Khamis, 10 Oktober 2013

MAT MONGOL MINAT K-POP


YANG MINAT K-POP NAJIB
slim rambut panjang
macam ziana zain
macam arwah altantuya
RM1.6 juta K-Pop : Ahmad Shabery Perlu Jawab dan Bertanggungjawab

Respon yang diberikan oleh Ketua Audit Negara  Ambrin Buang berhubung perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan konsert K-Pop tahun lalu jelas membuktikan bahawa kerajaan menerusi menterinya  Ahmad Shabery Cheek ketika itu cuba bermain silap mata bagi mengaburi rakyat daripada fakta sebenar.

Bagaimana Ahmad Shabery boleh mendakwa bahawa RM1.6 juta tersebut dibayar oleh penaja konsert melalui penyaluran ke dalam akaun Majlis Sukan Negara sedangkan Ambrin menerusi laporan audit membuat kenyataan sebaliknya? Bahkan menteri yang baru di Kementerian yang sama pada tahun ini, Khairy Jamaluddin turut mendakwa bahawa sejumlah RM1.6 juta tersebut terpaksa akhirnya dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan?

Saya fikir jumlah RM1.6 juta ini merupakan jumlah yang besar dan jika ianya disalurkan untuk aktiviti dan insentif berbentuk biasiswa atau bantuan pengajian, manfaatnya lebih besar dapat dinikmati oleh generasi muda dan belia hari ini.

Kenyataan yang tidak telus seperti ini hakikatnya akan menghakis keyakinan generasi muda terhadap kemampuan kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan. Orang akan mula bertanya khususnya golongan anak muda dan belia, apakah lagi alasan yang akan dikeluarkan oleh menteri untuk dijadikan helah demi menyembunyikan fakta-fakta pembaziran dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan.

Lebih malang lagi, tujuan konsert K-Pop yang dijalankan pada waktu itu juga boleh dipertikaikan, apakah manfaatnya kepada anak muda. Apakah ianya benar-benar dapat memberikan input kepada mereka atau sekadar 'gula-gula' UMNO/BN untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

RM1.6 juta merupakan wang rakyat. RM1.6 juta ialah amanah rakyat. RM1.6 juta melibatkan hasil keringat rakyat yang terpaksa berkerja siang dan malam dalam suasana ekonomi negara yang amat menekan. RM1.6 juta inilah yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk membawa masuk persembahan artis K-Pop yang hakikatnya mudah sahaja didapati menerusi capaian internet dan media baru pada hari ini tanpa memerlukan kos yang tinggi. Bahkan diputar belit pula fakta kos penganjurannya oleh menteri.

Saya mendesak, Ahmad Shabery perlu jawab dan bertanggungjawab!

Kenyataan media oleh,
SUHAIZAN KAIAT
Ketua Pemuda PAS Johor

----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini barulah betol ketua pemuda pas..... bukan macam ketua pemuda pas yg sekor lagi turrrr...

Tanpa Nama berkata...

Aku nak yg berdiri tengah..skrg semua kena main ngan kutty ... Kutty pop yeh yeh..awas la semua... mydin ni dah mengganas ..dialah punca tahi menjadi buku...madey kutty lah punca berak kena cukai...mamak kutty lah punca org sembelit..bila shit tak boleh keluar..haram jadah..lagi satu nak tanya...sebelum ros dientot...sapa dia punya rumi..hang takkan taktau sekampung dgn hang...terjah

Tanpa Nama berkata...

Kalo nak membodohkan semua rakyat Mesia termasuk cina dan india sekali, Shabery boleh cakap begini jer..

"Kita kene berbalik kepada Allah Taala.. semua itu ketentuan Allah Taala.. harga K-POP memang 1.6 juta pun..kahkahkah.."

Sure 1Malaysia termasuk Ulamak2 PAS sekali menjadi bodoh dungu dan serta merta menyalak mcm siamang..hukhukhuk!!!

Tak percaya, lu boleh cuba Shabery.. nak membodohkan orang melayu, cina dan india, cukup senang! Sebut alhamdulillah, sebut api neraka, sebut umrah.. sumer mcm kene candu.. langsung terus melancap..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Bila kutty pop ni nak dtg lagi?.aku nak derma singgit...kuranglah sket belanja..