KENYATAAN AKHBAR
27 JANUARI 2013
KES WILLIAM: MASYARAKAT PERLU BERTINDAK
Anak adalah satu anugerah Tuhan yang tidak dapat dinilai. Tidak ada gambaran yang boleh saya katakan tentang kejadian yang menimpa terhadap adik William Zhen Zhong. Semoga ibu dan bapanya tabah dan kuat untuk mendepani berita sedih ini.
Apakkah yang boleh kita katakan tentang perkara ini yang terjadi kepada kanak-kanak yang baru sahaja berusia 6 tahun?
Sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita. Sikap tanggungjawab mestilah disemai sepenuhnya untukk memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku. Ianya sungguh memberangsangkan apabila ramai pihak yang berbeda pendirian politik menggunakan sepenuhnya media sosial untuk membantu menghebahkan berita kehilangan ini, walaupun kita masih lagi gagal untuk menemui adik WiLliam.
Masyarakat setempat, ibu bapa, penjaga haruslah lebih berwaspada dan sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat di mana jua berada terutamanya di tempat-tempat yang sesak, taman permainan, pusat membeli belah dan sebagainya.
Masihkkah kita ingat misteri kematian adik Nurin (2007)kehilangan adik Sharlini (sekitar tahun 2008) dan kematian ngeri Adik Nurul Dirah yang dibakar (2010) ? mengenang kepada 3 peristiwa ini, sebak dan sayu pasti menyelubungi kita semua. Marilah kita sama-sama berdoa agar perubahan dan keselamatan di negara kita terus dipelihara.
Keganasan rumah tangga, aktiviti pemerdagangan manusia, penculikkan dan pembunuhan adalah kegiatan yang perlu diperhatikkan oleh pihak keselamatan dengan serius dan tekad untuk membanteras. Jika perkara ini menjadi agenda keselamatan awam, maka semestinya pihak berwajib PDRM digesa untuk memastikan tidak ada lagi kehilangan dan pembunuhan yang melibatkan anak-anak kecil.
Justeru, marilah kita bersama-sama berpegang tangan, berganding bahu untuk terlibat secara total dalam pembangunan masyarakat khususnya dalam melindungi kanak-kanak. Sikap prihatin sesama kita adalah tanggungjawab bersama.
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT
----
4 ulasan:
Harussani ni sudah melampau dan murtad daripada agama Islam. Rasul Allah (saw) sendiri tidak melarang orang-orang Kristian dan Yahudi daripada menggunakan kalimah Allah. Jadi dengan mengeluarkan fatwa yang bodoh macam ini Harussani telah mendakwa Rasul Allah murtad kerana didalam Al Quran kita dapat baca bagaimana orang-orang Yahudi dan Kristian juga menggunakan kalimah Allah dan Rasul Allah tidak menghalang mereka kerana mereka menggunakan kalimah ini sebelum Rasul Allah dilahirkan. Sila baca Surah At-Tauba 9:30 didalam bahasa Arab:
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ۖ ذَٰلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
TT tengok gambar yang terakhir ni . kah kah kah .. ini bukan anak hilang ye . ini gambar saekor bisul 1 dan bisul 2 . kah kah kah .. kantoi ..
http://beritasemasa.com/najib-razak-gaza-palestin
Salam 8Malaysia adakah secara kebetulan atau tidak apabila Malaysia semakin hampir mengadakan pilihanraya mesti ada kes budak hilang contoh tahun 2007/2008 Nurin Jazlin hilang dan mati serta Sharlinie masih hilang sampai ke hari ni sekarang William Yau Zhen Zhong hilang dan ditemui mati dalam sungai Kelang. Mungkin ia satu kebetulan. Semoga kejadian budak kecil hilang tidak berlaku lagi selepas ini di Malaysia. Diharapkan semua pihak tidak politikkan isu ini kasihankanlah ibubapa kanak-kanak yang malang tersebut. Salam 8Malaysia.
PERTAMA kali dalam sejarah malaysia....BILIK MAYAT HOSPITAL DIKAWAL DENGAN PENGAWAL LENGKAP BERSENJATA PUMP GUN SEMI AUTO....SINGGLE BARREL DENGAN MUATAN 5 KE 6 BIJI PELURU BUCKSHOOT...PELURU NI KALAU KENA KAT DADA KEATAS....JADI ZOMBIE LER....BERJALAN TAKDER KEPALA......APA...BANGSAT SANGAT KE RAKYAT MALAYSIA NI ,SAMPAI MAYAT PUN NAK DI CURI...SAMPAI KENA GUARD DENGAN PULISI MEMULA DAH TU SIKURITI LEPAS TU.....ADUHAI....KOK IYE PUN JANGANLAH TAHAN TAHAN MAYAT ORANG TU OIII....SIAPA NAK CURI MAYAT KAT MALAYSIA NI...KALAU CURI ORGAN KITA TAHULAH SIAPA BUAT....?...MY DEEP SYMPATHY AND CONDOLENCE KEPADA KELUARGA MENDIANG ADIK WILLIAM....BE STRONG AND BE PATIENT....DARI SAYA DAN KELURGA .....
Catat Ulasan