ANAK MUDA
KIBARKAN SANG SAKA
KEADILAN MEMBANTAH LANGKAH PTPTN MENYENARAIKAN PEMINJAM PTPTN DALAM CCRIS
Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan PTPTN yang akan menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System atau Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat) yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan II).
Tindakan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat ini mempunyai kesan besar kepada rakyat terutamanya anak muda. Apabila maklumat pembayaran dan pinjaman PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS, ia membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.
Secara langsung, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman (perumahan, kenderaan dan peribadi) kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS. Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga – sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah, kereta dan lain-lain.
Ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukanlah kali pertama PTPTN menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam. Sebelum ini pun, PTPTN telah menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara. Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan.
Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Dato’ Seri Idris Jusoh supaya tidak meneruskan niat untuk mengugut dan menghukum anak muda peminjam PTPTN dengan menyenaraikan mereka di dalam CCRIS.
KEADILAN akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat ini sehinggalah ia dibatalkan oleh Barisan Nasional.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-------
2 ulasan:
Berhutang??? Mmg pantang hidup gua berhutang.. tak kira apa2 hutang, gua akan elakkan.. jika terpaksa berhutang jugak, gua akan mencuri... tak kira pahala dosa, gua akan cuba sedaya upaya untuk elakkan berhutang.. mencuri tidak dihina (kene pandai2 agak dan buat la..) tetapi orang yg berhutang, hidupnya mcm harambejadah abes di dunia dan di akhirat..
Jika perlu mencuri duit mcm menteri2 merembat duit rakyat, gua dgn jujur dan ikhlas, gua akan buat seolah2 kerja mencuri dan merembat ni adalah kerja suci dan mendapat pahala serta dpt masuk syurga 5 juta tahun lebih awal dr Nabi Muhammad sendiri..kahkahkah..
deyy...ptptpu nie hebatla..
produk kewangan yg tiap2 tahun senang jee dapat client..bank2 lain berhempas pulas carik pelanggan..buat iklan...ptptipu nie satu tahun berapa ribu riban client memohon...
ptptpu nie pun haibat jugak..dikatakan ada kos pentadbiran dan bukan nya riba mahupun interest..tapi kos pentadbiran apa kejadah kalo kos loan 30k tak sama 55k for monthly payment..adakah dakwat pen dan kertas mereka loan30k dari kertas dan ink biasa dan bagi loan 55k dari dakwat dan kertas luar biasa seperti dakwat emas dan kertas diperbuat dari kulit buaya birkin?
kesian makcik pakcik felda kena tipu..ptptn tak ada riba..ada ujrah...kan PTPTN kan adoooooo...to iblis jusoh....aku tak boh ptptn natanggggggg.........
Catat Ulasan