KOMENTAR TUKAR TIUB
apa makna berita ini?
kenapa tetiba berita ini muncul?
kenapa ada temu bual dengan bengali ini?
dalam berita ini
siapa sutut altantuya tidak penting
tidak mustahak
najib sutut altantuya dulu
atau
razak baginda sutut altantuya dulu
semua hanya aji no moto penyedap berita
sama ada altantuya berada di paris atau tidak
bukan jadi persoalan
sama ada altantuya jadi juru bahasa atau tidak
buka persoalan hakiki
yang menjadikan berita dalam berita ini
ialah kenapa bengali ini ditemu bual?
siapa arahkan bengali ini ditemu bual?
dalam temu bual ini tidak dapat tidak
nama najib akan muncul
justeru
berita ini adalah satu tekanan
berita ini adalah satu tanda
agar najib secara terhormat mengundur
temu bual ini memang dirancang
rancangan dari atasan
ini akhbar milik
united malays national organisation
mustahil ketua pengarang akhbar ini
tidak sedar apa yang akan keluar
saheh
temu bual ini bertujuan
untuk memberi tekanan pada najib
beriat telah mula kedengaran
beriat telah mula merebak
bahawa ada ura ura
meminta najib mengundur
kerana gagal dalam pru13
tunku diundurkan kerana gagal dapat 2/3 kerusi parlimen
dolah diundurkan kerana gagal dalam pru12
justeru dengan hujah ini
semakin ampoh pandangan
bahawa najib juga wajib undur sebelum diundurkan
ini makna berita ini!
Broker Scorpene: Altantuya tak pernah terlibat dalam perjanjian
Arkitek perjanjian Scorpene, Jasbir Singh Chahl dilaporkan berkata bahawa wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbuu tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal
selam tersebut atau pernah terlibat dalam kontrak berkenaan.
Dalam satu temu bual di New Straits Times hari ini, Jasbir berkata apa juga hubungan Altantuya dengan penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, seorang tokoh utama dalam perjanjian itu, adalah perkara peribadi.
Altantuya, yang dikatakan menjadi jurubahasa Perancis kepada Abdul Razak, ditemui mati ditembak dan diletupkan pada Oktober 2006 dengan bahan letupan C4 di Shah Alam.
JEMPUTAN
PETANG ESOK
DI MADRASAH TABIAH
KAMPONG BANDA DALAM GOMBAK
---------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan