Khamis, 12 September 2013

PECAHNYA TEMBELANG JALUR TEMBERANG


SEKALI LAGI
SANG SAKA MERAH PUTEH

Hishamuddin Rais pertahan Sang Saka Malaya
Jika anda tertanya-tanya mengapa rekaan bendera Singapura, Indonesia, Umno dan PAS pada tahun 1950-an menggunakan motif merah dan putih, kemungkinan besar ia berpunca dari satu bendera kuno mewakili kepulauan Melayu atau Nusantara.

Menurut aktivis politik Hishamuddin Rais, yang pernah menulis panjang lebar berhubung perkara tersebut sejak sedekad lalu, motif merah dan putih tersebut digelar Sang Saka, yang juga menjadi asas bendera Umno.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada minggu lalu, Hishamuddin berkata beliau percaya bahawa atas dasar itulah Sang Saka perlu digunakan sebagai bendera kebangsaan.

"Bendera sedia ada tiada asas sejarah. Ia hasil satu pertandingan di mana orang tersebut mengasaskannya dari Star Spangled Banner Amerika Syarikat,” kata Hishamuddin.

Bendera tersebut direka pada 1950 orang seorang penjawat awam Mohamad Hamzah yang dipilih sebagai bendera Malaya melalui undian umum dalam akhbar The Malay Mail.

Ia kemudiannya dinamakan sebagai Jalur Gemilang pada 1997.

seterusnya..


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://2.bp.blogspot.com/-SLWOEg1-2Zg/Ui2Cs_DkM8I/AAAAAAAAZg8/OOAipN3f5mE/s1600/rosieomah1.jpg

Kau tengok jawapan budak-budak sekolah ni.

Ibu negara Malaysia = Puan Rosmah.

Kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Nanti kalau aku ada rezeki bernikah,dapat anak lelaki,aku nak nama kan anak aku tu Hiishamuddin Rais boleh tak Isham?, kahkah..pandai bodek jugak aku ni rupanya..

DDKB berkata...

Adjust sikit nama anak tu.....Tishamudin Tais......TT........hehehehehehehee.....TAJIMUDIN TAIS PUN BOLEY....MENAJI JE KEJE DIO......hehehhe