TIPU PILIHAN RAYA
TURUN KE JALAN RAYA
Kenyataan Akhbar , 22 Januari 2013
SRD SABAH: SPR dan Kerajaan Wajib Jawab
Semua Tuduhan
BERSIH 2.0 terperanjat
dengan tuduhan-tuduhan terbaru yang dibuat dihadapan Siasatan Suruhanraya
DiRaja Sabah – SRD SABAH. Kenyataan-kenyataan dari bekas pegawai kerajaan yang
menuduh Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersubahat memberikan status warga negara dan
dokumen kerakyataan kepada beribu-ribu warga asing tanpa proses yang sah. Warga
asing ini menjadi ‘warga baru’ untuk diletakan di kawasan-kawasan seluruh Sabah
dengan tujuan untuk menambahkan lagi jumlah ‘ Pengundi Muslim’.
Kami sedar SRD SABAH masih
berjalan. Walau bagaimana pun, BERSIH 2.0 menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya
untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini dengan segera.
Orang ramai sedang menunggu
jawapan SPR terhadap tuduhan-tuduhan ini. Tuduhan-tuduhan ini amat berat. Keyakinan orang ramai terhadap SPR amat
rendah. Tuduhan-tuduhan baru ini semakin menghakiskan lagi keyakinan orang
ramai terhadap SPR. Tuduhan ini akan
memperlekeh keupayan SPR untuk menjalankan pilihan raya.
Kami menyeru SPR untuk
menjawab:
-
Bersihkan senarai pengundi. Sebelum SRD SABAH
selesai, kita akui bahawa ini bukanlah kali pertama tuduhan dibuat tentang senarai pengundi Sabah yang tidak diyakini.
Pada tahun 2001, bekas ketua menteri Sabah Yong Teck Lee telah mengosongkan
kerusinya di ADUN Likas satelah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan mengharamkan senarai
pengundi Likas yang penuh dengan
‘pengundi hantu’ dan pengundi bukan warga Malaysia. MERAP – the Malaysian
Electoral Roll Analysis Project, yang dikepalai oleh Dr Ong Kian Ming, tahun
lalu telah mempertikaikan ketelusan senarai pengundi Sabah. Ini sesudah lebih
dari satu dekad kes Likas disebut di mahkamah Kota Kinabalu.
-
Sila beri pandangan yang serius terhadap tuduhan
ini. SPR wajib dengan segera mengambil langkah untuk membersihkan senarai
pengundi.
-
Menjalankan siasatan yang telus dan rapi tentang
semua tuduhan-tuduhan ini. BERSIH 2.0
sedar bahawa SRD Sabah tidak ada
bidang kuasa untuk mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab memberikan
kerakyatan segera kepada warga asing. Juga
tidak ada keupayaan untuk mencadangkan hukuman terhadap orang-orang
jahat ini. Atau menyelidiki apakah ganjaran yang diterima satelah membuat kerja
jahat ini dan satelah mendapat kad pengenalan. Lagi pun, siasatan ini hanya
terhad kepada Sabah.
Justeru, SPR wajib bekerja dengan kerajaan untuk memastikan pekerja SPR
bebas dari memiliki hubungan gelap
dengan gerombolan-gerombolan yang berkerja
untuk mengeluarkan kad pengenalan segera
dan status kewarga negaraan segera. Pekerja SPR yang terlibat wajib dibawa ke
pengadilan.
Semua tuduhan ini amat
berat. Jika benar, maka ada lebih dari 100,000 pengundi hantu yang akan
mengundi dan membuat pilihan. Kehadiran pengundi hantu ini akan memperlekeh
sistem pilihan raya Negeri dan
Persekutuan. Keputusan pilihan raya ini amat-amat disangsikan. Dalam masa yang
sama, BERSIH 2.0 telah menerima banyak laporan dari orang ramai tentang pekara
yang sama berlaku diseluruh negara.
Kajian dari MERAP menunjukkan pekara yang
sama juga sedang berlaku di Selangor.
Justeri, kami menyeru SPR
dan kerjaan untuk melancar siasatan sama ada ‘Ops Durian Buruk’ telah juga diguna pakai di Sarawak dan di
Semenanjung. BERSIH 2.0 menekankan disini
tentang masa yang amat singkat untuk membuat siasatan kerana pilihan
raya umum akan sampai. Kami sekali lagi menyatakan kesediaan kumpulan masyarakt
madani untuk membantu membersihkan senarai pengundi.
BERSIH 2.0 menyeru SPR
dan kerajaan untuk memandang berat semua tuduhan-tuduhan ini. Pilihan raya yang
bersih dan adil bukan hanya permintaan parti politik. Pilihan raya bersih dan
adil ada hak semua warga Malaysia
Terima Kasih
---
2 ulasan:
Menyeru SPR supaya lebih telus adalah membuang masa.....Kalau nak jimat masa...kepala SPR tu kita tangkap dan lantik kepala yang lebih jujur dan bersih dan semestinya kepala yang sayang kepada negara yang tercinta ini. Kalau kita tak bertindak maka jadilah....MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI'
Lebih 30 tahun baru cerita sebenar "pengkhianatan" diSabah diketahui."SiPengkhianat" pun dah terang-terang mengaku.Apa yang sekarang berlaku,dilakukan oleh Najib dan sepupunya Hishammuddin diSemenanjung amnya dan diSelangor khususnya,wajar dilaporkan segera dan tindakan diambil tanpa menunggu 5,10 atau 30 tahun.Sekiranya pihak polis enggan ambil tindakan maka rakyat wajar turun kejalan raya untuk tindakan "citizen arrest" kerana ini kes berat,kes pengkhianatan kepada negara.
Catat Ulasan