Khamis, 17 Oktober 2013

DI LUAR NEGARA PUN NAK KONTROL






KENYATAAN MEDIA
16 Oktober 2013

JANGAN KONGKONG FIKIRAN MAHASISWA MALAYSIA DI LUAR NEGARA

Saya dimaklumkan satu emel yang dikatakan telah dihantar oleh seorang Penasihat Pelajar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada para mahasiswa/i Malaysia di Australia bersempena satu program Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN. Isi kandungan emel ini, jika sahih, "menasihatkan" mahasiswa/i dibawah program biasiswa JPA agar menghadiri program Anwar di Adelaide Festival of Ideas bertajuk "Dissent and Democracy: an Audience with Anwar Ibrahim".

Di sini saya ingin meminta penjelasan dari pihak JPA dan khususnya JPA Advisor Office, Consulate of Malaysia di New South Wales apakah benar emel ini telah dihantar oleh pegawai berkenaan?

Jika benar, insiden ini membawa implikasi besar terhadap kebebasan akademik mahasiswa/i yang dihantar untuk belajar di luar negara.

Mengapa emel yang ditulis sebegini rupa, yang lebih berbentuk "ancaman" dari "nasihat", perlu dihantar? Adakah ia sebahagian dari Standard Operating Procedure JPA?

Jika benar emel ini dihantar, golongan 'moderat' dan 'progresif' dalam parti United Malays National Organisation (UMNO) perlu menjelaskan pendirian mereka. Mengapa UMNO membenarkan budaya mengongkong minda mahasiswa/i menular sebegini rupa, khusus apabila sesuatu aktiviti itu melibatkan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat terutamanya pimpinan tertinggi?

Jika emel ini benar telah dihantar, maka jelas kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran UMNO-BN teramat paranoid dan terancam dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim hingga mahasiswa/i pun menjadi sasaran ancaman.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

----------

2 ulasan:

Kakadu Malay berkata...

KONTROL, jangan tak kontrol.

Kawal serapi mungkin, kemas-kemas, semakin ramai makan cakap golongan UMNO, makin senang nak dibodohkan.

Tanpa Nama berkata...

Di luar negara pon nak kontrol..? Kah kah kah...pru 14 dah menjelang...brim tak dpt lagi...barang makin mahal..samalam kena murtad.kah kah kah..ada lagi tak lembu korban..
? Takde dah yg ni lembu murtad ...cina siam bela..ko nak ke...? kah kah kah.