KOMENTAR TUKAR TIUB
jika satu juta turun sabtu ini
maka tidak dapat tidak
7 orang pesuruh jaya spr
akan letak jawatan
satu juta turun minggu ini
tidak dapat tidak
25 kerusi yang dibuktikan berlaku penipuan
pasti akan di buat pemilihan baru
anak muda!
tepok dada
tanya selera
kunci kejayaan sabtu ini
ialah satu juta di dataran padang merbok
SATU JUTA BERHIMPUN
SABTU INI
BARU DAPAT DI SELESAIKAN
KALAU SATU JUTA TURUN
SPR BARU AKAN DITUBUH
“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta pagi ini.
Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.
“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.
“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini.
Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta ‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.
Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdek,a apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.
“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya
Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.
“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” tegasnya.
Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta.
2 ulasan:
imam mahdi syiah dah keluar dari tempat persembunyian.
tapi muka xleh tunjuk lg. haha
Lu TT tak nak g baiah ke?
hahahaha. kelakar dol.
ape punye mangkok ayon la syiah ni.
tu pun ade jgk yg percaya.
kah kah kah. syiah al taqiyah. kuat lebong.
sampai kat malaysia pun kena lebong. wakakaka
bgtau kat ulama syiah, udah2 la lebong tu..haaaaaaaha
Jgn lupa kali ni ramai2 bawak khemah tau...mlm kita masak maggi atau tumis sardin sambil2 layan main gitar kapok...hihihiiii...
Catat Ulasan