JAM 2:00 PETANG
ANAK MUDA
BANGUN MELAWAN
Selepas pencuri lembu, kini pencuri PRU13 pula diburu
Harakahdaily, | 10 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli yang terkenal sebagai pembongkar kepada skandal 'cow gate' membabitkan pemimpin negara, kini bakal memburu pula pihak yang menipu dalam pilihan raya.
Ahli Parlimen Pandan itu, yang juga dilantik sebagai ketua kumpulan siasatan penipuan PRU13, berkata beliau akan memastikan segala penipuan dalam PRU13 lalu dibongkarkan kepada seluruh rakyat negara ini.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia," katanya pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya kelmarin.

TIGA TUNTUTAN
1 - tolak keputusan pru13
2 - tubuhkan spr baru yang bebas
3 - lakukan pemilihan bariu
1 ulasan:
sy syorkan berdemo dpn rumah dia. mcm geng2 umno buat kat rumah ambiga. bagi burger percuma. buat tarian ponggong. buat sembahyg cina. buat cabutan bertuah keta ferari...
Catat Ulasan