NAJIB HANYA TUNGGU MASA
Perarakan anti TPPA
di Kuala Lumpur hari ini -
JAM 2:00 PETANG
KUMPUL MASJID KLCC
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan protes di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur hari ini bagi membantah Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dengan perarakan akan bermula dari Masjid Kuala Lumpur City Center (KLCC) selepas solat Jumaat.
Protes tersebut diadakan sempena lawatan Setiausaha Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang menghadiri Persidangan Puncak Keusahawanan Global Ke-4.
Perhimpunan membantah TPPA itu sekali gus dilihat memperlekehkan amaran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang protes semasa kehadiran kali pertama Kerry ke Malaysia.
Badrul Hisham berkata, protes tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menghalang kerajaan untuk menandatangani perjanjian TPPA yang disifatkan memperdagangkan negara pada AS.
Antara persoalan yang ditimbulkan pada ceramah itu ialah berhubung kerahsiaan rundingan kandungan TPPA yang enggan didedahkan kerajaan.
Anwar dalam ucapannya berkata, beliau tidak akan sesekali menyokong perjanjian yang disifatkan sebagai tidak adil kepada negara dan boleh memberikan kesan buruk kepada rakyat.
Sementara itu, Husam turut menyeru semua ahli PAS untuk bersama berarak menyokong protes anti TPPA hari ini.
"Semangat menentang itu adalah perkara yang baik bagi jangka masa panjang dan kita tidak akan sesekali membenarkan kedaulatan negara kita dijual," katanya. – 11 Oktober, 2013.
GASAK SAMPAI TERBURAI
adalah salah satu cadangan
dari amerika melalui
BANK DUNIA
--------
2 ulasan:
Tindakan tegas akan diambil pd siapa yg tak pergi solat jumaat....apapon sembahyang dulu.....stop tppa dan kutty
Adakah mlaysia akan tergadai.? Lu toksah bimbang sbb baru gadai ma...buleh tebus surat ma...
Catat Ulasan