Jumaat, 11 Januari 2013

MALAM INI KITA BERJUMPA DI KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU



MALAM INI KITA BERTEMI DI KELAB SULTAN SULAIMAN

Rapat Kemuncak 11 Januari di Kg Baru: Festival Rakyat, Pedoman dan Pengarahan Akhir Untuk Hari Kebangkitan Rakyat


Sepertimana yang telah diumum sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disokong oleh badan induk sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menganjurkan sebuah Festival Rakyat yang menjadi Rapat Kemuncak Menjelang Hari Kebangkitan Rakyat.

Bertempat di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur, kemuncak program telah disusun satu festival rakyat mengira detik (countdown) kehadiran tanggal yang bakal menjadi sejarah iaitu 12 Januari 2013. Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dijangka sampai awal.

Selain ucaptama amanat pimpinan yang mengetuai himpunan, akan ditampilkan juga rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pesawah dan petani, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.

Paling penting, pentas Rapat Kemuncak ini akan memberikan pengarahan terakhir agar majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan. Segala pedoman dan pengarahan gerakan pada 12 Januari akan diumumkan oleh badan induk HKR. Pedoman ini penting bukan sahaja untuk memastikan rakyat yang berhimpun maklum dengan arahan mengharungi 12 Januari, malah pedoman ini juga memberi gambaran kepada pihak polis supaya tidak panik dan termakan provokasi atau arahan pihak atasan yang tidak bertanggungjawab. 

Dijangkakan lebih 50 ribu peserta himpunan yang telah menempah kehadiran awal ke Kuala Lumpur akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang menandakan bermulanya Hari Kebangkitan Rakyat. 

Akhir sekali setelah tamat percikan bunga api, sebuah ikrar yang istimewa akan dideklamasikan dan juga doa akan dibaca demi memastikan Hari Kebangkitan Rakyat akan berlangsung dengan aman dan selamat.

Che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM



NAMA PROGRAM           : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112
ANJURAN                            : SAMM & SMM DENGAN NAUNGAN JK INDUK HKR
TARIKH &MASA                                : 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm
VENUE                                  : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU

GILIRAN PENTAS
RANGKUMAN PERTAMA (8.45pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
AMRAN
PEMANDU TEKSI
ZURAIDI
PEKERJA KILANG
JAMIAH
SURI RUMAH
SHARIFAH
PENIAGA MELAYU P.PINANG
IBRAHIM ALI
NELAYAN
YB TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN PKR
CIKGU NORMALA
GERAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIK KEBANGSAAN
CYNTHIA GABRIEL
SUARAM
WAKIL
PERSATUAN BEKAS POLIS
PROF DR G BALASUBRAMANIAM
Wakil professional India Muda
KOL (B) NAZARI
Kerabat
DINSMAN
PENGGIAT SENI

RANGKUMAN KEDUA (9.25pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
YB HUSAM MUSA
PAS
YB FUZIAH
NAIB PRESIDEN PKR
WONG TACK
ANTI-LYNAS
YB ANTHONY LOKE
DAP
SUHAIZAN
TANAH
HARIS IBRAHIM
AKTIVIS ASALKAN BUKAN UMNO
SHAHARUDDIN
SELAMATKAN PANTAI PD
WAKIL PENGERANG
RAPID PENGERANG
TN SYED IBRAHIM
GERAKAN MANSUH ISA
ITO (PERSEMBAHAN)
PENGGIAT SENI

RANGKUMAN KE-3 (10.15pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
YM TENGKU HARMY
SEPUPU YDP BESAR N.SEMBILAN
RAJA BAHARIN
‘R’ TERENGGANU
ZUNAR
KARTUNIS
ABBY ABADI
SELEBRITI HIJRAH
HAIRIE OTHMAN
SELEBRITI HIJRAH
ISHAM RAIS
AKTIVIS INTERNASIONAL
SAFFWAN ANANG
PRESIDEN SMM
KC HENG
DEMA
ADAM ADLI
PENGARAH PROG/MAHASISWA
ISHAK SURIN
MUAFAKAT
Prof Dr. Shaharir
GM PPSMI
PAK SAMAD (PENYAMPAIAN SAJAK)
SASTERAWAN NEGARA

RANGKUMAN KE-4 (11.05pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
ABDULLAH ALI
BEKAS PEMAIN BOLASEPAK
DATUK FAUZI SHAARI
BEKAS KETUA JSJ PDRM
MAZLAN ALIMAN
ANAK
NAZRI DERAMAN
‘R’ KELANTAN
TS KADIR SHEIKH FADZIL
TOKOH UMNO
ARUL
PSM
BLANK (PERSEMBAHAN)
SELEBRITI HIJRAH (BEKAS KUMPULAN GAMMA)

RANGKUMAN TERAKHIR (11.45pm)
TOKOH / SELEBRITI
ORIGIN
AMNI JAGAT (SAJAK)
PENGGIAT SENI
YB SYED AZMAN
PAS
YB DS WILFRED BUMBURING
Angkatan Perubahan Sabah
YB DATUK SAIFUDIN NASUTION
S/U AGONG PKR
TS KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
TN HJ MAT SABU
PENGELOLA HKR / TIMBALAN PRESIDEN PAS



------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Katak Sial Ibrahim Ali pon dah joint pakatan keh?

Kah Kah Kah Kah

Tanpa Nama berkata...

macam mana Ibrahim Ali ade dalam slot nie....dh tkr profesen jadi nelayan ker???hehehehe

mahaguru silat ghaib berkata...

mari buat ramai. kita jumpa dgn samseng2 umno.

kita tengok brp ramai perkasa, pekida dan 80 NGOk mereka yg akan buat ramai.

adakah mereka akan guna ilmu ghaib??

atau adakah mereka akan guna lastik dari jauh?

atau adakah mereka akan hadir dgn kepala dalam bontot masing2??? kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Azhar Idrus tak ada slot ker mlm nih?

Tanpa Nama berkata...

aku bangkang kehadiran ibrahim ali
si katak boncet dagu benjol
yg menyamar jadi nelayan
dan berpura2 menyokong himpunan kebangkitan rakyat
sebaliknya akan memperandakan majlis!
dasar katak talam ekor dua!!
ptuihhh!!
amek kau katakkk!!

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

isham rais-aktivis internasional............suuuuker mak dengar....hehehehe.......ibrahim ali..65 tahun-nelayan dari terengganu ler..buke ibrahie katok katok......ibrahie katok kalau mari..keluar tinggal kuku...hehehehehe