HANYA SATU PILIHAN
JALAN RAYA
TIDAK
ADA PILIHAN
Satu
Dunia telah tahu bahawa United Malays National Organisation telah menipu untuk
menang dalam PRU13. Bukti paling jelas ialah apabila Presiden Indonesia Susilo
Bambang bertemu dengan Anwar Ibrahim di Bali. Anwar dilaporkan oleh media Indonesia sebagai tamu resmi Presiden Bambang.
Bertemu
sebagai tamu ini bukan satu yang asing. Menyambut Ketua Pembangkang dari negara
mana pun bukan satu yang salah. Ini tugas resmi seorang Presiden. Tetapi apa
yang jengkel – apa yang ganjil – ialah Najib Razak juga sedang berada di
Jakarta pada waktu dan ketika yang sama. Najib Razak ialah Perdana Menteri bukan
Ketua Pembangkang ( belum lagi). Tetapi Najib Razak TIDAK menjadi tamu Bambang
Susilo. Najib hanya pukul talipon. Pelik?
Bukan
pelik tetapi dalam bahasa diplomasi – dalam bahasa adat istiadat negara – perbuatan pukul talipon ini dibaca sebagai
satu penghinaan. Najib hanya dapat memukul talipon bercakap dengan Bambang walhal
Anwar Ibrahim duduk bersembang panjang
dengan Bambang.
Untuk
memedihkan luka didada Najib Razak kelihatan di seluruh kota Jakarta papan iklan yang memaparkan wajah Anwar dan
Wan Azizah dengan ucapan ‘‘Selamat Datang’. Mustahil iklan besar berwajah Anwar
ini gagal dilihat oleh Najib kerana ianya terpampang merata-rata. Siapa punya
kerja memasang iklan ini? Jawabnya: wallah
hualam bisawwab.
Apa
sebenarnya sedang berlaku? Apa yang
sedang berlaku ialah keputusan PRU13 ini telah menimbulkan kesangsian oleh negara-negara jiran. Mereka melihat jelas
bahawa penipuan telah berlaku. Dalam
negara Asean mungkin hanya negara Singapura
yang tergolek dog ketawa puas hati apabila Najib dikatakan menang. Ini kerana
Najib Razak amat senang untuk dibeli oleh Singapura.
Jemputan
Bambang kepada Anwar dan keengganan
Bambang menyambut Najib itu dalam bahasa diplomasi ialah : Indonesia tidak
menerima bulat bulat keputusan PRU13. Bahasa daqn nahu diplomasi ini amat halus.
Kita hanya membaca tanda dan makna dari cara Najib memukul talipon untuk
bercakap dengan Bambang.
Ketika
saya menulis ini parlimen sudah mula bersidang. Para ahli parlimen telah angkat
sumpah. Tetapi yakinlah bahawa kes Tipu PRU13 ini belum selesai. Orang ramai , anak muda dan dan anak semua bangsa TIDAK berpuas hati kerana kemenangan
Pakatan Rakyat telah dirampas oleh United Malays National Organisation. Ketidak
puasan hati ini pasti akan diterjemahkan. Yakinlah.
Keangkuhan
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan satu yang tidak baik. Sebenarnya
mereka berdua ini telah banyak membantu menaikkan kemarahan orang ramai
terhadap lembaga SPR itu sendiri. Semakin banyak kenyataan yang keluar dari
mulut malaon berdua ini semakin merundum keyakinan orang ramai terhadap
lembaga SPR.
Selesai
sahaja PRU13 ini kelihatan semakin ramai
warga Malaysia mendapat kesedaran bahawa sistem pilihan raya di Malaysai ini sebenarnya hanyalah
gula-gula untuk menipu orang ramai.
Gula-gula yang dibungkus dengan kertas bernama demokrasi.
Bertahun-tahun
saya telah menulis, berceramah dan berforum menerangkan tentang sistem pilihan raya di Malaysia ini adalah sistem pemilihan yang menipu. Saya
telah ke hulu ke hilir. Berbuih-buih bercakap. Berbuku jari tangan mengetik
komputer untuk menuliskan fakta penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan
dirancang untuk membolehkan United Malays National Organisation menang.
Apabila
PRU13 sampai dan selesai – saya merasa cukup senang hati. Tesis dan teori saya tentang pilihan raya di Malaysia telah dilihat jelas. Untuk
saya, pada 5 Mei 2013 bukan hari membuang undi. Hari 5 Mei 2013 itu ialah hari kuliah akhir dari siri kuliah-kuliah dan syarahan
yang telah saya beri.
Pada
5 Mei yang lalu pencerahan tentang tentang penipuan dalam pilihan raya dilihat secara
pratikal dengan terang oleh para pengundi.
Kalau dulu ada yang merasa was-was , ada yang merasa sangsi tentang apa
yang saya tulis. Ada yang menuduh saya menabur aji-no-moto pada sup tulang
kering yang tidak berdaging. Saya dikatakan berupaya membesar-besarkan pekara-pekara kecil. Tetapi
sesudah 5 Mei ini jelas kelihatan bahawa apa yang selama ini saya tulis adalah
tepat dan betul. PRU13 adalah penipuan.
Penipuan
PRU13 ini muncul dari sebuah kerajaan yang menjalankan dasar yang zalim. Dasar
politik dan dasar agihan ekonomi yang tidak menyebelah kepada orang ramai.
Rompakan harta negara atas nama
pembangunan. Menjarah tanah orang
kampong atas nama pembangunan. Merampas tanah dalam bandar atas nama MRT. Semua
ini telah diketahui ramai. Semua kejahatan dan kezaliaman ini di ketahui umum.
Justeru
untuk meneruskan kuasa melalui satu pilihan raya yang adil dan bersih adalah
mustahil. Dalam dalam masa yang sama saya rasa telah berjaya memaparkan bahawa
dalam negara Dunia Ketiga ini, dalam pemerenthan yang zalim dan korup – kerajaan
zalim – mustahil dapat diganti melalui pilihan raya.
Dalam
pada itu saya yakin ramai dari ahli parlimen dan para YB dari Pakatan Rakyat
masih memiliki ilusi bahawa pada PRU14 nanti mereka akan berjaya melakukan ledakan kemenangan. Saya yakin ramai diantara
YB dari Pakatan Rakyat memiliki mimpi dan angan-angan bahawa jika mereka
berkempen lebih kuat lagi, menjerit lebih kuat lagi, berdoa lebih buih pasti
Pakatan Rakyat akan berjaya. Malah ada yang merasa bahawa para YB bukan sahaja
wajib pergi ziarah kematian pengundi di kawasan malah para YB juga patut menggali kubur untuk Si Arwah.
Kenapa
ada ilusi ini? Kenapa ada angan-angan ini? Apakah mereka tidak dapat melihat
dari apa yang telah berlaku dalam PRU13 ini? Atau apakah mereka bebal sekali
hinggalkan gagal untuk melihat bahawa yang mereka lawan bukan parti United
Malays National Organisation tetapi satu sistem yang akan memastikan United
Malays National Organisation terus menang.
Parta
politikus yang memiliki pandangan bahawa pada PRU14 Pakatan Rakyat akan menang
sebenarnya sedar akan kemustahilan untuk mengulingkan sebuah rejim yang zalim
melalui pilihan raya. Merekja sedar tetapi mereka takut mengahadapi kenyataan
bahawa jika bukan pilihan raya maka tidak dapat tidak jawabnya pilihan jalan
raya.
Mustahil
para politikus ini tidak membaca akhbar dan melihat bagaimana Muhamad Reza
Pahlavi telah dihumbankan oleh gerakan jalan raya di Iran. Atau u melihat
bagaimana Haji MUhamad Suharto dan Marcos dihumbankan oleh rakyat. Mungkin nama-nama
ini terlalu lama tersimpan dalam sejarah
dan para politikus ini terlepas pandang. Bagaimana pula dengan gerakan
anak muda dijalan raya yang menggulingkan Hosni
Mubarak? Mustahil mereka tidak membaca kerana ini berita terhangat hanya berlaku dua tahun dahulu.
Saya
amat yakin dan amat sedar bahawa para politikus ini tahu tentang gerakan anak-anak muda yang menggunakan jalan raya untuk
menggulingkan rejim yang zalim. Mereka melihat apa yang berlaku. Lalu mereka secara
sedar menuduh bahawa rakyat dalam negara
ini ‘belum sampai ke tahap itu’. Kita sering mendengar kata-kata politikus ini
bahawa ‘ Malaysia ini lain’. Kita juga mendengar hujah politikus ini berkata
bahawa rakyat belum bersedia.
Justeru
kita mendengar ucapan yang mengatakan ‘kita ini bukan Arab Spring’. Negara kita
bukan macam negara Arab. Malah mereka tidak berani mengasosiasikan Dataran Tahrir
dengan Dataran Merdeka.
Sebenarnya
yang TIDAK bersedia bukan rakyat tetapi orang yang berkata ‘rakyat belum
bersedia’. Rakyat dituduh sebagai TIDAK
bersedia. Rakyat dituduh belum berani. Biar saya terangkan disini bahawa rakyat
sentiasa bersedia. Rakyat sentiasa berani
mahu membuat perubahan. Jika rakyat belum bersedia sila terangkan
bagaimana 52% rakyat Malaysia ini
memilih Pakatan Rakyat dan menolak total United Malays Natioonal Organisation
dalam PRU13?
Kita
juga sering mendengar hujah bahawa di
Malaysia ini belum ada yang ‘mati’ untuk melahirkan kemarahan rakyat. Sesiapa
yang mengeluarkan pendapat ini adalah sosok bengong yang wujudiahnya hanya
menghabiskan oxygen. Mereka terlupa pembunuhan di Memali. Mereka terlupa Kugan,
Francis, Teoh Beng Hock, Sarbini, Aminulrashid. Malah tahun ini sahaja 6 orang
warga telah tewas dibunuh oleh pihak berkuasa.
Apa
yang ingin saya sampaikan disini ialah
jika sistem pilihan raya yang
wujud hari ini tidak ditukar maka sampai kiamat pun United Malysa National Organisation akan
terus berkuasa. Dalam masa dua tahun ini perubahan wajib dilakukan. Rakyat
Malaysia tidak ada pilihan kerana ketika saya menulis ini SPR yang disokong
oleh jentera daulah sedang merancang untuk membuat persempadanan semula.
Persempadan
semula ini adalah batu nisan. Persempadan semula ini bukan hanya batu nisan yang memustahilkan apa-apa
perubahan boleh berlaku. Persempadanan semula ini akan melucutkan kerusi-kerusi
parlimen yang ketika ini di menangi oleh Pakatan. Ini makna hakiki persempadan
semula.
Apakah
yang saya tulis ini dongeng? Tidak. Ini membuktikan kata-kata bahawa jika pilihan
raya itu boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkam. PRU13
menunjukkan pencapaian cemerlang untuk Pakatan Rakyat Maka persempadanan semula
ini adalah strateji untuk mematikan
lubang-lubang yang berjaya memenangkan Pakatan
Rakyat. Jelas kita tidak ada pilihan. Melalui
pilihanraya – rakyat telah ditiou. Kita hanya ada pilihan jalan raya.
Jika
apa yang saya tulis ini tidak benar maka saya ingin bertanya : kenapa Presiden
Bambang Susilo berkata ‘ pemilu di Malaysia satu kecurangan terlampau’. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar sila
pukul talipon : 03- 92-21-10-45
------------
6 ulasan:
well said Isham, as usual, u nailed it!
apakata kalau digabung semua ngo2 yang ada ni, yang digerakkan oleh aktivis2 tak bertuan (ronin) dan tubuhkan 1 parti siasah baru? dan bergabung la dengan psm, kot??. biar jadi the 3rd force.
sebab gua tengok, majoriti yb2 pakatan yang baru menang pru13 sedang belajar duduk di kerusi empuk, mungkin menanti laba yang boleh dirai. rakyat marhaen terutamanya anak2 muda terus hanyut dibuai idealisma yang tak terjangkau oleh pemikiran kebanyakkan yb2 samada dari UBN mahupun PR.
more power to the people!!
Jangan juga lupa...dimalaysia ini ada permedagangan trauma ke RAJA an......ini salah satu kunci kenapa yang berkuasa akan terus berkuasa....semua melayu ini kehinduan....ini realitas....mereka terhindu...dihindu atau kehinduan....ini agama asal orang melayu sebelum islam....bibitnya masih menetas dan akan terus menetas....betulah tu.....kalau titah raja itu boleh mengubah sesuatu..sudah lama raja itu diharamkan.kalau pilihanraya itu dapat mengubah sesuatu...pun dah lama diharemkan....kalau islam itu dapat mengubah sesuatu sudah lama islam itu diharamkan...dan yang paling agung...kalau tukar tiub dapat mengubah sesuatu...sudah lama juga diharamkan.....hehehhehee.....jangan mareh...ini realitas..
Buat sesuatu berulang kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah gila menurut Albert Einstein. Parti-pati pembangkang dah sertai pru dari dulu tapi gagal untuk gulingkan umno. Demostrasi pun dah banyak kali buat tapi umno tak gak mampus. Pemberontakan bersenjata pernah di buat oleh Parti komunis Malaya juga gagal tumbangkan umno. Sekarang apa yang perlu kita buat untuk jatuhkan umno sapa ada idea. Apa yang Einstein kata tu ada kebenaran, pru dan demostrasi dah buat banyak kali tapi umno masih berkuasa, pemberontakan bersenjata buat sekali tapi gagal dan rakyat Malaysia nak duduk dalam keadaan aman tapi nak tukar kerajaan. Mana ada kerajaan dunia ketiga ditukar dalam keadaan aman semua ditukar dalam keadaan huru hara. Ada satu aje kita belum buat iaitu boikot. Kita kena boikot semua perkara yang berkaitan umno. Boikot semua perniagaan yang ada kaitan dengan umno contoh boikot roti gardenia makan roti mossimo,batalkan langganan astro,maxis,celcom,tm kalau boleh tnb beli genset atau buat solar panel atas bumbung. Jangan beli kereta proton dan perodua beli kereta import. Jangan naik commuter,lrt,monorail. Jangan guna lebuhraya bertol guna jalan lama.Jangan makan kfc,mcd semua tu tak berkhasiat. Jangan guna gula pasir guna stevia sebagai pemanis. Jangan naik kapal terbang MAS,Air Asia naik carrier luar negeri. Jangan bayar semua jenis cukai. Jangan main nombor ekor magnum,sport toto dan damacai tu sapa punya lagi pun judi adalah haram dalam Islam. Jangan hisap rokok yang sah hisap rokok seludup harga pun murah. Jangan guna bank tempatan Maybank,RHB,Hongleong tu semua kroni punya guna bank antarabangsa macam HSBC. Jangan beli insuran tempatan MAA tu sapa punya beli insuran import. Jangan guna minyak petronas dan petron minyak low grade tapi beli minyak shell,caltex dan bhp.Kalau kita sanggup buat semua ni dijamin umno akan tumbang tapi sanggup ke kita buat. Admin tolong siarkan kau ni Isham kalau comment yang tak sebulu dengan kau sampai mampus kau taknak siarkan
Jumlah kehadiran di Merbuk sangat teruk. Aku sangat malu sebab aku pun tak pergi. Aku tak pergi sbb esoknya kerja (kelantan), aku tak larat kali ni. Yg lepas2 aku paksa jugak biar larat (aku ada asthma). Siang berdemo dan malamnya dah dalam bas on d way balik untuk kerja esoknya. Tapi yang Merbuk aku memang tak larat sbb kerja tengah banyak. Tapi kalaulah aku tau kehadiran macam ni punya teruk, mesti aku pergi jugak. Ya Tuhan ampunkan aku...Kwn2 maafkan aku...
pembetulan hindu itu bangsa...sebenarnya bagi mereka yang percaya pada kitab veda,mereka dipanggil penganut vedas,vedantist,veda dharma,bukan hindu..hindu adalah merujuk kepada bangsa yang tinggal di pinggiran sungai indus...macm juga orang islam dipanggil muslim,buddha dipanggil buddhist,atau penganut buddha,
Hindu kush....ooooo...rindu plak mengenang masa lalu....apa apa pon...ni pukimak anak kutty memang sial...bila nak mampoih woi....
Catat Ulasan