Jumaat, 1 November 2013

RISIKAN AMERIKA TENTANG NAJIB




KOMENTAR TUKAR TIUB
ttpa ini pekara kecil
yang penting ialah amerika tahu
peranan najib dalam kes pembunuhan altantuya
justeru najib senang diperas ugut
untuk menerima rancangan amerika
termasuk tppa
dan gst

SIAPA DIA
telah dilaporkan 
seramai 35  talipon bimbit
kepala negara telah dipantau oleh cia
ini bukan fitnah
ini bukan tohmah

KENYATAAN MEDIA
31 Oktober 2013

Amerika Syarikat dan Australia perlu hentikan risikan ke atas Malaysia

Rakyat Malaysia malah dunia dikejutkan berita mutakhir dari 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi "STATEROOM" dan turut melibatkan Britain dan Kanada. STATEROOM didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.

Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan ini kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi setelah i Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen dan  Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah megecam tindakan risikan tersebut.

Pada masa yang sama, Putrajaya perlu bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut, oleh sebab ada kemungkinan risikan ini diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). Risikan seperti ini telah pun berlaku, seperti yang dibangkitkan Kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia sebegini telah diguna untuk memintas komunikasi pejabat-pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap.

Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara.

FAHMI FADZIL 
Pengarah Komunikasi
---------

1 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Jangan jangan...waktu anu si najib masuk anu si rosmah waktu pagi dan anu si althantuya waktu malam pun sudah dipintas dengan gelombang CIATAN....kurr..semangat...patutlah waktu anu aku bersambung sama dia..mcm ada suara halus...ciaaaa...ciaaaa....ciaaaa seyang koooo......ini mesti pintasan si CIATAN NI...kimak tul.....terperdaya privasi aku......hehehehehehehee