Kudeta Perak: Pemenjaraan Segera 13 Aktivis Satu Kekejaman
Hari ini menyaksikan satu lagi siri hitam pasca PRU berlaku apabila 13 peserta demonstrasi menentang rampasan kuasa negeri Perak dipenjara serta-merta.
Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 adalah kejam dan tidak berhati perut.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar semua peserta demo dibebaskan segera bagi memberi laluan kepada pembelaan rayuan di mahkamah tinggi yang dinotiskan oleh peguam.
Kerajaan pemerintah yang sebelum ini pernah menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini telah menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat yang hanya menyuarakan bantahan. Selepas menang PRU13, kerajaan kini boleh lakukan apa sahaja demi menunjukkan kekuasaan mereka bertujuan menakutkan rakyat.
Ketika pembunuh dibebaskan, ketika perasuah dan peragut wang rakyat berprofile tinggi diberi hukuman yang cukup ringan, 13 rakyat yang menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa diberi hukuman cukup berat dan tidak setimpal. Malah 13 rakyat biasa ini dilayan seperti penjenayah berat!
SAMM mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kamu hari ini tidak punya pilihan selain terus menderita dalam negara sekejam ini, ketika ruang demokrasi ditutup dan jika bersuara akan dihukum dengan seperti penjenayah.
Hukuman yang tidak mengambil kira soal kemanusiaan ini juga bersifat seperti di zaman penjajah. Dengan tekanan terhadap rakyat seperti ini, apakah kita sudah benar-benar merdeka?
Justeru SAMM menyeru semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit dan lawan. Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh regim legasi penjajah.
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
------
1 ulasan:
Di Malaysia undang2 hanya utk pembangkang shj. UMNO haramjadah dan barua2 mereka dikecualikan!! Jgn sebut pasal pahala dan dosa...syurga dan neraka kpd puak2 UMNO haramjadah ni kerana mereka tidak pedulikan itu semua asalkan mereka terus berkuasa dng apa cara sekali pun!! UMNO....u guys will rot in hell!!!
Catat Ulasan