madu
tidak ada sungai susu
yang ada sungai klang di hadapan rumah aku

KOTA KOTA LAIN
aku tak tahu
mungkin ada perempuan bermata jeli
mungkin ada budak lelaki menuangkan air anggur





PETANG INI TAK ADA YANG SPESIAL


kueh petang kelamrin dipanaskan
gulai itik petang kelmarin dipanas
lala sahur di panaskan

maka aku akan berpuasa
diatas buah manggis
buah yang paling aku minati
ketika ini





ITIK OH ITIK

dimana agaknya akan ditemui
gulai gulai itik
dimana agaknya akan ditemui
itik yang dipanggang
dimana agaknya akan ditemui
rendang itik


Rabu, 25 Julai 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE LIMA




PASAR CHOW KIT YANG AMAT TERKENAL





PASAR CHOW KIT

petang ni aku pergi ke pasar chow kit
udang sotong lala
terong bendir dan
tomato hanya 2rm sekilo
tak lupa beli belacan
yang tidak berjenama

satu masa dulu
aku seorang belacan kolektor
dah pencen dg hobi ini

BUAH DAN BUAH BUAH
ini tempat terbaik membeli buah
kawasan ini agak kotor
tapi inilah wilayah
dimana boleh membeli
dengan harga yang murah
3 kilo manga 9rm
3 kilo manggis 10 rm
18 biji apple 10rm
2 biji buah naga 6rm

PASAR BUAH CHOW KIT



BERBUKA PETANG INI
untuk mengingati perjuangan
anak muda arab
untuk mengingati
perjuangan bouazizi
aku beli kurma dari tunisia

aku juga mendapat sekotak kueh melayu
hadiah kawan yang anaknya meniaga kueh melayu


HANYA MELIHAT GAMBAR - AKAN DICARI






PALING SPESIAL
ialah gulai itik
ini masakan acheh
telah hampir 4 tahun
aku megikuti masakan itik ini
aku tidak makan ayam
tapi aku suka itik
itik yang dipanggang
itik yang disula
itik yang di rendang
itik oh itik

ini masakan oleh ali
tuan empunya kedai itik
aku telah lama kenal ali
ini kerana aku telah pernah
kenalkan ali kepada pembaca tapai
dalam off the edge


BURUNG YANG BERNAMA ITIK






KENAPA ITIK
itik ini adalah burung
yang tidak mungkin
dapat dibodohkan macam ayam
itik bebas berlari dan bermandi
tak mungkin itik duduk dalam sangkar

malah di peranchis
di china untuk mengemokan itik
dilakukan dengan ganas sekali
mulut itik dibuka
dan dipam dengan makanan

di malaysia itik masih lagi
lari berkeliaran

NOTA:
sesiapa tahu makanan spesial
untuk bulan puasa ini sila hantar
ke radio bangsar utama
mari kita berkongsi
mari kita bertukar rasa
mari kita sama sama
merayakan pesta kehidupan


hantar : radiobangsarutama@gmail.com


Selasa, 24 Julai 2012

SUKAN OLIMPIK IALAH MENYEMBAH DEWA OLYMPUS - INI PROJEK NAK MURTADKAN MELAYU




HBISLAH MELAYU MURTAD




MUFTI SETUJU ATLIT OLIMPIK TANGGUH PUASA - mkini
Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Harussani dan Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

"Setuju sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

KAH AKH AKH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... PASAL APA TAK BOIKOT OLIMPIK... kah kah kah..

kah kah kah...OLIMPIK SENGAJA DIADAKAN PADA BULAN PUASA...kah kah kah..

kah kah kah... SELALUNYA BULAN LIMA ATAU ENAM...INI SABOTAJ ORANG ISLAM... kah kah kah..

kah kah kah....MANA DIA ZUL NORDIN.. PENJIHAD ISLAM.... kah kah ah...

OBOR OLIMPIK MENYEMBAH DEWA



kah kah kah...MANA DIA HASAN ALI ... PEJUANG ISLAM... kah kah kah..

woit... ... INI RANCANGAN KRISTIAN UNTUK MURTADKAN ORANG MELAYU...kah kah kah..

kah kah kah...SENGAJA BUAT OLIMPIK PADA MUSIM PANAS... KERANA NAK PAKAI KITAB INJIL DENGAN SOLAR POWER.... kah kah kah

kah kah kah.. BAKAR OBOR OLIMPIK ADALAH TANDA SEMBAYHANG PADA DEWA OLYMPUS... kah kah kah....

kah kah kah...OBOR OLIMPIK ITU TANDA MENYEMBAH DEWA OLYMPUS... kah kayh kah..

kah kah kah...MANA DIA JAKIM... MANA DIA JAIS.... kah kah ka..

kah kah kah...MANA DIA MAJLIS FUK WA KEBANGSAAAN.... kah klah kla..

woit... KENAPA OLIMPIK INI TAK HARAM.... PADA HAL OLIMPIK INI ILAH DEMONSTRASI KEPADA DEWA OLYMPUS.... kah kah kah..

woit...POOOORAAAH.... DALAM NEGARA BERANI KELUAR FAK WA.... DI LUAR NEGARA... TERKENCING KENCING..... kah kah ka


radio bangsar boikot olimpik kerana tak buat di hulu selangor:



Ahad, 22 Julai 2012

MARI KITA BERLAKU JUJUR DALAM BULAN PUASA INI






NOTA UNTUK ORANG MELAYU

mari kita berlaku jujur
perhatikan gambar ini
mereka inilah yang selalu
melaungkan slogan hidup melayu
merekani ilah yang selalu
melaungkan ketuanan melayu

mari kita berlaku jujur
amabil seorang kanak-kanak
umur antara 5 hingga 12 tahun
tunjukan gambar ini
dan tanya kepada kanak kanak ini

bangsa apakah manusia ini?


NOTA:
kanak-kanak adalah
manusia yang paling jujur
yang belum membawa hutang hidup







KETUANAN MELAYU
sekarang ramai org2 Melayu dah sedaq ttg pecah amanah, menang tipu, rasuah, skandal2 gerombolan umno apco, rompakan harta negara, rembat tanah2 rakyat. org2 Melayu dah sedaq tak mau jadi hamba pada tuan-tuan pemimpin Umno. maka untuk para pemimpin Umno kekal menjadi TUAN, maka lar ni depa dok import 'hamba-hamba' baru - tu yg depa bagi IC kat mat bangla, mat indon, mat burma. rakyat merdeka dari Umno!!!
By Anonymous on MARI KITA SEMUA BERLAKU JUJUR DI BULAN PUASA INI on 7/22/12


ketuanan layu adla bro..bani mlayu akn trus kna tpu samp kiamat..kahhkahh
By malu jadi mlayu..kahhkahh on MARI KITA SEMUA BERLAKU JUJUR DI BULAN PUASA INI on 7/22/12

sampai bila2pun org2 Melayu tidak akan mencapai tahap ekonomi yg disasarkan selagi kuasa politik ditangan gerombolan perompak umno apco ni! 55 tahun raja-raja org Melayu ketua2 kakitangan kerajaan org Melayu Umno PM dan TPM org Melayu Umno MB2 org Melayu Umno kakitangan kerajaan majoriti org Melayu Umno towkey korporat besar mcm tuan punya Bank CIMB, tuan punya arak San Miguel, tuan punya Beras Bernas, Petron, Scomi, Kencana Petroleum dll jadi kenapa org Melayu yg susah dari dulu sampai skrg masih susah dan makin ramai yg tambah susah???



sebabnya selama ini,para pemimpin Umno hanya menjadikan majoriti org2 Melayu bawahan, sebagai hamba/abdi/alat sokongan mendapatkan undi semata-mata. sekarang tuan-tuan Melayu sudah takut kerana HAMBA-HAMBA ALLAH keturunan Melayu sudah sedar. HAMBA-HAMBA ALLAH AKAN MERDEKA DARIPADA PENJAJAHAN TUAN-TUAN MELAYU (jawa,mamak,bugis...) INSYAALLAH, TAKBIR!!
By Anonymous on MARI KITA SEMUA BERLAKU JUJUR DI BULAN PUASA INI on 7/22/12

Terbaek TT!Ketuanan melayu memang tak wujud.Semua melayu dah kena kencing dengan Madey.mamak tipu melayu hanya nak rembat hartabenda tanah melayu.Mamak kena belaku jujur, kalau muka hitam legam,dan yang dicuci botox kalau mamak mengaku saja mamak.Kalau berbohong bulan puasa,puasa tu dapat bala pula.


Kata Hang Tuah takkan melayu hilang di dunia juga adalah slogan penipuan dari gerombolan, sebab Hang Tuah sendiri bukan melayu!Nama Hang sama seperti Puteri Hang Li Po,seorang cina.Jadi Hang Tuah dan ketuanan Melayu memang tak wujud, dan sebenarnyanya ketuanan melayu adalah lesen untuk merembat harta negara oleh mamak-mamak mandaliar.Kah..Ka..Kah. Melayu semua dah jadi Bongok...
By Anonymous on MARI KITA SEMUA BERLAKU JUJUR DI BULAN PUASA INI on 7/22/12



layari stesen punk rock ini:



MARI KITA SEMUA BERLAKU JUJUR DI BULAN PUASA INI



ADAKAH MUKA INI MUKA MELAYU?




NOTA:
hari baik bukan baik ini
mari kita berlaku jujur
jangn tipu diri sendiri

perhatikan gambar ini tepat tepat
perhatikan gambar ini elok elok

apakah ini muka melayu?
apakah ini ada iras melayu?

macam ini ini jadi melayu?
apakah ini yang dikatakan ketuanan melayu?


USAH POLITIKAN KETUANAN MELAYU - meloya

Istilah ketuanan Melayu tidak harus diputarbelitkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, istilah tersebut sering menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat negara ini berikutan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu.

"Istilah ini bukanlah perkara baru, ia bagi menggambarkan orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebenarnya isu ketuanan Melayu digunakan pihak tertentu untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu kaum yang mempunyai kelebihan atau keutamaan," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, apa yang diperjuangkan oleh kelompok tersebut ialah mahu memastikan setiap rakyat mendapatkan hak yang sama.

"Apabila wujud keadaan ini, seperti sedia maklum, orang Melayu dan bumiputera masih belum mencapai tahap yang disasarkan. Akhirnya, siapakah yang mendapat keuntungan besar?.

"Justeru, sudah sampai masa kita tidak terlalu berpolitik sesama sendiri sehingga melupakan kepentingan masa depan negara," jelasnya.

Istilah ketuanan Melayu kata beliau, masih relevan jika ia bermatlamat untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat itu secara keseluruhan dan bukan segelintir sahaja.

MELAYU KENA TIPU BULAT BULAT


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... JANGAN SILAP FAHAM....JANGAN KENA KELENTONG... kah kah kah..

kah kah kah..KETUANAN MELAYU DI KATAKAN SUDAH 54 TAHUN... kah kah kah

woit... INI SEMUA TIPU... MANA ADA KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah... 54 TAHUN BUKAN KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

woit... KALAU 54 TAHUN ADA KETUANAN MELAYU... TAK KAN MELAYU MEREMPAT...kah ah kah...

kah kah akh... KALAU KETUANAN MELAYU KENAPA MELAYU DI KG BEREMBANG TANAH KENA REMBAT?..... kah kah kah..

kah kah akh....KALAU KETUANAN MELAYU KENAPA TANAH DI PLENTONG KENA JUAL... kah kah kah...

kah kah akh..KALAU KETUANAN MELAYU...KENAPA TANAH KERETAPI TANAH MELAYU JUAL MURAH PADA SINGAPURA...kah kah kah..

woit...AJENDA KETUANAN MELAYU INI HANYA NAK TIPU MELAYU...kah kah kah...

kah kah akh...TAK ADA KETUANAN MELAYU... TAK WUJUD KETUANAN MELAYU... kah kah kah..

woit...YANG ADA KETUAN GEROMBOLAN MELAYU JUAL TANAH MELAYU....kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH AKH

woit...TAK PERCAYA?.... jkah kah kah...

NOTA:
beri kad pengenalan segera
pada mat bangla
pada mat indon
pada mat burma
pada mat pilipina
ertinya juakl tanah melayu


hanya radio bangsar yang tidak mengenal bangsa:




Sabtu, 7 Julai 2012

JANJI INI MESTI ADA SETIAP KALI NAK PANCING UNDI





TUNAI INI DULU -JANGAN TIPU






SEKOLAH SATU SESI TETAP DILAKSANAKAN
- berita hairan

Baling: Kementerian Pelajaran iltizam melaksanakan sistem persekolahan satu sesi walaupun terpaksa menanggung kos tinggi.

Timbalan Menterinya, Mohd Puad Zarkashi, berkata ia berikutan kementerian memerlukan tapak dan pembinaan sekolah baru selain penempatan guru.

“Pertambahan penduduk di bandar menyukarkan kerajaan melaksanakan sekolah satu sesi. Kita sentiasa mengkaji untuk memperbanyakkan sekolah tetapi tidak mampu dalam tempoh singkat meskipun beberapa sekolah luar bandar sudah melaksanakannya,” katanya.

Puad berkata, setakat ini sebanyak 6,971 sekolah rendah sudah melaksanakan persekolahan satu sesi dengan 1,532 membabitkan sekolah menengah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...DAH BOSAN LAAAA DENGAR JANJI INI.... kah kah kah..

kah kah kah...1969 DAH DENGAR.... kah kah kah..

kah jkah kah...1974... DAH DENGAR.... kah kah kah..

kah kah kah...1982... DAH DENGAR.... kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS TTU TAK DENGAR..KERANA KEAN ADA AUTA KELING LAGI BESAR... kah jkah kah..

kah kah kah...DENGAR KEMBALI TAHUN 2004 DARI MAT ZZZZZZZZ.... kah kah kah..

kah kah akh...DENGAR KEMBALI DARI MAT NAGNTUK SEBELUM DIA TIDOOO....kah kah kah..

woit... TAK PAYAH CAKAPLAAAA.... BUAT SAJE... NAK BISING BUAT APA?...kah jkah kah





Sabtu, 19 November 2011

KOTA BAHRU TAK HUJAN HARI INI



DARI KOTA BAHRU


kelmarin hampeh – kapalterbang lewat
ada member kata syarikat ini macam bus ha haa ha
tapi ok lepas jam 7 baru sampai
dalam peswat ramai cik mek molek mungkin
mahasiswi yang pulang bercuti -memang cun
tapi balak balak semuanya pecah pecah kah kah kah

menginap tepi sungai – dah pernah duduk di hotel yang
sama satu masa dulu dg adman adam – masa jalan jalan
cari makan tapi dulu bila buka tingkap belakang
ada bising bunyi suara dan nyanyian burung walit
kali ini dah TUTUP

makan makan : gagal –ini kerana ada orang yang ajak
tuan yang jemput bawa tempat chick/style milo tapi
aku tak minat masakan aji no moto tom yam siam
aku nak cari masakan mek Kelantan – gagal

PAGI INI
Wow! minum pagi terbaik – untuk pertama kali
aku dapt menikmati kopi yang hampir setaraf
dengan kopi dapor aku – ini kedai kopi tiam kita
ini kedai makan MESTI DATANG – kerana kalau tak
ada masa panjang semua masakan pagi – nasi kerabu
nasi belauk – nasi dagang – nasi lemak yang terbaik di keliling kota bahru
semua terkumpul dlm kedai ini –
hanya nasi kang kang tak ada
kopi tiam ini pust makanan pagi – cukup popular – penuh
aku makan nasi berlauk ikan dari pasir mas – nak hormat
pada braheng – aku tambah dengan makan nasi tumpang - dua dua
ikan tongkol – orang sini panggil ikan ayooo
tapi aku tak makan sangat nasi takut membadak – kemudian
minta telor setengah masak.
telor dicapur kuah ikan – jawabnya : hahah… cubalaa

PASAR KHADIJAH

siapa sampai ke kota bahru wajib masuk ke pasar ini
yang aku cari kulat kering – cendawan kukur cakap orang n9
aku beli budu terbaik dari ketereh –daging lembu : batang pinag
pan peha - bukan daging epok – ini daging ori –
beras hitam ,rempah rampai kampong – dan satu kilo daging
kambing kampong – setiap kali aku datang aku beli pada mek ini
dia cun – hinggakan dia ingat dulu aku dtaang pakai topi seluar pendek
dan ada jaket kah kah kah

kali ini aku tak beli ikan – aku tanya harga sekilo ikan patin
agak mahal dari pasar chow kit – di chowkit 5- 7 ringgit
di temerloh 14RM
di sini 12 RM - di miri ikan patin lebih mahal hamper sama
dg harga di termerloh

KUEH MUEH
aku juga melintasi kedai kueh mueh
wow! manis manis bukan lalat yg berterbang
tetapi lebah

aku melintasi juga warong makan
wow! udang besar – aku tanya
1 udang25 RM
1 sotong 12 RM
1 ketam 10 RM
aku juga ampak banyak gulai
untuk makan tengah hari
paling menarik lala yang kecil nak beli
tapi takut lala ini mati

NOTA:
daging lembu dan kambing
yang kau beli sedang berehat di dapr hotel

NOTA:
untuk semua jantan yang tak tahu masak
mula la belajar memasak
kalau di eropah sesiapa tahu memasak
dia kan punan
sesiapa pandai memasak
maka katilnya tidak pernah kosong kah kah kah


Ahad, 3 Januari 2010

JANGAN KENA TIPU



SETIA KAWAN ANTI IMPERIALIS



NAIK HARGA KENA TINDAKAN – sinar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran pada peniaga agar tidak menaikkan harga makanan dan minuman sewenang-wenangnya ekoran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, kelmarin.

Timbalan Menterinya, Tan Lian Hoe berkata, kementerian memandang serius amaran tersebut dan berharap semua peniaga mematuhinya.

“Kita akui, pasti ada peniaga yang akan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan minuman di premis masing-masing. Itu kita tidak boleh elak. Namun, kementerian akan tetap membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas para peniaga ini

KAH KAH KAH…

woit… YANG MUNKEE KEPALA BANA NAIK KAN HARGA GULA APA HAL?... kah kah kah…

woit… SIAPA SURUH NAIKKAN HARGA GULA?.... kah kah kah..

woiy…AMBIL LAH TINDAKAN KERANA MANAIKKAN HARGA GULA…. kah kah kah…

woit… TUNGGU TAK LAMA LAGI HARGA MINYAK PETROL NAIK.. kah kah kah…

kah kah kah… LAGI HARGA BARANG AKAN NAIK…kah kah kah…

nota:

harga barangan naik kerana mengikut pasaran.
pasaran berkiblatkan keuntungan.
kaum pemodal mahu keuntungan maksima.

kalau juial/beli bahan bahan ini di kendalikan oleh kerajaan
maka keuntungan ini boleh masuk dalam dana negara.
sekarang dalam sistem ini duit untung masuk dalam kantung pemodal.

inilah bezanya sistem ekonomi pakitalis dengan sistem ekonomi sosialis.

dalam ekonomi sosialis semua punca punca ekonomi asas dimiliki
oleh orang ramai i.e kerajaan. air, api, hospital,bank, jalan raya, talikom, sekolah,
universiti, kilang kilang strateji, minyak – semua milik negara.
contoh : petronas syarikat nasional milik negara.
ini punca ekonomi yang penting.

polis. askar, pegawai kerajaan – semua
milik negara – bekerja untuk negara. bekerja untuk kesejahteraan ramai.
bekerja untuk kebajikkan umat bukan untuk buat untung.

betul ! meniaga perlu untung untuk mengumpul modal.
jika negara yang mengendalikan jual/beli negara juga wajib untung.
tetapi untung ini masuk ke dalam dana negara.
negara itu adalah kita i.e orang ramai. kita yang untung bukan towkay,
cukong atau kroni.

kalau negara buat duit – duit ini akan dilabor untuk hospital, buat pembelajaran
percuma, buat jalan percuma, univerisiti percuma.

kenapa dbkl hanya buat rumah rumah untuk orang miskin kota?
kenapa syarikat perumahan negara tidak buat rumah untuk semua.
buat rumah yang lebih selesa untuk semua warga. kenapa orang
kaya perlukan ruang yang luas. apakah orang miskin tak perlukan
ruang bilik yang luas.

kenapa susah sangat pekara ini hendak dilakukan ?

ianya susuh hendak dijalankan kerana yang berkuasa adalah juga
mereka yang memiliki saham dalam syarikat syarikat swasta ini.
mereka menjaga kepentingan saham dan share mereka.

cuba fikirkan kes ini : kenapa dari darjah satu semua pembelajaran percuma.
bila nak masuk univeristi kena bayar? kenapa melabor setengah jalan.
kenapa tidak diteruskan hingga tamat. ini pelaboran insan.

kenapa ini berlaku ? kerana nak bagi kroni buat universiti swasta.

tahun ini ekonomi dunia akan teus gawat. lihat semakin banyak harga akan berterusan.

sistem ekonomi kapitalis tidak dapat menyelesaikan masaalah keperluan manusia.
sistem yang berpaksikan keuntungan tidak akan membawa kebajikkan.
hanya sistem ekonomi sosialis yang akan membawa keselesaan.

contohnya: negara cuba - terbaik dalam hal perubatan. terbaik dalam hal
pembelajaran. terbaik dalam sukan. ternaik dalam hal budaya. export cuba
ialah tabib dan bomoh.

memang betul di cuba tak ada coco cola dan mek dogal – pergi
mampuslah dengan kentucky fried fuck ! kah kah kah




KANG KONG BUAT LAWAK TAHUN BARU



APA PUNYA TUUUUUUR !




CADANGAN GUNA TEMU RAMAH GANTI SIASAT - melayau

Pakar kriminologi, Akhbar Satar menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menggunakan istilah 'soal siasat' dalam proses mengumpul fakta dan bukti daripada saksi atau suspek.

Menurut beliau, ia bagi mengelak salah tanggapan bahawa badan itu melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap pihak yang disoal siasat.

Sebaliknya, jelas beliau, mereka perlu memperluaskan penggunaan istilah 'temu ramah' bagi mengekalkan imej serta profesionalisme SPRM.

"Teknik soal siasat lebih menjurus kepada kekerasan dan paksaan yang juga dipanggil peperangan psikologi.

"Bagi kes rasuah yang kebanyakannya melibatkan golongan elit, lebih sesuai digunakan istilah temu ramah di mana ia dijalankan dalam suasana selesa dan lebih berbentuk psikologi supaya suspek atau saksi berupaya bercakap benar," katanya.

KAH KAH KAH…


woit…. KALAU MAT REMPIT KENA BELASAH… kah kah kah…

woit… KALAU KUGAN DI SOAL SIASAT SAMPAI MATI… kah kah kah…

woit… KALAU BENG HOCK KENA SIASAT SAMPAI MATI… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU ELIT YANG RASUAH… HANYA TEMU RAMAH… kah kah kah..

woit… MANA PUNYA BANGANG PUNYA KANG KONG… kah kah kah…

woit… APA PUNYA TUUUUUR… PUNYA CADANGAN… kah kah kah…



Selasa, 9 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur mendung. Udara nyaman.
Tuan empunya warong jajan gembira.
Saya juga turut sama gembira.

Mereka inilah orang-orang yang tidak pernah ada hak keistemewaan.
Mereka kerja keras. Buat kueh dan jual kueh.
Mereka tidak ada saham di bursa saham

Berpindah dari satu kawasan ke satu kawsan
Cari tapak untuk berniaga
Dari pasar malam ke pasar ramadan

Hari Raya lagi 21 hari

Tiket bas pulang ke kampong sudah naik harga
Permintaan tinggi - harga makin naik
Bukan salah ulat atau salah kutu
Ini hukum kapitalis

Pulang ke kampong nak jumpa sudara mara
Atau nak tunjuk kereta
Ada baju baru leh jumpa mak we/pak we
Kalau nasib baik boleh minum air nira
Kalau nasib lagi baik malam-malam raya
Dapat cium eheeeem dia

DETIK KEMUSNAHAN MELAYU –IBRAHIM ALI – Utusan Melayau


KOTA BHARU 8 Sept  - Hasrat pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini hanya gimik politik dan perang saraf semata-mata.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan usaha untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat itu hanya berasaskan impian kosong pemimpin pakatan yang tidak akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, jika perubahan kerajaan benar-benar berlaku pada tarikh tersebut, ia sebenarnya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

kah kah kah…. kemusnahan islam dan melayu di negara ini? kah kah kah….

musnah macam mana ni ? kalau mamat ni ada gigi 40 batang – tiga gigi jongang meTompel ke luar… lalu mamat ni pergi repair di Jepun… adakah semua gigi mamat ni musnah…. kah kah kah.

gua tak nampak hubungan kerajaan baru yang akan ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat dengan kemusnahan Islam dan Melayu ….. ini amat pelik. orang islam dalam dunia ini ada 1.4 bilion ( tolak raja petra dan ayah pin )…..tiba-tiba Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru di Malaysia ….. cam mana pulak islam musnah… ni yang buat gua konfuse…. kah kah kah.

macam mana pulak melayu musnah …. apa hubungan kerajaan baru Pakatan Rakyat dengan melayu di moro, di patani, di sumatra, medan, jambi, acheh…. musnah cam na? musnah tak dapat projek buat jambatan ke ….kah kah kah.

gua rasa gua tahu napa si tok brahim ni tak suka orang lompat parti….. kerana nanti  ada mamat baru yang akan klim nak jadi raja katak …. kah kah kah.

Jumaat, 5 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

 

Kuala Lumpur redup, mendung dan hendak hujan.
Peniaga warong susah hati.
Angin kuat. Renyai-renyai sudah mula.

Hari ini terlalu banyak SMS sampai.
Hampeh. Jangan percaya.

Guruh makin kuat.

Raya lagi 25 hari.

Tak perlu pergi beli belah di Masjid India.
Jangan buat sibuk. Kalau baju koyak boleh jahit tak perlu beli baru.
Tak jahit pun tak mengapa. Lagi cool.