Selasa, 24 September 2013

MENJEMPUT IDEA TERLARANG



EMAIL
FESTIVAL IDEA TERLARANG



APA  FESTIVAL INI
festival ini adalah festival
untuk merayakan idea terlarang
untuk mengajukan idea yang tersimpan
untuk mengembangkan idea yang boleh membina
untuk menghujah idea yang selama ini dilarang

APA YANG WAJIB DI BUAT
sila tulis satu para
tak perlu panjang
tentang idea yang ingin dipaparkan kepada umum
hantarkan idea cadangan ini 
ke: festival.idea.terlarang@gmail.com

SEPULUH MINIT
idea terlarang ini 
akan dibentangkan kepada umum
pembentangan ini tidak  akan melebihi
sepuluh minit
sepuluh minit sahaja
untuk tatapan orang ramai

APA  IDEA ITU
apa sahaja yang difikirkan 
apa sahaja yang akan membawa kebaikkan
apa sahaja idea untuk menolak mara tamadun bangsa
apa saja  idea yang membuka fikrah

SEJARAH IDEA TELARANG
sejarah umat manusia 
semua bermula dengan idea terlarang
nabi nabi membawa idea terlarang
negara beraja jadi negara rakyat kerana idea terlarang
manusia meneroka dunia kerana idea terlarang
sains dan teknoloji ke hadapan kerana idea terlarang

BILA FESTIVAL INI
tarikh belum ditetapkan

DIMANA FESTIVAL INI
tempat belum ditentukan

SILA HANTAR 
IDEA ITU SEKARANG
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

urusetia jemput lah ustaz azhar idrus,agamawan2 dan punk rockers dr cheruk tok kun sekali