Ahad, 21 Julai 2013

TELAH MELINTASI HARI KE 12




SELAMAT BERBUKA PUASA
kita telah melintasi hari ke 12
nampaknya puasa tahun ini
sama macam tahun lepas 
redup dan nyaman

di kuala lumpur
hujan tidak
panas pun tidak
malamnya nyaman sejuk

KUALA BESUT
semakin hangat
malam ini tim dari radio bangsar utama
akan pergi sekali lagi
radio bangsar akan cuba
membuat siaran langsung
tukar tiub akan umumkan

MENCARI ORANG MISKIN
malam tadi lepas jam 11.00 
aku telah ke masjid negara
bersama satu kumpulan anak muda
yang nak buat kebajikan kepada orang miskin
anak anak muda ini ingin bersedekah
biskut berus giigi kain cukin dan sekotak mee kering
dan kain baju



sesampai ke wilayah masjid negara
terserempak dengan satu kumpulan
anak muda berbaju  merah
mereka juga sedang memberikan nasi bungkus
pada fakir miskin

dari masjid negara negelncong ke pasar seni
masih mencari orang miskin
aku ternampak dua bungkus bubur lambok
terselit tepi didinding pasar seni
telah dibuang oleh fakir miskin
ertinya membasir

disini aku terserempak lagi
dengan satu kumpulan berbaju puteh
mereka didahulu oleh rela
siapa mereka aku tak tahu
mereka juga mencari orang miskin

satu jam kemudian
satu lagi tim datang
juga mencari orang miskin

bersepah-sepah makanan terbuang
berkotak kotak tak habis

mana perginya orang miskin
di kuala lumpur ini?



----------

2 ulasan:

Unknown berkata...

mana pergi org miskin di kl dalam bulan puasa? persoalan yang lawak jugak ni. tapi gua rasa dalam bulan puasa ni, ramai sangat hartawan yang bermurah hati membuat amal seperti makan percuma dan memberi keperluan harian. gi la tengok kat majlis2 sekitar KL dan PJ, bersepah acara berbuka puasa bersama anak2 yatim dan golongan fakir. begitu jugak di masjid2/surau. sementara ni, dorang tak pandang la lu nye nasi bungkus...saham tengah naik, jemputan makan kat hotel berbintang2 melambak.kahkahkah....

Masalahnya, bulan ramadhan jugak boleh dianggap bulan pembaziran.sebulan dalam setahun, tiba2 rezeki mencurah2, makanana melimpah ruah. bila dah terlebih2 ni, mula la tak dihargai. tgk contoh buffet puasa kat restoran/hotel, berapa banyak makanan terlebih yang dibuang begitu saja. takkan hotel 5star recycle makanan kot? lekeh tul...tu belum lagi tengok 'peserta' yang nak berbuka. tengok makanan, semua nak. makanan tinggi membukit atas pinggan tapi yang ditelan secuit je. N.A.F.S.U! bukan ahmad nisfu! kahkahkah

so moral of the story Sham, next time nak beramal, tak payah tunggu ramadhan, ada 11 bulan lain yang boleh beramal jariah. time tu, ko belum sempat nak agih makanan, port lu confirm kena serbu. nasik bungkus kembali jadi pujaan hati. hartawan mula lupa pada amal jariah. tunggu la bulan ramadhan tahun depan nanti. nak buat amal ikut bulan. baru wartawan datang, masuk dalam paper. heh....

Tanpa Nama berkata...

Yang berduit terlalu banyak nak berbuat pahala dibulan puasa sebab nak menghalalkan yang haram yang dibuat pada bukan bulan puasa. Senang citer nak cuci dosa. Orang yang menerima tak tau apa tapi orang yang memberi tu lu pikirlah sendiri. Matlamat tak menghalalkan cara. Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah