TANAH
JAJAHAN DAN MODAL
Imperialisma
ialah tahap tertinggi pencapaian sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma ialah
sistem ekonomi yang menggantikan sistem feudal mutlak. Sistem feudal dimana
Raja menjadi wakil Tuhan dibumi justeru
Raja ialah undang-undang yang bercakap untuk Tuhan.
Pada
awal perkembangan sistem ekonomi kapitalis - +500 tahun dahulu - kaum pemodal
yang berkiblatkan keuntungan maksima hanya mendapat untung dari jual
beli dalam negara sendiri. Modal yang terkumpul wajib terus berkembang. Justeru, meluaskan kawasan menjadi akidah.
Tanah jajahan, hasil bumi, buruh dan
pasaran wajib diperluas untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda.
Maka
negara-negara penjajah – semuanya begara feudal saperti Sepanyol, Belanda,
Peranchis, Britain, Itali dan German – mula berligar mencari tanah jajahan.
Sepanyol menjarah Amerika Latin. Belanda
datang ke Tenggara Asia. Peranchis , German dan Itali menaklok Afrika dan Timur
Tengah. Malah Peranchis merayau-rayau hingga ke Indo China. Britain membuka tanah jajahan baru – Amerika Utara,
Canada , New Zealand dan Australia.
Britain
kuasa imperial paling akhir telah berjaya menakluk 53 buah negara – yang kini
menjadi anggota Negara Commonwealth. Hampir tiga suku dari wilayah dunia telah dimiliki
oleh Baginda Queen. Tanah jajahan berselirat dari Kepulauan Caribbean, ke Afrika, ke India hingga ke Tanah Melayu.
Britain negara miskin yang hanya ada
lembu, kambing dan buah apple akhirmya menjadi kaya raya.
England
yang pada awalnya telah menjajah Wales, Scotland dan Ireland akhirnya menjadi
sebuah Empire – The Empire of Great Britain.
Perkembangan menjadi Empire inilah yang ditakrif sebagai
imperialisma - dimana sistem kapitalis
berkembang ke puncak mencari tanah jajahan ke seluruh pelusuk dunia untuk merampok daan menjarah demi keuntungan
maksima.
Sejarah
kapitalisma berterusan. Perang dunia pertama ialah perang merebut wilayah di
Eropah. German yang kalah dalam Perang Dunia Pertama dipaksa membayar ufti
kepada Britain dan Peranchis. Kaum pemodal Itali tidak dapat berkembang. Jepun dipinggir dan dikepong.
Fakta sejarah menunjukkan bagaimana British, yang menjajah Tanah Melayu telah menghalang getah dari Tanah Melayu dari
dapat dibeli oleh Jepun. Semua ini
membawa perang Dunia Kedua.
Perang
Dunia Kedua mengubah semua ini. Punca Perang Dunia Kedua ialah perebutan wilayah tanah-tanah jajahan. Kuasa kolonial Barat pada ketika itu sedang
rebut merebut tanah jajahan. Kaum pemodal membantu kerajaan feudal yang
berkuasa untuk mendapatkan wilayah baru,
konsesi hasil bumi dan pasaran. Dunia dipecah dan diagih-agih macam membelah buah tembikai.
Sesudah
Perang Dunia Kedua – The Empire of Great
Britain runtuh. Great Britan
tidak lagi GREAT. Satu demi satu negara tanah jajahan menuntut merdeka. India penyumbang besar ke saku Baginda Queen
mula bangun melawan. Bhagat Singh telah mengangkat senjata melawan Baginda
Queen. Di Kenya penjajah British telah dibedil
oleh gerakan Mau Mau. Di Tanah Melayu sejarah telah membuktikan bagaimana
Britain terpaksa mengundur diri kerana pejuangan bersenjata Parti Komunis Malaya.
United
States of Amerika yang masuk ke kancah
Perang Dunia Kedua di tahun-tahun akhir perang
hampir dalam keadaan selamat. Pukulan
hebat menentang kaum fasis dan Nazi Hitler telah dilakukan oleh Russia. Hasilnya 20 juta
rakyat Russia gugur. Dalam suasana inilah Amerika Syarikat muncul untuk mengambil alih kuasa imperial dari Britain. Sesudah Perang Dunia Kedua – Amerika muncul sebagai kuasa imperialis
terkuat.
Bentuk
penjajahan yang dibawa oleh Amerika Syarikat ini tidak sama saperti yang telah
dilakukan oleh kuasa kolonial lama – Sepanyol, Belanda atau Inggeris. Jangan kita lupa bahawa Amerika Syarikat juga memiliki tradisi menentang penjajah. Rakyat
Amerika ada sejarah mengangkat senjata melawan Old Mother England.
Justeru sesudah Perang Dunia Kedua dunia mula mendengar Amerika melaungkan nada ‘anti-penjajah’ dan ‘anti-kolonial’.
Tetapi
awas! Kesampaian kuasa imperialis baru ini jelas lebih ganas dan brutal. Negara yang mula dijajah oleh Amerika
ialah wilayah jiran tetangga –wilayah dibelakang rumah. Mexico jatuh ke tangan Amerika. Ini diikuti oleh semua negara di
Amerika Latin yang terus menjadi koloni
Amerika – kecuali Cuba yang membebaskan diri pada tahun 1959.
Dengan
nada anti-penjajah dan anti kolonial – imperialis Amerika menjaja
apa yang mereka panggil
DEMOKRASI. Ke hulu ke hilir – dari Amerika Latin ke Afrika dan ke Asia - imperialis Amerika memukull gendang menjual demokrasi.
Apa
dia DEMOKRASI yang dijaja oleh Amerika
ini? Demokrasi dalam erti sebenarnya ialah
membuat keputusan mengikut suara ramai - suara majoriti. Segala
keputusan dibuat dengan merujuk kepada suara ramai. Suara ramai ini diperlukan
kerana suara majoriti dilihat berkeupayaan untuk mewakili kepentingan ramai.
Inilah asas demokrasi.
Disini
para pembaca jangan silap faham. Demokrasi yang dijaja ke hulu ke hilir oleh
Amerika itu sebenarnya ialah sistem ekonomi kapitalis. Demokrasi dari Amerika tidak ada sangkut paut
dengan suara majoriti. Demokrasi yang dijaja oleh Amerika hanya topeng untuk
menjaja sistem ekonomi kapitalis.
Negara-negara
yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis TIDAK berani dan tidak pernah mengakui bahawa negara itu menggunakan
sistem ekonomi kapitalis. Pemimpian negara kapitalis berselindung dibelakang
demokrasi, dibelakang dagangan bebas atau dibelakang free market. Negara pengamal
sistem kapitalis ini tahu bahawa sistem ekonomi kapitalis ini adalah satu
sistem ekonomi yang menindas.
Sistem
ekonomi kapitalis ini terbukti jahat dan ganas. Sistem ini berkiblatkan
keuntungan maksima. Keuntuangan yang diraih oleh sistem kapitalis adalah hasil
perahan tenaga buruh paksa – abdi - atau
buruh murah. Justeru negara kapitalis ini menyamar, bertopeng dan memakai jubah demokrasi.
Kuasa
imperialis Amerika amat brutal. Di Vietnam perang dilancarkan atas nama mengembang demokrasi. Sebenarnya menghalang keinginan
rakyat Indo-China bebas merdeka dari penjajah Peranchis. Perang Vietnam
1955-1975 meragut nyanya lebih dari 3 juta rakyat Vietnam. Dan 59,209 soldadu Amerika gugur.
Di
Amerika Latin ramai jeneral dan kolonel
dari junta tentera telah dinobatkan sebagai Presiden. Rampasan kuasa diatur oleh CIA untuk
memastikan rejim-rejim ini semuanya berkiblat ke Rumah Puteh dan mengamalkan
sistem ekonomi kapitalis.
Contoh
terbaik berlaku di Chile apabila
Presiden Allende telah menang dalam pilihan raya umum. Presiden
Allende yang pro rakyat ini telah
digulingkan pada 9/11 1975. Pekara yang sama juga telah dilakukan kepada nasionalis Bung Karno pada tahun 1965. Di Chile General Pinochet telah menjadi barua
Amerika manakala di Indonesia General Suharto telah dinobatkan melalui rampasan
kuasa yang dirancangan oleh CIA.
Rejim-rejim
militer dan junta tentera yang dinaikkan keatas tahtha akan menjadi budak
suruhan setia kepada kuasa imperialis
Amerika. Rejim-rejim ini akan memastikan kaum pemodal Amerika dari syarikat perlombong
logam, syarikat cari gali minyak dan gas, bank, syarikat tembakau malah syarikat buah pisang Amerika
juga akan dapat konsesi wilayah. Pelaburan ekonomi
kapitalis Amerika akan dipastikan mendapat keuntungan maksima.
Untuk
menjaga Empire dan tanah jajahan ini – kuasa imperialis Amerika memerlukan bala
tentera yang besar. Sama saperti Kerajaan Rom Kuno – tentera adalah alat
terkuat untuk memastikan emas, perak dan
harta kekayaan sampai ke Rom.
Hari
ini angka resmi menunjukkan ada lebih
dari 1000 buah pengkalan tentera Amerika di 63 buah negara dalam dunia ini.
Pegawai tentera Amerika juga ada beroperasi
secara terangan di 156 buah negara.
Data tahun 2002 menunjukkan ada 255,065 soldadu Amerika sedang bertugas
dipengkalan tentera Amerika ini diseluruh dunia.
Lalu
timbul persoalan – jika kuasa imperialis
Amerika bagitu kuat kenapa perlu Barack Hussein Obama datang ke Kuala
Kumpur pada 10 Oktober ini?”
Sebelum
menjawab soalan itu marilah kita memahami bahawa sebelum Obama datang ke Kuala
Lumpur, Najib Razak telah pergi lebih awal ke Amerika. Bukan kah Najib pergi ke Amerika itu untuk
berucapa di PBB? Betul. Najib berucap di
PBB itu hanyalah wayang. Di PBB Najib cuba melamar agar Malaysia menjadi anggota Majlis
Keselamatan. Ini angan-angan Najib.
Kita
lupakan angan-angan Najib ini. Kita
lupakan juga bagaimana dunia ketawa apabila Najib salah masuk ke Pejabat Tweeter atau tersilap pejabat. Bukan suwey Najib yang
perlu kita bincangkan disini. Apa yang penting ialah Najib telah berucap di
hadapan ahli CFR. Jangan silap, Najib bukan berucap dihadapan KFC
tetapi di CFR. Apa dia CFR ini?
CFR
ialah Council on Foreign Relations – sebuah badan pemikir yang menerbitkan
majalah bulanan bernama Foreign Affairs. Badan ini beribu pejabat di New York. Sekali pandang CFR ini
sama saperti beratus-ratus ‘think-tank’ dan kumpulan Ngo pelobi yang bergerak di Washington DC atau di New York.
Tetapi
dalam hal CFR ini jangan sesekali silap baca. Jangan sesekali salah anggap
tentang apa sebenarnya badan ini. CFR adalah
badan pemikir yang ulung. Memikir dan berfikir untuk kepentingan kaum pemodal
Amerika. CFR ini juga berfikir dan
berstrateji untuk kepentingan kaum zionis antarabangsa. Badan inilah yang
memikir dasar dan arah tuju kuasa Empire Amerika. Ahli-ahli dari CFR ini jugalah yang
memunculkan apa yang kini dikenali sebagai PNAC – Projek for The Newa American
Century atau Projek Alaf Baru untuk
Amerika.
Tetapi
Najib bukan seorang ahli fikir. Justeru apa
sumbangan idea yang boleh di
berikan oleh Najib kepada para pemikir di CFR?
Persoalan akan dijawab minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03-92-21-10-45
5 ulasan:
Kita wat demo....
Najib dan Budak Zahid tu akan kelentong Obama bagitau yg demo tu puak2 Anwar yang buat...so...ingat2lah impact dari demo tu...aku xsuka demo...lebih baik layan boikot sendiri-sendiri pun xper.Dah lama aku boikot Astro,Maxis dan terkini PETRON kerana hubungan mereka dengan Mahathir from Kochi...
Kita belum merdeka ...dan masih dijajah..meereka pon jajah kita..
Oooo bam arr tak jadi datang!
KUDOS u olls!!
Kata dah kansel tak datang.
"Sistem feudal dimana Raja menjadi wakil Tuhan dibumi justeru Raja ialah undang-undang yang bercakap untuk Tuhan"
ceh tt! kau selalu heboh, rajagopal berak cangkung makan tanggung takde buat kerja apa2.
aku baru tengok kat berita tv tadi dengan matakepala aku sendiri, raja selangor terbongkok2 bukan mencangkung, dok kaut tanah guna penyodok sedangkan oranglain termasuk yg jemput dia bukan mb selangor ke majlis tu, dok sibuk berborak sesama sendiri (agaknya depa tak sampaihati tengok dia buat kerja kot, atau mungkin segan nak pandang arah punggung dia yg sedang tertonggeng tu)... sian dia berpeluh2 wooo!
jadi kau kena tarikbalik kata2 kejam kau tt kahkahkah
-average joe-
klakka-la.blogspot
Catat Ulasan