Ahad, 12 Mei 2013

TERUSKAN KEMPEN KE JALAN RAYA



RADIO BANGSAR
AKAN BUAT SIARAN LANGSUNG
UNTUK WARGA DI LUAR LEMBAH KLANG
dan
DILUAR NEGARA




13 MAY - HARI BANGSA MALAYSIA : SELAMATKAN DEMOKRASI!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan dengan kerjasama front Mahasiswa akan menganjurkan sebuah Rapat Perdana;

Tarikh: 13 May (Isnin)
Masa: 8 - 12 mlm
Venue: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH 
(Dekat Stadium Merdeka / Stesen Monorail Maharajalela)

Antara pemidato yang bakal menghiasi pentas adalah termasuk;

Pak Samad (Sasterawan Rakyat)
YB Nurul Izzah (Naib Presiden PKR)

YB Tian Chua (Naib Presiden PKR)
YB Sivarasa Rasiah
Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
Hishamuddin Rais (Penghasut Rakyat)
Dato' Thamrin Ghaffar

Haris Ibrahim (Penggerak ABU)
Maria Chin (BERSIH)
Safwan Anang (Presiden SMM)
Adam Adli (Mahasiswa)
KS Bawani (Mahasiswa)
KC Heng (front anak muda) 
Farel (Mahasiswa SAMM)

Hos: che'GuBard

Pentas sempena tarikh 13 May yang diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia, bakal merungkai sentimen perkauman yang telah dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505! Menakut-nakutkan, memeras ugut dan amalan 'pecah-perintah' legasi penjajah tetap diteruskan demi untuk mengekalkan kuasa. Selagi rakyat berjaya dipecah-belahkan, selagi itu cengkaman penjajah era baru tidak berganjak.

Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat tidak lagi takut, rakyat kini sudah berani membawa sepanduk kebenaran betapa sentimen perkauman itu sudah ditinggalkan. Rakyat kini bersatu, dengan berani melawan penafian demokrasi.

Justeru, Pidato Perdana sempena tanggal 13 May Hari Bangsa Malaysia bertajuk "Selamatkan Demokrasi" adalah bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan-cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni di atas nama kononnya 1Malaysia.

Diharapkan sahabat pengamal media dapat memberi bantuan promosi untuk program perdana bernotis singkat ini, dan SAMM mengalukan kehadiran semua wartawan bagi membuat liputan.

Masuk adalah percuma, disaran hadirin mengenakan baju hitam (atau apa jua simbol hitam) bagi meneruskan mode perlawanan #Black505.

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM



TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru


--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.semua tempat yang digunakan adalah kepunyaan puak mata sepet!!sapa peduli!!melalak,menyalak dan meroyanla sepuas hati!!
2.kah!kah!kah!puak muda kafir latnatullah baru sedar bahawa kawasan majoriti kaum mata sepet hanya 38 jee!!ada hati nak kuasai tanah melayu!!lalu melalak sakan lah depa!!

Tanpa Nama berkata...

PR laungkan ia telah menang pada PRU lepas kerana mendapat majoriti sokongan rakyat Malaysia berbanding BN dari segi undi popular...namun sistem yg digunapakai oleh Malaysia adalah First-the-past-post, jadi di sini aku keliru...moga dpt sikit pencerahan...

Kedua, rata2 pemimpin PR yang menang terutamanya dari kalangan parti PAS kelihatan redha dan dilihat tidak menyokong roadshow yang dibuat Anwar setakat ini...bermula dari Haji Hadi, Harun Din, Tuan Ibrahim dan lain2 semuanya menggunakan ayat bertenang, bersyukur dan redha menerima kekalahan serta muhasabahlah diri sendiri...sedangkan Nabi juga ada berpesan jangan kamu dipatuk dari lubang dan oleh ular yg sama sebanyak 2 kali...Allah juga ada berfirman tak silap saya "Aku tidak akan mengubah nasib seseorg kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya..." mohon juga pencerahan aku yg cetek ilmu ini...

Ketiga, apa motif utama roadshow yg dibuat Anwar setakat ini? sepanjang yg aku dgr melalui internet tidak dinyatakan olehnya secara tuntas apakah bentuk2 tindakan yg bakal diambilnya terhadap spr yg didakwa melakukan penipuan...di sini juga aku keliru...mohon pencerahan bagi mereka2 yg arif...