Ahad, 10 Februari 2013

ULAR BERTUKAR KULIT - MALAYSIA BERTUKAR KERAJAAN



SELAMAT TAHUN ULAR
KENYATAAN  MEDIA

9 FEBRUARI 2013

Perutusan Tahun Baru Cina 2013

KEADILAN mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berketurunan Cina di mana sahaja mereka berada.

Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhemah, biar lambat asalkan selamat.

Lazimnya sambutan tahun baru ini seperti sambutan perayaan lainnya, pasti akan diraikan dengan penuh rasa gembira bersama keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. Jelas terpancar semangat muhibah tulen di antara kita, tanpa mengira ras atau keyakinan, tatkala bersama-sama meraikan perayaan-perayaan tersebut. Tiada sengketa, tiada momokan dan tiada kecurigaan antara kita apabila semangat muhibah meresapi sanubari rakyat Malaysia.

Oleh kerana itu wajar kita menginsafi bahawa semangat muhibah serta masyarakat yang majmuk ini adalah antara kekuatan ampuh milik rakyat Malaysia. Perbezaan adalah lumrah, namun menghormati perbezaan dengan ikhtiar sedaya mungkin untuk kenal mengenali, sejajar dengan pesan Li-Taarafu, itu merupakan akhlak terpuji. Makanya lipat gandakan usaha, demi generasi kemudian, memupuk etika murni saling menghormati antara kita. Yakinilah rakyat Malaysia sudah matang, tiada momokan yang mampu memecahbelahkan kita.

Sejarah merakamkan kemerdekaan serta kemajuan negara ini merupakan sumbangan seluruh rakyat Malaysia termasuk masyarakat Tiong Hua. Tiada siapa mahu ketinggalan demi memastikan negara ini bebas dari penjajahan. Tatkala generasi terdahulu berkorban demi membebaskan kita dari kezaliman penjajah, mereka membayangkan Malaysia yang adil untuk semua.

Akan tetapi, malangnya, semangat kemerdekaan 1957 dan semangat pembentukan Malaysia 1963 itu terencat di tengah jalan akibat ada penguasa yang mengabaikan nasib rakyat. Mereka hanya mementingkan tampuk kekuasaan dan sekadar mahu mengaut kekayaan negara buat memenuhi kantung mereka.

Manakala itu demi mengekalkan kedudukan, mereka sanggup mengolah tafsiran sejarah mengikut acuan mereka sendiri dan bertunjangkan politik perkauman sempit sekaligus cuba mendapat laba politik dengan menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Namun percayalah itu sekadar angan-angan kosong mereka sahaja. Rakyat Malaysia bijak menentukan hala tuju negara dan akan menepikan politik perkauman sempit yang berusaha menyemai kebencian.

Justeru demi bersama-sama rakyat Malaysia memacu perubahan yang lebih baik, Parti Keadilan Rakyat sentiasa mengungkapkan wacana dasar serta kebijakan sebagai tandingan kepada dasar usang yang diolah penguasa. Parti Keadilan Rakyat menyedari pendidikan merupakan asas kepada pembangunan negara.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat tidak akan ada sebarang diskriminasi dalam membangunkan pendidikan. Pengiktirafan sijil peperiksaan UEC akan dilaksanakan sejurus kita mentadbir Negara.

Di samping itu, isu kenaikan kadar jenayah juga merupakan antara agenda utama yang diungkapkan Parti Keadilan Rakyat. Saya dan ramai lagi wanita di Malaysia sebagai ibu dan juga nenek berasa bimbang dengan kadar jenayah di negara kita yang tidak mendapat tindak balas sambil lewa daripada kerajaan pusat. Saya menyeru kepada semua kaum ibu di Malaysia, marilah kita bersama-sama dengan KEADILAN yang telah pun menjalankan kempen "Wanita Malaysia Menentang Jenayah."

Akhirnya, Selamat Tahun Baru Cina saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Tiong Hua. Ayuh kita berganding bahu dan bersama untuk membina Malaysia yang lebih baik. Moga tahun ular ini, kita dapat menyaksikan satu perubahan besar di Malaysia.

 Gong Xi Fa Cai! Xin Nian Jin Bu! 

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


SATU CARA MENUKAR KERAJAAN


--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiong ha ke burung tiong ke g mampus ...slame 26 taun aq idup bangse nie ckup2 dilindungi sbb sejarah org putih bangse nie y paling byk bermandi peluh memajukan negara...b***h apa len kali klau sibuk nak tanggung bangse nie jgn makn nasi ..jgn guna getah..jgn mkn daging..jgn mkn ikan..jgn makn @ gune 1 pun hasil org melayu walau sebesar debu skalipun...termasuk bangsa keling n cety nie jgn guna 1 pun hasil org melayu aka buni putra aka pribumi sbb semua diorang y majukan...g m****s sama li org...mcm2 dituntut..woiii lu org igt bangsa aq xde y mati ke dlu mse nk merdeka...lu igt bimu putra dok tadah mulut jeke dlu sebelom n selepas merdeka...hakikat nya bangsa selain bumi putra nk kan melaysia ne ekot cita rasa diorang n tekak diorang y rasis n tamak halobe,kiasu,gila kuasa,n xboleh trime bangsa laen...konon diorang y paling hebat dlm dunia nie...otak cam org utan ad hati nk oder mcm2...sme y sedang berlaku adlah kesinambunagn dr penjajah kepada bangsa bukan bumi...adlh new world oder...

ini bukan denggi chai...ini chikungunya lah.... berkata...

Korang dah pernah tengok ular berak tak.....tak pun dengar dio kentut...Hhhhhaaaaa....aku malas nak komen lah....sebab aku tahun tikus.....BENCILAH JADI MANGSA TAHUN NI..........