NOTA
sila ambil perhatian
minta yang datang dari luar jangan
bawa kereta ke dalam pusat kota
sila hentikan diluar kota
masuk ke dalam kota
melalui lrt
melalui komuter
melalui monoral
PULANG
BILA
MENANG
NGO: 150 khemah akan terpacak
di Padang Merbok
Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari.
PULANG BILA
MENANG
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Black505 di Padang Merbok akan diteruskan , kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
Beliau meminta peserta perhimpunan untuk terus berhimpun di Padang Merbok saperti yang dirancang.
Ketika ditanya mengenai tahap kesihatan peserta perhimpunan yang perlu diambil kira dalam keadaan jerebu teruk, Rafizi berkata pihak penganjur telah menyediakan pasukan perubatan di lokasi tersebut.
"Kita tidak melihat sebarang keperluan untuk membatalkan perhimpunan itu kerana keadaan jerebu di Kuala Lumpur tidak serius.
"Kita menasihatkan para peserta untuk membawa beberapa botol air dan memakai penutup hidung jika perlu," katanya.
Rafizi berkata Pakatan menasihatkan para peserta perhimpunan untuk berkumpul pada tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok.
"Kami menasihatkan orang ramai untuk berkumpul pada pukul 12 tengah hari di tujuh lokasi yang ditetapkan. Kemudian mereka akan mula berarak ke Padang Merbok pada pukul 2 petang.
"Kami menjangka perhimpunan itu akan bermula kira-kira pukul 3 petang di Padang Merbok.
TERUS SAMPAI MENANG
SILA
BAWA KHEMAH
--------
2 ulasan:
Hehehehee....2.30.pagi tadi aku lalu...black maria tengah pasang pagar di dataran merdeka....dua layer...mungkin mereka akan pasang layer ke 3...mungkin barbwire....kawasan padan merbok...gelap...tapi sebelah yang ada bukit tu ada kon dinding ini mungkin dah lama...naik taraf pagar bukit tu ler......aku bayangkan parameter ini besok akan bertambahh gelap.....jln mahameru dari pintu jln sg besi 1 line...sqmpai istana negara lama pun jadi satu line....k.l.takder road block langsung....pelik...ini mungkin full force siang nanti ni......selamat berhimpun...sekian info trafik.
Style arab spring wont happen in malaysia..malaysia bukan cam arab.semua ada kerje dan cukup makan walaupun susah..indon suharto lain..philipine marcos lain..banyak penggangur dan pelajar yg bimbang akan turut mengangur..disini lain..memang kita kena tipu tapi ada cara lain..bukan jauh kita kalah..maksudnya kena usaha lagi pru depan..langkah anwar yg terburu buru ni akan menyebabkan pakatan pupus sebelum pru 14..fikirkanlah..I memang sokong anwar tapi I tak fikir langkah ala arab spring ini akan berjaya di bumi bertuah ni..anyhow selamat berjaya..yg pasti tak ramai akan turun kali ni..
Catat Ulasan