THE EMPIRE OF UNITES STATES of AMERICA
The US army has extended its military
might to every continent except Antarctica. A Pentagon report in 2007 said
there that while thirty-nine countries host only one military base, one hundred
and forty countries contain more than one.. According to another report
prepared by the Congress, the total number of the overseas bases is eight
hundred and fifty. Including the bases within the US, the total number of
military bases reaches 5300. (
dipetik dari World Bulletin)
Saya
telah menulis tentang kekuatan bala tentera Amerika Syarikat. Ini bertujuan
untuk membuktikan bahawa Amerika Syarikat kini adalah satu Empire yang memiliki
koloni atau tanah jajahan diserata pelusuk dunia. Amerika hari ini telah menjadi
kuasa dunia yang mutlak. Berakhirnya Perang Dingin – Amerika muncul sebagai
satu kuasa dunia – dunia tidak lagi terbagi kepada dua. Hanya satu untuk
Amerika.
Pada
hari ini terdapat 850 pengkalan tentera Amerika di 140 buah negara dalam dunia
ini. Jika dicampurkan dengan pengkalan dalam negeri maka hari ini Empire Amerika memiliki 5300 pengkalan
tentera – udara, laut dan darat. Waspada, ini belum termasuk pengkalan-pengkalan senjata nuklear yang masih
dirahsiakan kedudukannya.
Bala
tentera ini dipasang berselirat diserata pelusuk dunia hanya dengan satu
tujuan. Soldadu dan pengkalan tentera ini akan memastikan kepentingan ekonomi
Amerika akan dijaga. Kepentingan ekonomi Amerika TIDAK akan diganggu gugat.
Bala tentera ini akan mengawal
keselamatan bahan-bahan mentah dari serata dunia untuk masuk ke Amerika.
Bala
tentera ini akan memastikan telaga minyak, telaga gas dan segala macam lombong logam akan terus beroperasi
untuk perjalanan sistem ekonomi kapitalis bukan sahaja di Amerika tetapi untuk
seluruh dunia. Tentera dan soldadu ini
juga memastikan pelaburan Amerika – bank, syarikat insuran, Koka Kola, Mek Dogal,
Kentuki Fried Fak dan juga saham-saham pemodal Amerika di bursa saham diseluruh dunia akan selamat membawa
keuntungan.
Satu
lagi tugas bala tentera Amerika ini – samalah saperti peranan penjajah British
di Tanah Melayu dahulu – untuk memastikan ‘ running dogs atau budak suruhan’
mereka akan selamat dari dihumbankan
oleh gerakan rakyat. Rejim tempatan yang berkiblat ke Rumah Puteh akan
dipupuk dan dibajai.
Rejim
tempatan amat jarang mendapat sokongan majoriti rakyat saperti rejim Najib
Razak yang hanya mendapat 47% sokongan rakyat. Rejim saperti ini akan dibela
dan beri kelengkapan senjata terbaru.
Pakistan , Kuwait, Turkey, Saudi,
Israel, Indonesia, Mesir semua mendapat bantuan senjata dari Amerika.
Rejim-rejim ini pula akan memasti kepentingan ekonomi kaum pemodal Amerika dan
antarabangsa selamat dikawal rapi.
Tanah-tanah
jajahan ini akan menjadi sumber galian
dan bahan mentah yang amat-amat diperlukan untuk menjana sistem ekonomi
kapitalis. Warga di tanah jajahan akan
menjadi sumber buruh. Dalam masa yang
sama tenaga buruh dan rakyat ditahan jajahan ini juga akan menjadi
pasaran dimana barang konsumer buatan Amerika dan syarikat multinasional akan dijual. Justeru kita melihat Giant,
Tesco, Apple, Shell, Levis dan dan
sedang giat membuat untung dalam negara kita.
Dalam
Empire Amerika jika ada pemimpin
sesebuah negara tidak menunjukkan
kesetiaan, atau berani melawan towkay, atau
degil tidak mengikut arahan atau
menggangu pengaliran keuntungan kaum
kapitalis maka Si Polan ini akan dijatuhkan. Patrice Lumumba nasionalis dari Congo dibunuh pada tahun 1961. Pada tahun 1965
CIA melakukan rampasan kuasa di Jakarta dan Bung Karno ditangkap. Pekara yang
sama terjadi kepada Salvador Allende
dari Chile yang dibunuh pada tahun 1973. Yang berlaku kepada Saddam Hussein dan Muammar Gaddafy
hanyalah pengulangan sejarah.
Mana-mana
negara yang cuba bangun merdeka dan tidak mahu mengikut terlunjuk Amerikas akan
diserang. Cuba, Nicaragua, Panama,
Afghanistan, Iraq hanyalah contoh-contoh dimana bala tentera dan senjata
Amerika telah digunakan untuk mendirikan rejim yang pro-Amerika.
Manakala
di Syria dan di Iran – projek untuk menjatuhkan rejim sedang berjalan. Empire Amerika sedang berkomplot dengan ‘
running dogs’ mereka saperti negara Saudi dan Qatar dalam usaha mendirikan sebuah kerajaan pro-Amerika di
Syria dan di Iran. Semua ini adalah
ciri, pola dan perangai sebuah empire – The Empire of United States of America.
Inilah
lojik Empire. Lojik ini juga telah dilakukan oleh Empire yang terdahulu dari Empire
Amerika. Iskandar Zulkarnain telah merentas Eropah , Afrika hingga ke
Asia. Iskandar telah menawah Selatan
Eropah, Mesir, India, Parsi dan Turkey. Akhirnya Empire Greece ini hancur.
Kublai Khan dari Mongolia telah menawan
China hingga ke Eropah. Hakikatnya
Kublai Khan telah menakloki hampir
satengah muka bumi ini. Napoleon dan
Hitler juga telah berjaya menaklok satengah wilayah dunia. Ottoman Empire dan British Empire adalah
contoh dimana dalam masa kurang lebih 200 tahun empire bangun dan
gah berdiri – liked the sun never
set on the British Empire.
Tetapi
sesudah 200 tahun berkuasa semua Empire
ini dari zaman Rome ke Ottoman hingga ke
Empire British – semuanya wafat. Satu demi satu Empire ini runtuh terkambus dalam sejarah. Hari ini Empire ini telah meninggalkan bahan
sejarah, kitab-kitab kuno, artifek-artifek untuk jadi bahan kajian sejarah tamadun dan keilmuan umat manusia.
Pemikir
dari Amerika hari ini mendabik dada dengan konsep ‘ American Exceptionalism’
– atau Kelainan Amerika. Para pemikir dan intelektual kanan yang menyokong sistem ekonomi kapitalis ini mengajukan
satu teori bahawa Empire Amerika ini berlainan
dari Empire Kublai Khan, dari Empire Rome, dari Empire Ottoman atau pun dari
British Empire.
“
We are different – kami
berlainan dari Empire yang terdahulu”. Lalu persoalan
timbul: Betulkah Empire Amerika ini lain
dari yang terdahulu?
Para
pemikir Amerika mengajukan kelainan ini berasaskan bahawa sejarah dan negara Amerika lahir dari revolusi
angkat senjata. Amerika menyokong dan
menyebarkan demokrasi, menyokong kebebasan, menyokong hak individu, menyokong
kesamaan dan Amerika ialah sebuah Empire yang popular. Berlandaskan asas ini Empire Amerika pula menyokong dan mengajukan
perdaganan bebas - free trade. Inilah asas teori
Americam Exceptionalism atau
Kelainan Amerika.
Jika
kita membaca teori ini sepintas lalu, atau membacanya sambil lewa mungkin kita akan
mengangguk kepala. Tetapi jika dikaji rapi
jelas teori ini samalah saperti hujah:
Mencari Prester John - yang hilang di Asia Afrika. Mencari Padri Mat Salleh yang mistik ini dijadikan alasan
oleh para penjajah Kulit Puteh untuk menghalalkan mereka masuk ke dalam benua Afrika dan Asia untuk menjarah dan merompak. Atau para
kolonialis datang ke Asia, Afrika dan
Latin Amerika untuk membawa pencerahan dan tamadun kepada ‘ orang-orang liar’
yang telanjang bogel yang sedang berkeliaran
tanpa tamadun.
Apa
pun tujuan yang cuba dinobatkan. Sama ada untuk mengIslamkan, untuk
mengKristiankan, untuk membawa pencerahan, untuk membawa tamadun, untuk
menyebar ajaran Tuhan – dibelakang hujah ini ialah mencari harta kekayaan dan
keuntungan. Di belakang semua ini semua
pendatang asing datang untuk berniaga.
Tidak
ada perbezaan diantara Empire Iskandar Zulkarnain dengan Empire Kublai Khan
dari Mongolia. Tidak ada perbezaan antara Empire British dengan Ottoman dengan
Empire Amerika yang kita lihat hari ini. Asas dan ciri-ciri yang sama dapat
dilihat dari Istana Nero di Rome ke
Istana Baginda Queen hingga ke Rumah Puteh
di Washington DC.
Semua
Empire memiliki persamaan. Tetapi dalam
masa yang sama Empire Amerika ini memang ada satu kelainan. Di zaman Iskandar Zulkarnain cara dan teknik
perhubung agak sulit. Surat di hantar
berbulan-bulan baru dijawab. Bagitu juga di zaman Empire Rome – kesampaian
Ceaser ke Iskandariah hanya diketahui di Rome berbulan kemudian.
Alfonso
de Albuquerque datang menaklok Melaka 6 bulan kemudian satelah mendengar apa yang
berlaku keatas Diogo Lopes de Sequeira.
Alfonso wajib menunggu perubahan angin untuk kapal perangmya datang berlayar.
Hari
ini semua ini sepontan. Ketika Barack Hussein Obama membuat kenyataan membatalkan lawatannya ke
Kuala Lumpur jam 4: 30 petang. Pada jam
5:00 petang - satengah jam kemudian - blok Tukar Tiub telah melaporkan berita ini untuk bacaan seluruh dunia.
Apa
yang ingin dilakar disini ialah pada ketika ini teknoloji tercanggih telah membantu
Empire Amerika untuk menjajah seluruh
dunia. Teknoloji inilah satu kelainan
yang amat besar berbanding dengan empire yang terdahulu. Dengan bantuan teknoloji – pemikir terbaik
Amerika telah merancang untuk melakukan pekara yang terjahat. Senjata pemusnah
alam telah direka. Dalam sejarah dunia tidak pernah ada satu
kuasa yang memiliki kekuatan sama
saperti yang dimiliki oleh kekuatan
tentera Amerika sekarang.
Jusateru,
lawatan Obama ke Kuala Lumpur itu
samalah saperti lawatan Baginda Queen Elizebeth setiap kali adanya Persidangan
Komonwealth. Barack Hussein Obama datang
ke Bali dengan tujuan untuk menayangkan diri kepada ‘budak-budak suruhan’ bahawa Empire Amerika akan terus mengambil
tahu apa yang sedang berlaku di Asia Tenggra. Dan jangan risau.
Saperti
Ceaser di Rome yang datang melawat Iskandariah,
Barack Obama juga ingin sesekali
ingin melihat tanah jajahan dan mengenal
siapakah budak suruhan yang sedang bertugas
di Kuala Lumpur, di Jakarta atau di Bangkok. Sabenarnya semua ini hanyalah
untuk media dalam usaha mengolah persetujuan orang ramai untuk menerima teori Kelainan Amerika ini membawa kemakmoran kepada
umat manusia.
Empire
Rome runtuh, Empire Arab di Sepanyol runtuh, Empire Napoleon runtuh. Empire Baginda Queen juga runtuh. Lalu timbul persoalan – Apakah Empire Amerika
ini juga akan runtuh? Sila tunggu minggu
hadapan untuk jawapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03- 92-21-10-45
----------
5 ulasan:
Lawan imperialisme Amerika,habis-habisan!!!!
sang pencerah datang bawa pencerahan :)
tamarod amerika bermula
hiway dikepong
hidup truckers!!!
Aku malas nak baca dah...pening duit habis byk raya esok..apapon boikot harga brg naik.....rakyat tolonglah diri sendiri.....kah kah kah.....
Tanpa amerika....beli beras...masuk kuali..isi air...cuci....isi air lagi...lap keliling kuali dengan tuala di pinggang...masuk rice cooker...tunggu 20 minit masak...makan dengan daging masak merah...puuuhhh...lepas tu kena pulak gudang garam kat tandas......bahagia nya hidup.....
Dengan adanya amerika.....proses sama sampai nasi masak....lepas tu...isi air lagi nasi tu bagi sejuk....gaul.....lepas tu bagi babi makan.....hisap rokok sambil tengok babi makan....seronok tak terkira.....SEWEL LAGI MENYEWELKAN....itulah perkerjaan anjing limpas/lalu or tasu doh manangkus/running dog in kadazan.penat penat masak nasi..last last bagi babi makan.......pukimak punya mahathir.
Catat Ulasan