JALUR TEMBERANG
SENGAJA DI TERBALIKAN
KAH KAH KAH
Jalur Gemilang dikibar secara terbalik
Jabatan kerajaan tidak prihatin kedudukan bendera ketika ia dikibarkan
MIRI: Agak mengejutkan apabila mendapati ada jabatan kerajaan tidak prihatin dengan kedudukan bendera negara, Jalur Gemilang apabila ia dikibarkan secara terbalik.
Tindakan tersebut yang bukan sahaja membuktikan kurangnya kepekaan malah semangat patriotisme di kalangan kakitangan yang bertugas di pejabat berkenaan tetapi telah menarik perhatian orang awam yang lalu-lalang di hadapan pejabat berkenaan.
Malah ada yang lebih prihatin, telah bertindak membuat aduan ke pejabat akhbar ini semalam, meminta supaya perkara itu ditegur dan jangan diulangi, kerana bimbang ia diambil kesempatan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab walaupun kesilapan itu tidak disengajakan.
Menurut seorang pengadu yang memberitahu Utusan Borneo di sini semalam, beliau terkejut apabila ternampak Jalur Gemilang di pekarangan salah sebuah pejabat milik jabatan kerajaan dikibarkan terbalik.
“Saya bukan sahaja terkejut mendapati mereka mengibarkan Jalur Gemilang terbalik tetapi agak terkilan kenapa mereka tidak sedar ketika menaikkan bendera berkenaan.
“Justeru saya menghubungi pejabat Borneo Post untuk memaklumkan dan menunjukkan bahawa ada orang yang masih tidak sedar nilai-nilai dan sentimen terhadap Jalur Gemilang,” katanya yang enggan mendedahkan namanya.
Bagi membuktikannya, beliau mengambil gambar situasi tersebut.
“Malah kalau terbalik secara tidak sengaja pun, mereka perlu menukar atau memperbetulkannya dengan segera dan bukan hanya membiarkan ia terus berkibaran sepanjang hari dalam keadaan terbalik, seolah-olah tiada semangat patriotik,” ujarnya.
Sementara itu, seorang ketua masyarakat di sini, Penghulu Samion Gani turut melahirkan rasa kesal dengan keadaan tersebut, yang dianggapnya tidak patut berlaku sama ada sengaja ataupun tidak.
“Malah pihak yang bertanggungjawab melakukan tugas menaikkan bendera tersebut perlu peka dan tahu kedudukan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak yang betul.
“Agak mengecewakan, masih ada pihak yang tidak prihatin dengan keadaan Jalur Gemilang yang merupakan maruah negara, malah ia adalah imej dan simbol negara,” tambahnya.
Samion berkata tindakan seperti itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dengan mengedar surat pekeliling agar semua jabatan kerajaan dan agensinya mengibarkan bendera dengan betul.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/09/26/jalur-gemilang-dikibar-secara-terbalik/#ixzz2gGH7YD84
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... TAK KAN TAK FAHAM.... kah kah kah..
kah kah kah..TAK KAN TAK TAHU MAKNANYA... kah kah kah..
kah kah kah..MUSTAHIL TAK TAHU TERBALIK.... kah kah kah..
kah kah kah... MUSTAHIL BILA DAH PASANG TAK NAMPAK...kah kah kah..
woit.... INI TANDA NYA DAYAK DAH BOSAN... kah kah kah
woit... TAK FAHAM LAGI KE?.... kah kah kah
ADAKAH INI MENGHINA
atau
atau
MEMBERAHIKAN
kah kah kah
----------
5 ulasan:
sama ada depa dah bosan, atau depa betul2 dgn suci hati yakin bendera mesia mmg macam tu!
Mana mana manusia....yang paling jujur adalah mereka yang mabuk....yang kena lihing..tapai...montoku..carlsberg..heniken..stout..stella artois .....bison....jarang manusia mabuk berbohong...mereka akan sedaya upaya menjujurkan diri...menjujurkan kemarahan dan ketidakpuasan hati......ini kerja dayak mabuk...dia jujur dan aku sokong....kakakakakakakkakaka.......
Ek eleh... big mama terbalikkan bemdera jiga. Knapa dorang tak kisah.
Kami orang sabah sarawak tak kisah pasal bendera terbalik, yang penting dapat BRIM. harga minyak naik pun kami tak kisah. Ada BRIM ba bikin beli minyak. Kah kah kah orang sabah sarawak bbbbzzzz...
Dayak Iban dan Kadazan sudah mula sedar yg segala harta dan pendapatan minyak dirampas BN Semenanjung untuk memajukan semenanjung malaya. Dayak Iban dan Kadazan cukup marah laksana Scottish marahkan England yg mencuri hasil minyaknya. Tapi cukup hairan, mat saleh Scotland pun boleh kene tipu dgn mat Saleh England disebabkan minyak punyer hal.
Wales ngan N. Ireland dah ready nak kluar dr UK sbb Scotland dan England nak form satu negara baru. Mungkin Scengland disebabkan Scotland bodoh nak uruskan minyak sendiri. England terpaksa berbaik sbb Scotland banyak minyak.
Sampai bila hasil mahsul kene sedekah kat semenanjung bah? Sampai matahari meletup ka??
Catat Ulasan