Menteri Dalam Negeri Lupa "Berjalan Demi Demokrasi" Itu Menuju Stadium Merdeka!
Kenyataan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini mendakwa huru-hara yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 tahun lalu kononnya kerana pihak penganjur enggan menerima tawaran kerajaan supaya himpunan dilangsungkan di stadium adalah satu kenyataan dangkal dan sangat tidak cerdik.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menepis dakwaan Dato Seri Hishamuddin yang sememangnya telah lupa sejarah perhimpunan aman yang telah dihuru-harakan sendiri oleh pihak polis melalui Kementerian Dalam Negeri. DS Hishamuddin juga telah lupa bagaimana permintaan penganjur untuk menggunakan Stadium Merdeka ketika bersih 2.0 tidak dilayan.
Mengimbas kembali tanggal 9 Julai 2011, lebih seratus ribu rakyat menuju ke Stadium Merdeka dengan motto "Berjalan Demi Demokrasi" atau "Walk For Democracy" telah dihalang daripada masuk ke Stadium Merdeka dengan rintangan kawat berduri dan seterusnya rakyat diserang dengan pancuran 'watercanon' beserta ribuan tembakkan gas pemedih mata. Ketika itu, huru-hara mula berlaku apabila pihak polis cuba halang rakyat dari masuk ke perkarangan Stadium Merdeka. Di manakah Hishamuddin ketika itu? Begitu mudah Hishammuddin melupakan peristiwa Bersih 2.0 yang turut membabitkan kehilangan nyawa?
Ini jelas bermakna penganjur terdahulu telah memilih Stadium Merdeka tetapi tidak diberi laluan oleh kerajaan mahupun KDN. Hishamuddin jangan berdolak-dalik melepaskan diri dan mencuci tangan di sebalik pertempuran rakyat dengan penguasa zalim ketika Bersih 2.0.
Begitu juga dengan insiden yang berlaku pada tanggal 28 April 2012 Bersih 3.0 - Duduk dan Bantah. Perhimpunan dengan kekuatan 250 ribu rakyat berlangsung aman telah bertukar menjadi huru-hara selepas pihak polis merusuh dan membelasah peserta perhimpunan aman tanpa belas kasihan. Tindakkan kerajaan dan KDN tidak membenarkan penggunaan Dataran Merdeka ketika itu menjadi punca berlakunya perkara yang tidak diingini sedangkan jika diberi kebenaran sudah pasti perhimpunan rakyat akan berlaku dengan aman sebagaimana berlangsungnya Hari Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 di Stadium Merdeka Sabtu lalu.
Justeru SAMM ingin menegaskan bahawasanya, sekiranya pihak kerajaan dan KDN membenarkan penggunaan Stadium Merdeka mahupun Dataran Merdeka dalam himpunan-himpunan yang lalu, maka kejadian rusuhan dan huru-hara pasti dapat dielakkan.
Penganjur HKR telah membuktikan himpunan KL112 dapat berlangsung dengan aman tanpa kekacauan dari pihak polis. Peniaga juga mengecapi keuntungan luar biasa, begitu juga dengan pengusaha hotel dan konsortium pengangkutan awam. Tanpa trak FRU, penganjur mampu mengawal 500 ribu rakyat dan juga mampu bersurai dengan baik tanpa sebarang insiden.
Kejayaan HKR KL112 adalah kejayaan rakyat yang bersatu membawa sepanduk tuntutan yang tidak diendahkan kerajaan, janganlah pula menteri KDN dan kerajaan pemerintah cuba merampas kredit kejayaan ini sewenangnya. SAMM juga mendesak Kerajaan dan Menteri KDN harus mohon maaf kepada rakyat di atas kejadian huru-hara yang berlaku dalam perhimpunan terdahulu.
Rakyat kini sudah celik dengan satu persoalan, bagaimana secara tiba-tiba kerajaan pemerintah memberi kebenaran menggunakan Stadium Merdeka? Jawapannya ialah, kerajaan hari ini sudah panik dan terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat maka ini satu simbol kemenangan buat rakyat dan pastinya ia akan diterjemah secara positif dalam PRU ke 13.
Akhir sekali, DS Hishammuddin turut menyebut kehadiran 500 ribu rakyat yang berlangsung 12 Januari 2013 itu kononnya adalah sebahagian minoriti rakyat dan bukan suara majoriti rakyat. Persoalan di sini ialah, mampukah kerajaan Umno mengumpul walau seribu orang hadir tanpa bayaran, tanpa artis kpop, tanpa beras sekampit, tanpa t-shirt dan topi percuma? SAMM percaya, Hishammuddin atau mana-mana pemimpin Umno/BN tidak mampu mengumpul walaupun seratus orang tanpa 'door gift' seperti yang disebut.
Jumlah 500 ribu rakyat yang berhimpun adalah lambang penyatuan rakyat dan pastinya jutaan lagi di luar sana sedia untuk keluar ke jalanraya menuju ke mana pun sasarannya pada masa akan datang, khususnya jika kerajaan menipu dalam pilihanraya yang menjelang. Amaran rakyat: Tipu PRU, rakyat akan bangkit humban kamu!!
Sekian
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM
--------
2 ulasan:
MMMMM....DIO DOH EJAS DOH LIDOH DIO TU...DOH TAMBAH LIDOH LEMBU..PANJEEH DOH GOYAK BUKE MAI SUKO DIO...YOLA..LIDOH PANJEE BULI GOYAK LEBI LEBI...TAU LAH...BILO LO PILIHARAYO NI....KAWE TOK SABO DOH NOK DUDUK SABOH...HEHEHEHEHEHE.....WEI KDN...CUBO MU NGANGA SIKI GAK..KITO NOK TENGKOK LIDOH MU..ACU TUBIK SIKI LIDOHMU TURRRRRR.....DO SAMBU LUM LELANGIT MU TUUURRRR....HEHEHEHEH...LIDO PUTU NOK GOSTE GOSTE AYAK LAK....PUI.....DIN...ROYALTI MANO ROYALTI...?
Wa tabik sama lu.. Bravo SAMM... Teruskan perjuangan Kita.... Hidup Rakyat... Roketman....
Catat Ulasan