Isnin, 17 Jun 2013

MARI BELAJAR DARI SEJARAH




KOMENTAR TUKAR TIUB

dari  buku sejarah
dunia tahu dari tahun 1966 -1974
amerika dengan segala bala tentera
telah masuk menyerang vietnam
tentera amerika terkuat dalam dunia
tentera amerika tercanggih dalam dunia

tetapi kaum tani vietnam bangun
dengan berkaki ayam
dengan senjata buatan sendiri
dengan senjata  yang dirampas
dengan kegigihan melawan imperialis
amerika telah dikalahkan

sejarah yang sama
sedang berlaku di afghanistan
sedang berlaku di iraq

maknanya walau pun kuat bala tentera
walau pun senjata tercanggih
bila kerja bukan kerana idealoji
bila kerja bukan kerana keadilan
bila kerja kerana diupah
jawabnya pasti kalah


sejarah adalah guru terulung!

Jentera perang siber BN dakwa mereka dilayan seperti kelas kedua

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

"Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB.

"Tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...," tulis Tun Faisal dalam laman blognya tunfaisal.blogspot.com tetapi tidak merujuk secara khusus terhadap individu yang dimaksudkannya.

Tun Faisal juga mendedahkan UMB sering dijadikan "kambing hitam" oleh blogger upahan apabila berlaku sesuatu kegagalan dalam sesuatu misi walhal kumpulan tersebut menerima arahan dan peruntukkan daripada pihak atasan.

"UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka," kata beliau.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH


woit... RAHSIA TELAH TERBUKA.... kah kah kah

woit...  YANG MENULIS UNTUK GEROMBOLAN KENA BAYAR... kah kah kah...

kah kah kah...MEREKA MAKAN GAJI... kah kah kah..

kah kah kah..BLOGGERS  PENYOKONG PAKATAN... KERJA KERANA NAK JATUHKAN KERAJAAN.... kah kah kah..


kah kah kah... BLOGGER ANTI KERAJAAN...NAK HAPUSKAN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION.... kah kah kah..


SEJARAH
ADALAH GURU TERBAIK

-------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ntah la bro dia kata lain pulak menafikan haha.. takur saru miss kot..

http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/isu-umb-malaysian-insider-tak-beretika.html

Apapun memang dengar peruntukan yang tidak sama rata dikalangan blogger ada dapat habuan mewah ada ciput.. Pakatan pula bagaimana ada habuan ke? hoho.. Red Bean Army tu sape punya issue? sape bayar? adakah Kerajaan Singapura? lol

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 11:25 PG,
mana 1 pun yg sebenar, kedua2nya tidak menutup pekung di dada ketuanan bahwa memang terdapat banyak pergeseran dan takpuashati di kalangan tegar UMNgOk itu sendiri pada segala peringkat, dengan nak jatuhkan najib, nak jatuhkan mat zin badak, nak jatuhkan kj, jatuhkan pemuda, jatuhkan war room, jatuhkan unit cyber, dan macam2 tikammenikam lagi...
teruskan UMNgOk, dulu kini dan selamanya nak memecahbelahkan rakyat hinggakan sendiri yg hancur!

(tt kata sokong je bagi api merebak lagi)

-average joe-
klakka-la.blogspot

Tanpa Nama berkata...

Panggil le bloger paling terror dlm dunia sekali pun 52% rakyat malaysia tk akan termakan punya..fakta lebih penting dr auta..silap2 red bean army pun puak2 diorg yg ujudkan..biasa le punasihatnye yahudi..rba dibayar lebih klu tidak tk timbul le isu bayaran..

Tanpa Nama berkata...

ikhlas...senang dieja tapi paling susah dibuat. kan?