Khamis, 19 September 2013

TEATER BILIK SULIT - SATU JEMPUTAN


MALAM INI
NOW SHOWING
DATANG MALAM INI


CERITANYA
semua bermula 
dalam gelap
ketika jiran sedang tidur
ketika bumi dibuai mimpi
tapak kaki menapak keras
 pintu ditendang
maka bermula bilik sulit...

 MENJEMPUT DATANG 
semua warga  untuk melihat
sebuah teater
tentang apa yang berlaku
dalam bilik sulit

APA DIA 
bilik sulit

APA YANG TERJADI
dalam bilik sulit

DIMANA BILIK SULIT 
sampai  hari ini
bilik bilik sulit ini
masih menjkadi rahsia negara

PERJUANGAN 
anak dan isteri
yang menjadi mangsa bilik sulit

JEMPUT DATANG DAN HAYATI
ribuan warga telah melalui bilik sulit
kali ini di teaterkan


BILIK SULIT
DI DEWAN CHINA
KUALA LUMPUR
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

-----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The Election Commission (EC) won’t entertain the opposition’s complaints about 40,000 phantom voters during the 13th general election (GE13) in May as it is too busy, deputy chief Wan Ahmad Wan Omar said.
Malaysia kini dan selamanya kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggesa PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) dan bekerjasama dengan Umno kerana parti Melayu itu sedang dalam keadaan ‘tersepit’ dan boleh dimanipulasi untuk kepentingan Islam.
Menurut kolumnis kontroversi itu, tahaluf siyasi atau kerjasama dengan PKR dan DAP dalam PR tidak akan dapat memperkukuh lagi kedudukan agama Islam di Malaysia kerana kedua-dua parti itu merupakan “penentang Islam”.
“Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu Umno? Umno dahulu berbeza dengan Umno kini. Apatah lagi Umno hari ini berada dalam keadaan tersepit.
“Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang Islam,” katanya dalam tulisannya bertajuk “PAS mesti keluar Pakatan” hari ini.
Ridhuan menyokong cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, mengenai parti itu perlu mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan PKR dan DAP.
“Walaupun PAS kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas dalam soal ini,” katanya.
Menurut Ridhuan, PR tidak boleh menjadi medan dakwah kepada PAS kerana PKR tidak mahu Islam menjadi dasar dan DAP terang-terangan menolak Islam.
“Lihatlah pada cara mereka membela kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam.
“Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana? Semua telah maklum,” katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS.
Menurutnya, BN sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.
"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan Muslim di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya.
Idea kerjasama antara Umno dan PAS bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah dibincangkan selepas Pilihan Raya 2008.
Bagaimanapun ia ditolak oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dengan berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.
"Selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu.
"Tidak ada sesiapa pun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli,” katanya.
Menurut Nik Abdul Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Rayuan saya kepada PAS. Buanglah rasa buruk sangka terhadap Umno. Begitu juga Umno terhadap PAS. Mulakan langkah pertama. Perbincangan kerajaan perpaduan.
“Jika kuasa yang menjadi matlamat, berapakah bilangan kerusi Kabinet yang boleh diberikan oleh Umno kepada PAS. Jika tidak bersetuju, berbincang lagi. Belum pun muktamad. Pokoknya kita mahukan segala keputusan menguntungkan Islam. Biar DAP kecut perut,” tambah Ridhuan yang mengajar di Universiti Pertahanan Malaysia itu.
Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaannya di negeri Kelantan.
Bagaimanapun, ia gagal mempertahankan Kedah yang dimenanginya pada 2008.
Sementara Umno pula meningkatkan bilangan kerusi Parlimen mereka daripada 88 kepada 133 kerusi. – 18 September, 2013.