Jumaat, 13 Disember 2013

BERITA BAIK -TAMBANG NAIK







BEKUKAN SEBARANG KENAIKAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM SEHINGGA 2017

Kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang dilaporkan media bahawa kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan tambang pengangkutan awam mengesahkan lagi dakwaan saya sebelum ini bahawa tahun 2014 bakal diingati sebagai Tahun Barang Naik (BN) 2014.

Saya pernah memberi amaran bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015. Barisan Nasional tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihanraya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018.

Keputusan untuk menaikkan harga barang telah pun dibuat seawal tahun pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tahun 2009 lagi. Malah sejak 2009, PEMANDU dan menteri yang bertanggungjawab, Dato’ Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali. Ini melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain.

Kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana Barisan Nasional takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan PRU13. Namun kini, selepas penyelewengan PRU13 yang mengembalikan Barisan Nasional ke Putrajaya, mereka mengambil kesempatan untuk mula melaksanakan keputusan-keputusan menaikkan harga barang yang telah dirancang selama ini. Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan.

Malangnya, kenaikan-kenaikan ini melibatkan barang dan perkhidmatan ruji (essential goods and services) yang membawa kesan berganda kepada harga-harga barang yang lain. Peningkatan kos tenaga dan makanan utama bermakna kos pelbagai barang dan perkhidmatan lain yang berkait dengannya akan turut naik. Kesan berganda ini sudah tentu mempengaruhi kadar inflasi yang akhirnya menaikkan harga barang secara keseluruhan.

Lebih memualkan ialah apabila sebarang penjimatan yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dari kenaikan harga barang ini akan dibazirkan melalui pembaziran projek-projek besar dan pemberian BR1M yang tidak mengubah kedudukan sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah. Jumlah bantuan yang diberikan melalui BR1M, walaupun menelan hingga RM7 billion, tidak pun dapat membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga yang berturut-turut ini.

Oleh yang demikian, jika Barisan Nasional ingin membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk menaikkan harga barang satu persatu sepanjang tahun 2014 sebelum pelaksanaan GST seperti yang saya dakwa, saya mendesak Barisan Nasional membuat akujanji dengan rakyat bahawa tidak akan ada sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam sehingga tahun 2017.

Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Barisan Nasional kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

12 DISEMBER 2013 

----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK USAH BANYAK CERTA LAGI KENA BUAT MACAM THAILAND NO DEAL YING LUK TURUN.INI YANG TERBAIK.INI DAH TERLAMPAU TERUK SANGAT KALAU NAK BEZAKAN YING LUK THAILAND.RAKYAT SURUH KAMU MEMERINTAH AGAR KAMU DAPAT TURUN HARGA BARANG MEMUDAHKAN RAKYAT TAPI DAH LAH BARANG NAIK HARI HARI KAMU SAPU PULAK HASIL NEGAR TAK CUKUP DENGAN TU KAMU BAGI PULAK BINI ROSMAH TU SONGLAP DUIT NEGAR BELI CINCINLE OERMATA LAH ,NAIK KET LAH.SUDAH LAH NAJIB BERAMBOSLAH DARI OFICE.KAMU DAH TAK LAYAK JADI PEMINPIN.KEBANGKITAN RAKYAT AKAN TIMBUL KAMI MAHU KAMU DIHUKUM PANCUNG DIKHALAYAK RAMAI DAN RAKYAT AKAN MENTADBIR NEGARA.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi ni apa dia pedulik? Dah jadi MP, mentekendarah pun nyaris2 free.. ada elaum MP, naik pi la banyak mana pun.. derang boleh goyang kaki jer..

Ada berani ajak rakyat boikot bayar bil TNB? Ada berani ajak rakyat boikot bayar hutang bank? Ada berani ajak rakyat boikot bayar apa2 bil gomen dan mana2 GLC? Ada berani ajak rakyat boikot semua bank?

Kepala butuh la Pakatan Rakyat.. kalo menang pun, akan jadi mcm BN jugak.. sudah jatuh ditimpa tangga, lari mulut buaya, masuk mulut singa.. kahkahkah..