Akhirnya hanya satu demo 31 Dis di Dataran
Penganjur-penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, akhirnya mencapai kata sepakat bergabung bersama-sama untuk demontrasi pada 31 Disember ini.
Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama kedua-dua kumpulan itu – Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan Gabungan Gerakan3112 hari ini.
“Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru,” menurut kenyataan itu.
Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama kedua-dua kumpulan itu – Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan Gabungan Gerakan3112 hari ini.
“Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru,” menurut kenyataan itu.
KENYATAAN PENUH
Kesepakatan Dicapai, Gerakan3112-TURUN Mewarnai Dataran Merdeka 31 Disember 2013
Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru.
Gabungan Gerakan3112-TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dengan ini bersama dalam perkara-perkara berikut;
1. Menafikan bahawa himpunan yang akan berlangsung pada malam 31 Disember 2013 sebagai 'himpunan guling kerajaan' sepertimana tohmahan pihak tidak bertanggungjawab. Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
2. Menuntut pihak kerajaan;
- Menurunkan segera segala punca kenaikan kos sara hidup.
- Menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada PRU13.
- Menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang berlaku, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat.
3. Mensasarkan orang ramai yang hadir pada malam tersebut masuk ke Dataran Merdeka dan menyatakan protes bantahan di sana.
4. Turut menyelaras beberapa perkara termasuk persediaan pasukan bantuan perubatan, keselamatan dan pasukan peguam perundangan. Talian (sms) hotline019-8013149 disediakan khas sekiranya berlaku tangkapan. Sila sms nama mangsa, nombor IC mangsa dan lokasi mangsa ditangkap / balai yang dibawa.
5. Bagi memudahkan perjalanan himpunan, pihak gabungan mengumumkan tiga spot permulaan 'check point' adalah seperti berikut;
- Sogo
- Masjid Jamek
- Pasar Seni (CM)
6. Peserta himpunan disarankan berkumpul di tiga 'check point' bermula jam 9 malam dan akan mula bergerak ke Dataran DBKL bersama kumpulan-kumpulan besar anak muda aktivis dan mahasiswa pada tepat jam 10 malam. Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan 'check point' bertemu di Dataran DBKL.
7. Gabungan juga menyarankan semua peserta mengenakan pakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan.
Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj. Kami memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman sekiranya diberi laluan sepertimana himpunan rakyat sebelum ini.
Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama, bahawa semua tidak terkecuali terkesan dengan polisi zalim yang diperkenal oleh pemerintah. Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri.
Harapan kami agar himpunan ini menjadi satu signal yang berkesan kepada pihak kerajaan, bahawa rakyat sudah bangkit dan tidak berdiam diri apabila sang penguasa sewenangnya membuli rakyatnya. Rakyat akan buktikan kuasa rakyat itu mengatasi mana-mana kerajaan pemerintah.
Ayuh, bersama rakyat pilih dataran merdeka bagi meraikan tahun kesengsaraan rakyat.
Sekian,
Gabungan Gerakan3112-TURUN
*Kenyataan bersama Gerakkan3112-TURUN
4 ulasan:
kenaikan harga barang dan kos sara hidup? kerajaan mengkhianati janji? ada pemborosan dan ketirisan, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat?
er, ada aku kesah semua2 ni?
aku peduli apa, janji aku dah dapat beli kondo tujuh bilik harga RM110 juta kat New York!
(ulasan oleh Riza Shahriz Abdul Aziz, 36, anak lelaki Rose RM dari perkahwinan terdahulu, juga anak tiri PM Najib)
Bagus jual tanah. Kami sangat setuju. Kami penyokong UMNO setuju apa saja kerajaan buat. Bagus. Kami puas hati kami skong tanah2 di johor dijual kepada singapura. Teruskanlah khidmat anda dengan jujur dan ikhlas untuk menjual tanah-tanah di johor itu. Kami sayang pemimpin kami. Otaknya bijak kerana selalu memikirkan bagaimana nak menjual tanah kepada singapura. Satuuuuuuuuuu Malaysia, Satuuuuuuuuuuuu Malaysia. Terima kasih
musti turunnn...tapi sebagai peringatan nak uLang-uLang...itu dataran bukan MERDEKA...saya yakiN amaT TT lebih tahu dan fahaM haL ini, tapi cuma meLayani kefahaman umuM tentang nama tempat itu...tapi HAKiKAT A'LAL HAQiQAT...ITU TEMPAT TAK MERDEKA, SATU SAAT PUN BELUM....
Nak turunkan harga barang dan perkhidmatan senang aje turunkan kerajaan Umno-BN dengan apa jua cara sekali pun selagi Umno-BN berkuasa selagi tulah harga barang dan perkhidmatan akan naik,naik dan terus naik sampai bila-bila.
Catat Ulasan