Khamis, 19 Disember 2013

KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT



NOTA
nasib baik maloan ini ingatkan
hampir lupa
tahun baru nak sampai

inilah masanya mengkibarkan
sang saka rakyat
 

Penghina Jalur Gemilang dilucut kewarganegaraan - Senator

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Ahli-ahli Dewan Negara hari ini bersetuju agar kerajaan melucutkan taraf kewarganegaraan mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang termasuk dengan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.

Senator Muhammad Olian Abdullah ketika mencadangkan hukuman keras tersebut berkata, perbuatan menghina bendera negara adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan kerana Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara.

Katanya, motif kumpulan tertentu yang berulang kali mengibarkan bendera Sang Saka Malaya termasuk pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang lalu jelas bertujuan mahu mencetuskan suasana perpecahan dalam kalangan rakyat.

"Motif jahatnya kita semua tahu, jadi setujukah mereka ini kita lucutkan kewarganegaraan," katanya ketika mencelah semasa Senator Datuk Noriah Manaf membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Noriah yang berpendapat perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya adalah bertujuan mahu mengembalikan semula sejarah hitam negara sedangkan dunia sudah mengiktiraf Jalur Gemilang


BENDERA
TANAH MELAYU MERDEKA



KAH KAH KAH

JALUR TEMBERANG 
DI HINA

KAH KAH KAH
LAGI JALUR TEMBERANG
DI HINA

-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa kerat sgn suka Sang Saka ni.. tak sampai 1000 orang pun..dah kecoh satu dunia nak tukar kerajaan.. nak lawan pun x der lendir, ada hati nak menang PRU..selagi SPR ada, BN x risau punyer..walaupun undi tinggal 5%, BN yetap menang majoriti 10 kerusi.. apa nak heran? Menghasut pun x jalan..baik menchakwow jer la..