Kenyataan Media Ketua Pemuda PAS Johor
Saya mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin atas kemenangan beliau bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan baru-baru ini.Khairy menyifatkan kemenangannya sebagai kemenangan kumpulan progresif dalam UMNO. Tentunya kemenangan Khairy tidak disenangi oleh kumpulan konsevatif dalam UMNO yang lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada. Saya sedang menunggu komen Tun Dr Mahathir yang pernah menyerang peribadi Khairy suatu masa dahulu.
Kemenangan monopoli 189-0 yang diperolehi Khairy seolah-olah memberikan gambaran bahawa pemuda UMNO kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.
Kesannya nanti, pemuda UMNO bakal menyaksikan kekurangan suara kedua yang akan menjadi semak imbang dalam pemuda UMNO itu sendiri pada masa hadapan.
Bahkan, kegagalan menyatakan hujah serta misi perjuangan dengan jelas oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan baru-baru ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa bakat kepimpinan pemuda UMNO kian pupus. Keadaan ini lantas memberikan kelebihan kepada Khairy untuk menang borong kesemua undian 189 berbalas 0.
Walaubagaimana pun sama ada pemuda PAS atau pemuda UMNO, sama ada pemuda PR atau pemuda BN kita berhadapan dengan tanggungjawab membangunkan anak muda Malaysia yang bakal memimpin negara satu masa akan datang. Marilah kita memposisikan pemimpin anak muda berbakat untuk kemajuan negara.
Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda PAS Johor
--------
4 ulasan:
Mmmm ... tertanya jugak. siapa ketua pemuda PR dan siapa ketua pemuda BN. Ada ke?
pada ahli pas, sila lihat apa yang akan berlaku diKelantan...
http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/10/kembang-kuncup-songkok-tinggi-dan.html
Skandal Balak Kelantan
Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!! Gila ka?
Salute Mat Saman Kati! bila nak membesar jadi mat saman kilo???
sila dedahkan pasal lebuhraya rakyat.
Mukriz tak malu ke dengan khairy......muka my preciousss tu tak pandai malu betul.....dengan khairy kalah..ada hati nak main naib presiden...kalau aku jadi pm......semua tempat akan ku bubuh....NO MAMAK KUTTY ALLOWED......sampai ke tempat no semoking aku bubuh spesial sikit....INGAT MATI..INGAT KUTTY.....heheheheeheh...kek masjid aku ubah semua..SEKUTTYLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEKUTTYKAN.......KAKAKAKAKKAKA....baru kamurang jaraaaaaa........
180 berbalas 0 maknanya umno akan mampus tak lama lagi.. ini macam pilihanraya di aprika burundi mana atas gunung kwamabe mabe tak tahu..
Hosni mubarak mesir syria irak pon menang 97% saja... menang 1000 peratus gini maknanya ahli umno orang asli pakai cawat seribu tahun sebelum mesihi tak tahu baca menulis
Catat Ulasan