Khamis, 4 April 2013

JANGAN TIPU PILIHANRAYA - KALAU TIPU JALAN RAYA




KENYATAAN MEDIA

3 APRIL 2013

PILIHAN RAYA UMUM KE-13 
YANG ADIL, BERSIH DAN AMAN

Parlimen telahpun dibubarkan dan ini bermakna rakyat Malaysia punyai kesempatan untuk memberi mandat serta memilih sebuah kerajaan yang baru. Pakatan Rakyat menyeru seluruh rakyat Malaysia merebut peluang ini untuk memilih sebuah kerajaan yang berwibawa, bertanggungjawab, bersih dari rasuah dan beriltizam kuat mahu memastikan Malaysia yang gagah.

Sepanjang penggal Parlimen Ke-12 Pakatan Rakyat membentangkan tawaran-tawaran yang jelas kepada rakyat ke arah membawa reformasi ekonomi, politik dan sosial yang menyeluruh. Saya berkeyakinan rakyat mampu menilai perubahan-perubahan positif yang telah dan akan dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia kini berpeluang memilih sebuah kerajaan baru yang tegas membanteras rasuah, mendepankan kepentingan seharian rakyat, menampilkan pimpinan muda yang menyambung aspirasi masa depan rakyat dan berlaku adil kepada semua kaum dan segenap lapisan masyarakat.

Sepanjang tempoh berkempen kali ini, Pakatan Rakyat akan terus mengambil pendekatan politik matang berasaskan pembentangan dasar untuk dinilai oleh rakyat. Kempen yang positif sebegini bertepatan dengan harapan rakyat yang mahukan sebuah negara yang progresif, adil dan maju.

Oleh yang demikian, kami menyeru semua pihak terutamanya rakan-rakan dari Barisan Nasional untuk memastikan etika pilihanraya dan amalan prinsip demokrasi dipatuhi sepanjang masa. Kami bertekad untuk bersama-sama mempertahankan keamanan negara dan menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan. Kami mengalu-alukan kenyataan  Najib Razak yang menjamin peralihan kuasa yang aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Pakatan Rakyat sememangnya  menaruh sepenuh keyakinan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak secara profesional dan berlaku adil demi menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen. Amanah serta tanggungjawab tersebut sememangnya sejajar dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan bahawa rakyat berhak mendapat ruang yang bebas untuk menentukan kerajaan yang menepati harapan rakyat.

Sebagai mukadimah kempen Pilihan Raya Umum ke-13, Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada  Najib Tun Razak untuk mempertahankan rekod Barisan Nasional dan kepada kami untuk membentangkan kebijakan dasar Pakatan Rakyat dalam sebuah debat, supaya rakyat boleh membuat pilihan yang bermaklumat dan adil.

. ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS


------------

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham...ingat tak ayat baru semalam...

ABCD - Asal Bukan Calon Dacing...hahahaaa..

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti MACAI

Medengar Apasaja Cakap Anwar Ibrahim

Tanpa Nama berkata...

anwar ulangi pelawaan debat dgn najibun??

hehehe nak bubarkan parlimen pun terkincit-kincit, ini kan pulak nak berdebat?

ulitmayang berkata...

mungkin perlu PR terbitkan perbandingan pencapaian DSAI & Najib sbg bekas Menteri Kewangan

- Pamphlet
- banner
- banting
- brouchers

Edar seluruh negara

Malikalmaut berkata...

Kata orang lamo dari sabarang wa'ang ko umpamo LOMPONG SAGU makan cereik di laboeh
Pandai mengecek ka urang lain utak sendiri bikada pandeih macam Panda Kutty Ota Kaleing yang labeih.
Wa'ang ko binggung

Tanpa Nama berkata...

Anwar yg sebenarnya mendengar gagasan kami sbg rakyat. Sbb tu dia digelar Wakil Rakyat. Bukan macam korang, JKK Umngok belum pun cakap korang dah angguk2, sorak2...bodoh punya macai.

Tanpa Nama berkata...

anon 9:37am,
Kalau bukan cakap anwar yang kami persetujui, tak kan nak dengar cakap kak mah pulak? g lunch(ow) la!! kahkahkah

gatal dah tangan aku nak pangkah ni..cepat la woi!

ABCD

DIDI KOTA BELUD berkata...

Macai umno pulak ini mentoliti eh......- MEMUJA APASAJA CARUTAN ANAK ISKANDAR.....HAHAHAHHAHAAA.....BISONYOLAHHHHHH.....

DIDI KOTA BELUD berkata...

ABCD........ANJING BASTARD CAI DACING....HEHEHEHHEHEHE....OPPSS...MAAPKAN SAYA UNTUK KALI KEDUA.....DILARANG MENGHINA KE.....HEHEHEHHE...DAH HINA ......NAK HINA APALAGI PARA DACING NI......OPPPSSS...SAYA MINTA MAAP KALI KETIGA....BEHBEBEBHEHEHEHE....PUILAH..ADA AKU KESAH...