BERITA DI BELAKANG BERITA
sila baca baik baik berita ini
berita ini memiliki nilai yang amat tinggi
berita ini mengesahkan
persahabatan dua kawan
persahabatan yang setia
persahabatan yang melintasi tembok agama
persahabatan yang melintasi tembok bangsa
kesah wahid dan lau
kesah dua warga malaysia
kesah dua sosok yang berjaya dalam hidup
wahid donobat untuk menjadi datuk wahid
low dinobat untuk menjadi datuk seri low chang hian
lihatlah betapa setianya wahid kepada low
wahid menerima bungkusan tanpa usul pereksa
lihatlah betapa setianya low kepada wahid
diwaktu malam pun minta wahid membantu
lihatlah bagaimana yakinnya wahid kepada low
lihatlah bagaimana yakinya low kepada wahid
kalau pun bom dalam bungkusan dari low
wahid masih sanggup menerima bungkusan
kerana ini tanda persahabatan yang setia
lihatlah betapa sucinya hari wahid
dia hanya menerima bungkusan
tidak pula dibuka
tidak pula digoncang
tidak pula ditanya apa isinya
aduh!
inilah contoh kepercayaan
inilah contoh keyakina dalam persahabtan
kesah ini wajib kita sampaikan kepada anak cucu cicit
agar mereka tahu menilai erti persahabatan
NOTA
bagaimana tentang wang dalam bungkusan?
jelas datuk wahid tidak tahu hal wang ini
dia hanya letakan bungkusan atas meja belakang pintu
duit 60,000 ini datuk wahid tak pandang
untuk ketua pengarah imigresen
60,000 ringgit ini hanya taik gigi
tolong jangan hina ketua pengarah imigresen malaysia
60,000 ringgit ini duit ciput
kah kah kah
MANUSIA JUJUR DAN SETIA
Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don, yang menghadapi pertuduhan menerima rasuah, semalam memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mengetahui satu bungkusan plastik yang ditemui di rumahnya mengandungi wang tunai RM60,000.
Wahid, 60, berkata dia menerima bungkusan itu tanpa memeriksa kandungannya memandangkan ia diserahkan kepadanya oleh seorang rakan.
Bungkusan plastik itu ditemui di atas sebuah meja di belakang pintu utama rumahnya, katanya semasa menjawab soalan Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dalam prosiding hari pertamanya membela diri terhadap pertuduhan rasuah itu.
Menurut Wahid, dalam serbuan yang dilakukan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) (kini SPRM) pada 10 Julai 2008 di kediamannya di Jalan Duta di Kuala Lumpur, turut ditemui wang tunai RM12,300 di ruang tamu dan RM90,500 lagi di bilik tidur.
Dia turut menafikan wang RM102,800 itu antara yang dibayar oleh ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian kepadanya dalam urusan mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.
Wahid didakwa menerima rasuah RM60,000 dari Low pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, di sini pada 10.15 malam, 10 Julai 2008.
Pada 15 Okt 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memerintahkan dia membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan supaya dia dipanggil membela diri atas pertuduhan itu.
Dalam keterangannya, Wahid berkata serbuan BPR itu dilakukan selepas rakannya itu (Low) secara tiba-tiba datang ke rumahnya untuk menyerahkan bungkusan plastik berkenaan.
"Dia (Low) datang dengan tergesa-gesa sambil menyerahkan bungkusan itu dan menyuruh saya menyerah (bungkusan) kepada kawannya bernama 'Sim'," kata Wahid.
Ditanya sama ada dia mengetahui bungkusan itu mengandungi wang tunai, Wahid menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak membuka bungkusan tersebut."
Abdul Razak: "Kalau Low letak bom, Datuk terima begitu sahaja ke?"
Wahid: "Mungkin, sebab dia kawan saya."
Abdul Razak: "Bahaya ni, pukul 10 malam, Datuk terima apa sahaja. Kalau dadah?"
Wahid: "Mungkin (saya terima) sebab dia kawan saya."
Wahid menjelaskan disebabkan tidak mengetahui kandungan bungkusan itu, dia tidak menolak pemberian rakannya itu.
Selesai Wahid memberi keterangan, Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon untuk mencabar kesahihan keterangan Wahid berikutan percanggahan fakta ketika siasatan kes itu dengan pembelaan Wahid hari ini.
Hakim Rosbiahanin Ariffin menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu dan menyambung perbicaraan. - Tiewnama

8 ulasan:
Bhai TT..
Nihlah contoh sahabat terbaek... sahabat sehati sejiwa... sahabat ke neraka.... hahaha
Teringat Ismail Che Ros antara segelintir KetuaPolis yang tak boleh di rasuah.Di Kelantan ujung 80an,Melayu tokey seludup beras pergi rumah nak kawtim,Ismail Che Ros lari ikut pintu belakang,langsung xbagi chance jumpa.Di Johor,Cina nombor xleh kawtim dgn duit,di bawanya perempuan seksi cun melecun ke opis ICR,ditolak ICR dgn letak Quran dan Yassin suruh perempuan tu pilih.Di Johor juga,drebar dia sendiri di suruh saman diri sendiri kerana potong double line semasa bawa boss.Pendek kata,peribadi Ismail Che Ros jauh beza dgn Khalid Baker,tapi what to do,polis baik seringkali kena tukar sana sini.TT mungkin tau lebih banyak kisah lagenda Ismail Che Ros ni.Che Ros bukan Che RosssssMAH ya
sapa kata melayu ni tak bertimbangrasa? tak reti bertolak ansur? khianat dan tak amanah? suka tikam belakang?
Ini contoh nyata betapa mulia hati melayu. biar dia sorang yang masuk lokap takpe, asal jangan kawan masuk lokap sama.
biasa dalam kongsi gelap seperti yakuza dan mafia yang mengamalkan konsep persahabatan begini. dia masuk dalam demi setiakawan tapi 'fraid not, 'sahabat' kat luar akan jaga baik keluarga yang ditinggalkan selama dipenjara.
ke dia ni pun anggota 'mafia' juga kot? sama bersepah anggota 'mafia dan yakuz'a dalam jawatan besar2 kat gomen tu......
ini bersahabat cara banggang... ada ke bila sahabat baik bagi barang suruh bagi kat org lain langsung tak buka mulut nak bertanya, apa barang tu... lepas bohong... bong lagi... bohong lagi dan lagi... dan lagi... makan akan bertambah2 lah dosa itu angkara dosa pertama tadi... nauzubillah... Ingatlah En. Oiii... hukuman Akhirat tu lebih teruk... bertaubatlah...
Kah kah kah...
Kesimpulannya?
Sekali tengah bicara daa!
Releks la bro...
Hukum belum lagi jatuh korang dah wat keputusan dulu ke?
Woi orang tua wahid....agak agak la nak membohong pun....ada ka patut kawan bagi barang suruh pas kat kawan sorang lagi....duit pulak tu...apa cuci duit ka...awat kawan hang tu tak pindahkan secara online je....katanya datuk....sapa nak tanya lebih lebih...bukannya berjuta pun....kah kah kah....panik la tu rumah kena serbu....main boh saja mana sempat....kah kah kah...hang jangan sampai depa guna mesin uji membohong tu....kantoi teruk oooo wahid itam ooi...kah kah kah....kalau hang pandai sangat...istihar laa harta semua ahli keluarga hang....hang punya tak payah....aku tau hang kan JUJUR...tapi ahli keluarga hang.....kah kah kah....sunat sekali lagi pon aku tak percaya....melayu yang patut dipijak mukanya sambil telornya dipicit picit....kah kah kah....batai posa aku...sial punya wahid itam
INI MACAM ALI BABA, KASIM BABA, APEK DAN 40 PENYAMUN PUN MARAH...
Contohi melayu mithali ni:
10.15mlm tu di rumah, dia seorang amanah, takde nak persoal hal kawan baik beliau sebab si-kawan tu takde pun nak bentangkan laporan sebaliknya cuma mintak tolong jadi postor je kejap, takkan semua pun tak boley!
Semakam di mahkanah, dia seorang jujur, takde nak tipu hal sebenar sebab takde apa nak tipu dan takde siapa nak ditipu.
Seterusnya 1 hari kelak dia akan jadi seorang berjayawan, takde nak kesempitan hidup takde nak mintak2 sedekah dan belas ihsan org lain sebab dia akan kaya raya!
Ingat, contohinya: amanah, jujur dan berjaya
Catat Ulasan