Bagi memastikan tiada pihak dapat mengeksploitasi penggunaan dakwat kekal, warna dakwat yang akan diguna dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanya akan diketahui umum pada hari pengundian.
  
Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut memastikan bilik kebal yang menempatkan dakwat kekal itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, selain turut di pasang kamera litar tertutup (CCTV).
  
Jaminan itu disuarakan Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof sambil menyatakan bahawa warna dakwat kekal itu adalah berbeza sama sekali dengan warna dakwat yang terdapat di pasaran.