Gesaan
terakhir untuk turun ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup
Assalamualaikum . Saya Presiden
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) ingin mengesa buat kali terakhir
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama bersolidariti
dalam Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru 31 Disember 2013.
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa himpunan ini bukan untuk menggulingkan
kerajaan tetapi himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap
kenaikan yang menggila barang keperluan rakyat akibat atas alasan
‘memperkukuhkan ekonomi’.
Sesungguhnya kenaikan
harga barang yang begitu mendadak dikala rakyat terhimpit dengan hutang isi
rumah yang tinggi terutama hutang pinjaman perumahan dan pinjaman kereta hasil
dari polisi yang tempang menjerut leher rakyat. Respon pihak kerajaan berkenaan
isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti
memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan. Oleh itu, sekali lagi saya
menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama
rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini 31 Disember 2013 di
Dataran Merdeka.
MUHAMMAD KAMARUL SETAPA
Presiden Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya.
MARI RAMAI RAMAI
BERGULING GULING
----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan