Rabu, 22 Januari 2014

PRU13 APA TELAH TERJADI









 MELIHAT KEMBALI

Saya tidak suka menggunakan istilah post-mortem. Ramai kurang sedar istilah ini  ini digunakan untuk mayat.  Post ertinya sesudah. Mortem ertinya mati. Apabila dicantumkan menjadi : sesudah mati.  Post-mortem ialah kerja membedah mayat yang telah mati untuk ditemui sebab musabab kematian. Menemui sebab kematian tetapi TIDAK dapat mayat itu dihidupkan kembali. Justeru saya menolak konsep ini.

Untuk saya lebih tepat digunakan istilah:  melihat kembali. Istilah  melihat kembali   dengan penilaian baru. Melihat kembali apa yang telah berlaku. Memahami  apa yang telah berlalu. Dalam kerja politik melihat kembali amat penting. Dalam kerja usaha politik  melihat kembali memerlukan sikap berani menggkritik dan telus mengkritik diri.  Melihat kekuatan dan memahami kelemahan untuk mara ke hadapan.

Dalam membuat kerja politik adalah wajib mengakui kesilapan dalam masa yang sama menerima kritikan. Aktivis  kiri dan kaum progresif sedunia telah  menggunakan pendekatan melihat kembali dengan  kritik dan kritik diri  sebagai alat untuk memperbaiki taktik dan stratreji. Tidak ada pembaikkan diri tanpa kritikan diri.

Mungkin ada yang kurang sedar tentang asal usul ilmu pengetahuan.  Mungkin ada yang akan melopong bila mendengar si Anu dan si Anu itu dikatakan berijazah dan berilmu.    Suasana ini  muncul kerana ramai  yang dikatakan  ‘ berilmu dan berpengetahuan’ ini sengaja memperlihatkan   angkuh diri dan berlagak sombong.  Angkuh dan sombong ini dilakukan untuk menyatakan bahawa mereka berilmu.   Lagak sombong untuk memberi tahu kepada orang ramai bahawa bukan senang  untuk mendapat tauliah atau  ijazah. Sebenarnya ini sikap hampeh.

Ilmu pengetahuan ini sebenarnya  ialah pengumpulan pengalaman.  Tidak lebih dari itu. Semua  manusia ini memilki pelbagai macam jenis ilmu. Kepakaran  dalam apa ilmu bukan kerana telah menerima tauliah dari  Agong Kiri  atau Agong Kanan.  Sila ambil pencerahan ini : semua ilmu pengetahuan dalam dunia ini adalah hasil dari perbuatan manusia. Ilmu ialah pengumpulan pengalaman manusia ketika dalam membuat kerja.

Ilmu juga muncul dari bilik makmal. Kajian dan percubaan dalam bilik makmal juga melahirkan ilmu pengetahuan. Hakikatnya percubaan dalam  makmal itu juga adalah pengumpulan  kajian pengalaman manusia.

Bagaimana pula dengan buku? Bukankah dengan membaca buku kita mendapat ilmu pengetahuan?  

Betul. Tetapi sedarlah,  bahawa  apa yang tertulis dalam apa sahaja jenis buku ialah pengumpulan pengalaman manusia.  Si Penulis buku ini secara tersusun dan atau  secara ilmiah telah menulis dan merakamkan pengalaman manusia yang menjadi isi kajian buku tersebut. Ini mungkin pengalaman pribadi, pengalaman kelompok atau pengalaman satu  gerakan parti politik atau pengumpulan kajian dalam bilik makmal.

Saya membuat  mukadimah ini  dengan tujuan  agar satu proses melihat kembali PRU13 dilakukan. Melihat kembali ini  bukan hanya oleh pemimpin parti  tetapi oleh para pekerja parti dan aktivis sendiri. Dalam PRU13 saya terlibat – justeru kini saya akan menuliskan  secara sedar untuk melihat kembali apa yang telah berlaku agar ianya dapat dijadikan ilmu pengetahuan. Melihat dan mengumpul  kembali pengalaman PRU13 sebagai ilmu pengetahuan untuk PRU14.

Apa yang telah saya dengar berlaku  ketika PRU13 berjalan  bukan semuanya fakta. Banyak juga  cerita bohong dan desas desus. Saheh atau desas desus  tidak penting. Dalam kerja politik yang berdesas desus juga akan mempengaruhi bakal pengundi.  Justeru, mendengar desas desus juga adalah mengumpul pengalaman dalam proses melihat kembali PRU13. Mengumpulkan pengalaman ini bertujuan untuk dijadikan ilmu.

Pekara yang amat menonjol dalam PRU13 ialah gagalnya pemimpin politik dalam Pakatan Rakyat untuk memahami tentang asas ekonomi.  Huh hah huh hah berceramah memang  satu kerja politik tetapi jika tidak memahami asas ekonomi maka kerja berceramah itu hanya berpeluh dan membuang masa. Mengetahui ekonomi ini adalah asas yang paling asas.  Kita tidak  perlu membaca kitab ekonomi yang tebal-tebal atau mencari nama yang ejaanya susah musah. Tak perlu rujuk Adam Smith, Karl Marx atau Paul Krugman.

Asas politik ialah ekonomi. Berpolitik ialah berjuang untuk mengambil kuasa. Kuasa diambil untuk dapat  memiliki ekonomi. Contoh yang jelas - Rosmah ada kuasa maka Rosmah berupaya memberikan 110 juta ringgit kepada anaknya  untuk membeli sebuah kondo – NOTA: sebuah kondo bukan satu blok kondo. Ismail Sabri berkuasa maka dia boleh melakukan kenduri kedara 3 hari tiga malam kerana dia ada kekuasan ekonomi yang dimilikinya. Kuasa ekonomi  yang dimiliki oleh Rosmah dan Ismail Sabri datang  melalui kuasa politik.

Ekonomi dan politik tidak dapat dipisah. Kita berpolitik kerana ekonomi. Tujuan untuk ke Putrajaya ialah untuk merampas kuasa. Contohnya :  Najib menggulingkan kerajaan Nizar di Perak untuk merampas kuasa. Dengan kuasa maka harta kekayan di Perak boleh dimiliki kembali oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Bagitu juga – Pakatan Rakyat - berjuang untuk menggulingkan United Malays National Organisation – untuk berkuasa di Putrajaya. Bila ada kuasa maka ekonomi Malaysia adalah milik Pakatan Rakyat.  Bila kuasa dalam tangan – cara  acuan ekonomi Pakatan yang akan menjana Malaysia.

Justeru, dalam kempen dan ceramah ajenda ekonomi wajib dikupas  dengan  tuntas. Memang betul  - berat badan Rosmah memang enak untuk dijadikan  bahan ceramah. Tetapi isi penting  dalam ceramah politik masih lagi perjalanan ekonomi negara.  Menunjukkan keburukan United Malays National Organisation tidak salah tetapi Pakatan juga wajib memaparkan secara jelas masa depan  negara kepada pengundi. Masa depan dan ekonomi sosok yang akan mengundi itu amat penting diyakinkan.

Dalam PRU13 dahulu – dilihat jelas sokongan rakyat. Sokongan ini terbukti betul. Pakatan mendapat 52% undi rakyat. Tetapi gagal meneraju Putrajaya. Kenapa gagal walau pun telah mendapat undi majoriti?

Satu jawapan yang jelas perlu diterangkan kepada semua pennyokong Pakatan. Penerangan itu wajib dilakukan kelmarin.  Saya lihat ini TIDAK berlaku. Tidak ada penerangan yang tuntas kenapa  majoriti 52% telah dimiliki tetapi masih TIDAK berkuasa.

Jawapan yang tuntas  kepada 52% pengundi pastilah  sistem pilihanraya  di Malaysia tidak adil. Sistem pemilihan dalam negara ini telah dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Yang wajib diterangkan ialah SISTEM pemilihan.

Sayangnya, saya perhatikan pemahamam tentang SISTEM PRU ini tidak difahami secara tuntas oleh pemimpin parti, pekerja parti dan juga aktivis parti.  Dalam masa yang sama saya juga yakin ramai pemimpin parti terutama yang memiliki DNA United Malays National Organiisation tahu dan sedar bahawa sistem inilah yang membolehkan  Parti Ketuanan Melayu terus berkuasa. Mereka yang memiliki DNA Ketuanan Melayu ini bukan sahaja  sedar malah satu ketika dahulu mereka membuat perancangan bersama SPR untuk memastikan   gerakan rakyat tidak mungkin maju dan ampoh. Seharusnya mereka wajib bersuara atau mereka ini sedang mengeram?

Memasuki PRU14 tanpa memahami sistem PRU yang diwujudkankan oleh SPR samalah saperti menyeberang padang Pasir Sahara tanpa bekalan air. Atau  berkereta  dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam tanpa minyak petrol. Atau ingin ke Mekah tetapi tidak ada paspot. Justeru, memahami sistem adalah wajib. Kerana  sistemlah yang melahirkan keputusan PRU13.

Sistem pilihan raya  dalam negara kita ini diluluskan oleh Parlimen.  Waspada! Kalau dilulus oleh Parlimen tidak samestinya sistem ini adil.  Sistem pemilihan ini diwujudkan sademiakan rupa untuk memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia ini ada hak untuk memilih kerajaan.

Seimbas pandang memang dilihat  di Malaysia  wujud pilihan raya. Tetapi apabila di halusi, apabila dikaji selidik maka kita akan mendapati  bahawa sistem  pilihan raya di Malaysia ini adalah satu penipuan. Pilihan raya selama ini  telah digunakan untuk mengkaburi mata orang ramai. Untuk memberi harapan dan  mampi.; Mimpi ini bertemakan harapan  -  kalau orang ramai mengundi maka  ada  kemungkinan akan dapat berlaku perubahan.  Ini adalah angan-angan tengah hari. Ini mimpi ditengah panas.

Justeru salah satu dari ajenda melihat kembali  apa yang telah terjadi dalam PRU13  ialah melihat SISTEM pilihan raya itu sekali lagi. Sistem ini wajib dikupas untuk difahami.  Apabila sistem ini telah dikupas maka saya amat yakin pemimpin parti, pekerja dan aktivis parti akan terperanjat.  Satelah terperanjat mereka  akan faham dan sedar  betapa mustahilnya untuk Parti Ketuanan Melayu dikalahkan.  Pekerja  dan aktivis parti yang telah  faham tentang sistem pemilihan ini wajib menerangkan  hakikatnya kepada orang ramai. Ini untuk memberi  pencerahan dan memperkasa fikrah bakal pengundi.

Memanag ada pemimpin parti dan juga aktivis parti yang  merasa  menentang  SISTEM pilihan raya ini tidak penting.  Untuk mereka mencari sokongan dan undi lebih penting. Jalur ini berpendapat bahawa jika peratus sokongan bertambah maka Purtajaya akan ditawan. Yakinlah,  sesiapa yang memiliki jalur pandangan sademikian bermakana mereka TIDAK ingin menggulingkan  United Malays National Organisation.

Jalur pemikiran sademikian gagal memahami asas politik. Gagal memahamai asas ekonomi.  Jalur pemikiran ini kelihatan sejalur dengan pemikiran  United Malays National  Organisation. Malah pegawai SPR sendiri  memiliki dan menyebarkan jalur ini.

Melihat kembali PRU13 ialah melihat kembali SISTEM pemilihan itu sendiri.  Disini saya bersetuju untuk menggunakan post-mortem. Kita post-mortem SPR – bedah dan lihat – agar  mayat SPR itu tidak akan bangun-bangun lagi. (TT)


 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RAKYAT UKRAINE SUDAH AMUK.

RAKYAT UKRAINE BENCI KOMUNIS.

RAKYAT UKRAINE BENCI SOSIALIS.

RAKYAT UKRAINE BENCI LENIN.

RAKYAT UKRAINE BENCI STALIN.

RAKYAT UKRAINE BENCI CHE GUEVARA.

RAKYAT UKRAINE BENCI KARL MARX.

KAH KAH KAH

SYABAS RAKYAT UKRAINE.

Lang berkata...

Ini menunjukkan kita dibodohkan dengan sistem yg telah dikaji rapi oleh think tank mereka. Apabila berlaku 52% vs 48% dan dimenangi oleh 48 baru ramai tersedar persempadanan swmula mempunyai agenda tersembunyi yang halus dan rapi. Adakah rakyat telah terlewat dan terus diperbodohkan atau kita mula melihat 'jalan' untuk keluar beraya?

DIDI KOTA BELUD berkata...

Begitu jugalah dengan TAKUT....matir larang tengok cete hantu dizamannya kerana apa....kerana si matir ni mahu seluruh rakyat tumpukan ketakutakn itu pada dirinya sorang...kenapa zaman pok lah..ini semua release....dari hantu rosmah sampailah ke suster nejat dihidangkan...pok lah mencari resepi sebenarnya...ingin menyerahkan kembali perasaan takut itu pada rakyat supaya tindak tanduknya menikkan anak anak kabur...masak dia ngak suka...kahwin aja sama jin.....zaman najib...resepi takut itu diperkuatkan lagi dengan hantu kak rosmah...ini hantu benaran...wajub ditakuti dan dideritai.....bagi aku....kita cuba hapuskan ketakutan itu semaksimum mungkin....biar ketakutan itu jadi mitos....berani tak semesti bersemangat untuk berperang....apa yang aku harap...semua bangsa di dunia ini tidak kengenal apa itu TAKUT......kerana takut inilah yang amat kukuh pintu pagarnya hasil tangan si matir kangkung hitam.

Tanpa Nama berkata...

SISTEM PRU sedia ada bagai satu acuan yg telah dtetapkn oleh umno,kita rakyat bergerak mnurut acuan itu,untuk mngubah/memecah a cuan tidak mudah tetapi tidak mustahil:kita dh lihat kejatuhan kjaan komunis Rusia dgn kemerdekaan negara2 bwh naungan nya,sekrg tiba giliran kjaan feudal melayu umno,kemusnahan berpunca dr sakit buatan sendiri yg rakus,tamak haloba lagi korup...gdbye umno,

Tanpa Nama berkata...

Istilah post-mortem memang tidak sesuai digunakan. Lebih elok menggunakan perkataan analisa atau dlm bahasa melayunya cerakin.

Tanpa Nama berkata...

awat hang tak tidoq lagi...??? jgn putus asa..14 penuh rahsia..langsuir dan toyol telah diasapkan..menanti hari untuk beraksi...kah kah kah...tak lengkap diriku sekarang..long libon takkan kembali...telah pergi disambar jerung...yg tinggal hanya kangkung...buat dimakan bersama sotong...dihati tetap seperti janji...sampai masa kita turun...kah kah kah...u never walk alone...awek bendera takdak yg baru ka...?

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH...

Apa sudah jadi dgn "TIPU PILIHAMRAYA TURUN JALANRAYA" ITU JANJI PASTI???

dh jd lawak seram ka?

KAH KAH KAH..

Tiap2 hari ak bgn tidog pkara ptama ak pikiaq bla nk blaku revolusi...lepaih tu ak tidog blk sbb mmg xkn blaku , melayu masih tdog dulu,kini,selamanya....

KAH KAH KAH...


Tanpa Nama berkata...

hanya dua jalan untuk pakatan menang pru 14...sebelum pru tewaskan mukris dalam pau...semasa pru tewaskan mukris di kedah...satu jalan lagi adalah lompat parti dikalangan ahli parlimen bn...anwar pernah mencuba yg ini.. tapi gagal kerana ketika itu pakatan belum cukup kuat....hanya dua jalan ini...tewaskan mukris dan lompat parti...woit...awat semalam hang siar jugak komen aku....kan dah kata tak lepas siaran....komen ini jugak tidak lulus siarannya...kah kah kah...trust me my lord....ini jujur bukan retorik..bukan tipu....satu soalan...aku kenal hang....adakah saya dikenali ????...kah kah kah...hang takpalah glamor...