Sabtu, 22 Februari 2014

10 PEKARA TENTANG BILIK SULIT



10 PEKARA
 TENTANG BILIK SULIT

1
bilik sulit ada teater melawan
bilik sulit bukan taeter bodek
bilik sulit diwujudkan
berasaskan pengalaman bekas bekas tahan ISA
skrip ini berdasarkan pengalaman
 ramai tahanan ISA
kata bual dalam bilik sulit
ada kata bual yang dipungut
dari kata bual soal siasat

2
teater bilik sulit
teater avant garde agip prop
yang digunan untuk memberi
pencerahan tentang tahanan tanpa bicara

3
bilik sulit edisi petama bermula
pada tahun 2005
ini adalah edisi pementasan gerila
dipadang 
di hotel
dirumah kedai
banyak halangan dan rintangan

4
edisi kedua
dimulakan pada  disember 2008
sesudah kemenangan pakatan rakyat
dalam pru  8 march 2008
bilik sulit dirancang  sebagai kempen untuk
memansuhkan ISA

pementasan kali ini ditaja oleh majlis peguam
ada bujet
para pelakon 
untuk pertama kalinya 
mendapat bayaran


bilik sulit buka pangung pada 20 disember 2008
di dewan majlis peguam
selama 4 malam
kemudian ke  pulau pinang
selama 3 malam

5
pada akhir bulan januari
bilik sulit mendapat jemputan dari kerajaan perak
kerajaan pakatan perak 
telah meluluskan 2 juta ringgit
sebagai kempen hak asasi

pementasan gagal
rampasan kuasa berlaku di perak pada 5 febuari 2009
bilik sulit tutup panggung

6
bilik sulit bukan panggung edisi ke 3
apabila suaram melancarkan kempen
menentang tahanan tanpa bicara
yang mahu diulang cetak oleh
united malays national organisation

bilik sulit mula bergerak september 2013


 7
edisi ke tiga
dewan china kuala lumpur
batu pahat
johor baru
ipoh
kepala batas
cherok tok kun
kota baru
kuala terangganu
kuantan
temerloh

pelakon  bilik sulit
telah berganti dari satu edisi ke satu edisi
ada yang menjadi pelakon profesional
ada yang ke luar negara
ada yang sambung belajar

9
bilik sulit akan sekali lagi buka panggung
pada  
26 - 27 - 28 febuari
di dewan china

kemudian masuk bulan tiga 
4-5-6-7 march
bilik sulit buka panggung
di kajang

panggung dibuka kali ini
 sebagai teater amal
mengutip dana untuk membolehkan
tim teater bukan teater  membawa
bilik sulit ke united kingdom

justeru
di minta anak semua bangsa
yang baik hati
datang menonton bilik sulit
sambil membuat sumbangan
untuk membolehkan bilik sulit
menemui warga malaysia
di united kingdom

10
bilik sulit akan ke united kangdom
bersama festivalk uno malaysia
political and cultural showcase
bermula pada 15 march 2014
pementasan di manchester
 dan 
grande finale
 di london
pada 28-29-30 april


TEATER BUKAN TEATER
menjemput semua peminat teater
semua yang penentang kezaliman
anak semua bangsa
datang menyokong pementang'
di dewan china
dan
di kajang

cd- baju t bilik sulit
akan ada di jual sama

dijemput membuat amal
sambil
bangun melawan

---------

Tiada ulasan: