JAM 2:00 PETANG
TV BANGSAR UTAMA
Add caption |
PILIHANRAYA DAN REALPOLITIK
Pada jam 11:38 malam
Ahad 5 Mei 2013 Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Pertama dalam negara Malaysia Baru. Yang DiPertuan Agong telah diberitahu bahawa Pakatan Rakyat telah mendapat mandat
dari rakyat. United Malays National
Organisation hanya berjaya mendapat 77 kerusi. Berita RTM jam 12:00 tengah malam melaporkan bahawa Najib
Razak telah menerima kekalahan partinya, United Malays National Organistion dan
kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.
Media tempatan sibuk macam
murai tercabut ekor. Media pembodek ini kini tidak tahu apa yang hendak dilapor. Manakala media
antarabangsa yang telah berkampong satu minggu sebelum
5 Mei kini sibuk mencari ‘pemecah berita’. Satu kumpulan media telah berkampong di
Putrajaya untuk menunggu perkembangan terkini.
Pada pagi Senin 6 Mei 2013 satu lagi kumpulan media telah berbondong-bondong
berkampong di Bukit Segambut. Dihadapan
Rumah Anwar Ibrahim ramai penjaja telah
mula membuka gerai. Sibuk – semua menunggu perkembangan terkini.
Di Putrajaya - para jurukamera – Paparazzi – telah memasang
lensa besar jarak jauh untuk merakamkan
gambar klasik kurun ini. Kalau di Manila ada gambar Imelda Marcos membungkus
kasut meninggalkan Istana Malacanang. Kini Paparazzi sedang menunggu Rosmah Mansor yang bersendirian masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Rumah PM untuk pulang ke
Rembau?
Manakala Mahathir Anak
Lelaki Iskandar Kutty telah berkali-kali
cuba menalipon Ananda Krishna. Anak
Lelaki Iskandar Kutty ini mahu Ananda menyediakan sebuah lagi jet di lapangan Terbang Subang.
Diberitakan pada petang 5 Mei lagi Datuk Johan Jaafaar, dalam pejabat beliau di
Media Prima telah mula melakar sebuah sajak untuk Anwar Ibrahim. Kalau
dulu Dinsman telah menulis Sajak Panjang
Untuk Mahathir kini Johan Jaafar yang tak mahu kalah telah mula menulis sajak bertajuk – Jangan Kau Sangsi Kesetiaan-ku.
Semua yang saya tulis itu akan terjadi jika PRU13 ini satu pilihanraya yang
bersih dan adil. Hakikatnya tidak.
Realpolitik membuktikan apa yang saya tulis itu hanyalah imajinasi.
PRU13 pada 5 Mei ini TIDAK akan dijalankan
dengan bersih dan adil. PRU13 yang akan dijalankan oleh SPR adalah satu pilihanraya
yang amat bersejarah.
PRU13 ini bersejarah kerana PRU13 menampilkan hampir 1 juta
Orang Asing. Orang Asing ini yang telah
diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi dan memenangkan United Malays National
Organisation dan kuncu-kuncunya.
Saya cukup yakin United Malays National Organisation akan
menang dalam PRU13 ini kerana tipu. Keyakian saya bukan kerana yakin
semata-mata. Bukan yakin membabi buta.
Pengalaman dan maklumat yang saya dapati membuktikan bahawa penipuan
sedang dirancang dan sebahagianya sedang
berjalan.
Contohnya : Malam kelmarin – malam Ahad 28 April 2013 – saya
telah berkempen dan menghhasut di Kuantan.
Sebelum jam 11.00 saya telah sampai ke tempat ceramah yang betul-betul
dalam badar Kuantan. Disini saya telah disambut oleh Datuk Fauzi bekas Menteri
di Jabatan Perdana Menteri kini calon PKR di Indera Mahkota.
Belum pun sempat saya bertanya khabar , Datuk Fauzi dengan
marah telah menayangkan skrin talipon bimbitnya ke muka saya. Ada gambar
seorang Mat Bangla yang telah ditangkap
oleh Datuk Fauzi pagi tadi. Mat Bangla
ini dicurigai dan ditangkap dalam kawasan
Indera Mahkota. Justeru Mat Bangla ini telah
ditanya.
Hasil siasatan, Mat
Bangla ini didapati TIDAK memiliki Passpot. Tetapi Mat Bangla ini berkeras mengakui bahawa dia ada Kad Pengenalan yang kini dipegang oleh Pegawai Polis Kuantan. Mat Bangla ini menayangkan satu Surat Polis yang membenarkan dia bebas berjalan di
Malaysia ini. Dan surat ini bukan permit kerja. Surat ini untuk menghindarkan
Mat Bangla ini dari ditahan sebagai Pedatang Haram. Pada hemat Datuk Fauzi Mat Bangla ini
berpotensi menjadi pengundi hantu di Indera Mahkota.
Satu lagi contoh : Tiga hari dahulu Pejabat Bersih telah
menerima satu panggilan talipon dari
seorang Lelaki Melayu yang saya beri nama Husin. Si Husin ini ingin datang
sendiri ke Pejabat Bersih kerana dia
memiliki bahan bukti tentang penipuan
SPR. Husin ialah seorang guru di Kampong Pandan. Dia akan bertugas membantu SPR pada 5 Mei ini. Justeru Husin ini adalah seorang dari 240,000 orang yang dipanggil Pengundi Awal.
Bila Husin sampai ke
Pejabat Bersih, dia telah menunjukkan
satu bahan bukti yang amat-amat memeranjatkan. Husin telah menerima melalui
pos 4 kertas mengundi. Dua untuk
Parlimen dan dua lagi untuk Dun. Semua dalam kawasan yang berbeza. Kantoi! SPR kantoi mantoi!
Ini bukan fitnah. Ini bukan cerita yang saya buat-buat. Yang
saya alih hanyalah nama si Husin ini. Selainnya adalah fakta untuk membuktikan
bahawa ada perancangan sulit untuk menipu dibelakang tabir dengan menggunkan
sistem Pengundi Awal.
Kalau pun kita terima bahawa
4 kertas undi untuk Husin adalah satu kesilapan. Atau ini hanylah kesilapan yang memasukan kertas undi yang berganda. Kendati pun, kesilapan ini masih menimbulkan
ribuan soalan akan ketelusan SPR dalam menjalankan sistem undi awal.
Apa yang diterima oleh Husin adalah bukti wujudnya peluang
SPR untuk menipu. SPR memiliki peluang untuk mengedarkan lebih dari 240,000
kertas undi kepada Pengundi Awal. Siapa memantau proses ini? BERSIH 2.0 TIDAK diberitahu hal ini. Tidak ada Ngo yang tahu menahu hal ini. Tidak ada Pemantau yang tahu. Saya juga yakin
parti politik juga tidak sedar tentang perjalanan Undi Awal ini.
Realpolitik Malaysia ialah Politik Dunia Ketiga. Pilihanraya
dalam negara Dunia Ketiga penuh dengan
penipuan. Di Mesir Mubarak menipu rakyat Mesir dalam pilihan raya, Saddam
Hussein menipu di Iraq , di Tunisia Ben
Ali menipu. Ditaktor dan rejim zalim
menggunakan pilihan raya hanya untuk mengkaburi mata orang ramai ketika mereka
menjalankan rompakan.
Di Malaysia Mahathir
Anak Lelaki Iskandar Kutty bukan sahaja menipu rakyat Malaysia dalam PRU. Sejarah membuktikan
bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty ini
telah menang untuk menjadi Presiden parti Ketuanan Melayu dalam tahun 1987
dengan cara menipu. Tengku Razaleigh yang seharusnya menang tetapi jumlah undi
telah diubah. Lampu dibilik pengiraan undi telah dipadamkan. Undi ditambah
untuk memenangkan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Penipuan yang mengalahkan Tengku
Razaleigh dalam tahun 1987 adalah fakta
sejarah. Fakta ini ialah realpolitik. Penipuan ‘lampu padam ‘ ini adalah contoh terbaik
gambaran politik dalam negara dunia ketiga.
Apa yang berlaku di Zimbabwe tidak ada bezanya dengan apa
yang sedang berlaku di Malaysia. Zimbabwe negara Dunia Ketiga. Malaysia juga
negara Dunia Ketiga. Ada letupan bom di Harare. Ada letupan bom di Nibong
tebal. Penyokong Morgan Tsavangirai dari Movement For Democratic Change sering kena belasah oleh samseng Mugabe.
Penyokong Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat sering di belasah oleh samseng
Ketuanan Melayu. Tidak ada tangkapan di Harare. Tidak ada di Kuala Lumpur. Ini realpolitik.
Dalam masa lima hari lagi
sejarah akan dibuat. Semua warga
Malaysia – anak semua bangsa - sedang
mengambil bahagian dalam melakar sejarah Malaysia Baru. Sebelum membuang undi
pada 5 Mei ini saya ingin memberi tahu
tentang realpolitik yang sedang berlaku
dibelakang tabir. Ini agar para pembaca tidak akan merasa kecewa apabila gagal untuk melihat munculnya Malaysia Baru.
Akabar mingguan Egde telah membocorkan bagaimana 1MDB -
Malaysia Development Cooperation – telah memindahkan 7 bilion ringgit dari Kuala Lumpur ke Cayman
Island. Pemindahan ini bertujuan untuk memastikan harta kekayaan Najib dan Rosmah selamat. Ini hanya satu pemindahan yang
diketahui umum. Berapa bilion lagi ringgit Malaysia telah dipindah kan ke luar
negara tetapi tidak ada sesiapa yang tahu?
Apa makna pemindahan ringgit ini? Sekali pandang memperlihatkan bahawa United Malays National
Organisation sedang menerima hakikat
bahawa bahawa mereka akan kalah. Justeru mereka mula
membawa lari harta kekayaan. Tetapi dari
satu sudut lagi menunjukkan bahawa
pertempuran dalam PRU13 ini cukup hebat.
Realpolitik memperlihatkan bahawa pilihanraya ini bukan perebutan gasing atau guli.
Ini bukan perebutan satu dua juta ringgit. Ini bukan perebutan 100 atu 500 juta ringgit.
Realpolitik ini ialah perebutan
berbilion-bilion ringgit harta kekayaan Malaysia. Malah perebutan ini mungkin mencecah
beberapa trilion ringgit. Bayangkan dari laporan media kita diberitahu
hutang Syed Mokhtar sahaja kini
berjumlah 30 bilion ringgit. Yang lain-lain kita tidak tahu.
Maka, jika berbilon
ringgit yang dipertahan oleh Najib dan Rosmah apakah Najib dan Rosmah akan bersedia untuk menerima
kekalahan dan mengundur? Apakah Najib dan Rosmah akan menerima hakikat
bahawa United Malaya National Organisation telah ditolak oleh majoriti warga
Malaysia.
Pada hemat saya Najib – yang diketahui umum sebagai penakut - akan menerima kekalahan. Najib
akan bungkus fail, tutup kedai dan
mengundur. Rosmah mungkin dan memaksa Najib untuk melakukan sesuatu – untuk terus
melawan. Untuk saya tim Najib Rosmah ini
bukan tim yang ditakuti. Tetapi awas dan waspada - di belakang tim Rosmah dan Najib ialah Mahathir dan
Muhyiddin.
Dibelakang Mahathir
dan Muhyiddin ialah pemodal bumiputera dari Gergasi hinggalah ke Kontrektor
Kelas F. Juga dibelakang mereka ada
segala jenis macam towkay - dari
pemilik Astro, pemilik Jana Kuas Leterik, towkay lendir , towkay judi, towkay
arak, towkay dadah – semua berpayung
dibawah Mahathir. Kesemua mereka menjadi
kaya raya kerana Anak Lelaki Iskandar Kutty. Kesemua mereka ini adalah musuh
rakyat.
Justeru, pertempuran yang hakiki sesudah keputusan diumumkan ialah pertempuran antara majoriti rakyat Malaysia yang mahu mendirikan
Malaysia Baru yang demokratik dengan
segala macam towkay dan cukong yang merasa mereka akan hilang harta kekayaan.
Inilah sebenarnya realpolitik. Inilah sebenarnya inti dan isi PRU13. (TT)
NOTA:
tulisan ini
telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
siapa yang masih belum bertemu
dengan akhbar ini sila letak jawatan
dari menjadi manusia
3 TUNTUTAN JANJI BERSIH
1 - tidak akan terima keputusan pru13RU 13
2 - tubuhkan satu spr baru
3 - spr baru akan membuat satu pilihan raya yang adil dan bersih
-------
8 ulasan:
Bro..
Pilihanraya ni kira main judi lar..
Sapa menang dia kaya..yang kalah ..tergadai semuanya..
Harta, kuasa..manusia tamak..
Rakyat macam sampahje..dah dapat kuasa..kita ditindasnye..janji tingal janji...
INI KALILAR
ayuh bangun semua rakyat2 tertindas, bangun rakyat2 mahren, bersatulah ..kita lawan mereka2 durjana. mrk yg merompak dan menindas. mrk2 yg zalim yg merasakan bumi ini mak bapak mereka punya. kepala2 yg bersengkokol, kepala2 yg xmau rakyat menikmati malaysia yg lbh baik.. lu org jaga!!!
Terbaik dari Tukar Tiub
kepada yang tahu..TAHU...kepada yang belum tahu perlu DIBERITAHU..dah lama BN amat mengharapkan undi pos, pengundi hantu sebagai nyawa untuk terus menyamun..ini direalisasikan oleh barua2 BN (baca UMNO) seperti SPR,JPN, ATM bla dan bla...dan yg terkini AIR ASIA...hanya rezki yg ditentukan Allah saja membolehkan PR menguasai Putrajaya..BN kalau tak menipu dah lama LINGKUP!
Ingat saudara2ku...BN 50++ baru janji nak d tepati...50++tahun,(1)lambakan pekerja asing(2)lambakan ic segera(3)menjadi tempat pegedar dadah spt dari iran,pakistan,negara afrika dan kerosakkan budaya malaysia di jajah dari dlm...ini kalilah beri peluang pada pakatan rakyat...beri peluang fahulu dan lihat lah apa yamg d laungkan ...dan jika tidak berubah kita tolak dan undi kerajaan baru....
kah kah kah...
hishamuddin dah gabra...
dah tau nak kalah...
padan muka kau hishamuddin rais
kau buat la cerita apa pun
orang tak kan percaya.... tak laku
macam kau buat filem jugak... tak laku
padan muka kau pkr...
Mat Saga ...anjing syaitan yang d kenali@pemfitnah durjana@mahataik@taukey arak sam maguill....ingat mat saga...keturunan ko akan meyumpah dgn perangai anjingharamjadah ko...mat saga
SIPULAN 7:22PTG
SIPULAN INI SEPERTI RAKYAT YG TIDAK PERNAH MERASA TERTIPU, DIZALIMI..PADA HAL HAKIKATNYA SUDAH TAHU KECENDERUNGAN MASALAH DIMALAYSIA.. TERUTAMA MASALAH SOCIOEKONOMINYA.. BIARKAN LA SIPULAN ITU.. DIA SUDAH HIDUP SENANG.. DIA TIDAK INGIN MENOLEH KEBELAKANG..UNTUK MELIHAT SAUDARA2NYA YG MERANA.. SIPULAN ITU BUKAN DIPIHAK KITA.. SIPULAN ITU DIPIHAK YG ANGKUH..BIARKAN SAHAJA...O
Catat Ulasan